Mengambil Giliran dan Berkongsi

Mengambil Giliran dan Berkongsi

Setiap kanak-kanak, terutamanya yang mempunyai adik-beradik di rumah, perlu belajar untuk mengambil giliran dan berkongsi untuk sesuatu perkara, sama ada permainan, televisyen atau permainan kepunyaan mereka sendiri.

 

Pelajaran kali ini akan mengajarkan dua kemahiran iaitu:

  1. Bagaimana untuk mengambil giliran
  2. Bagaimana untuk berkongsi

Berkongsi kebiasaannya lebih mencabar daripada mengambil giliran, hal ini kerana ia memerlukan seseorang untuk memberikan sesuatu kepada orang lain, tanpa mengharapkan balasan.

Manfaat Mengambil Giliran dan Berkongsi

  • Kanak-kanak yang mampu mengambil giliran dan berkongsi lebih mudah untuk membina dan mengekalkan persahabatan yang positif di sekolah mereka.
  • Anak-anak ini juga menjadi lebih fleksibel, kerana mereka mampu bertoleransi dengan tidak mendapatkan sesuatu yang selalunya mereka mahukan. want

Bahagian 1: Mengambil Giliran

Apa yang anda perlukan:

 

  • Pemasa

  • Gambar muka anak dan orang lain

  • Video Model mengambil giliran

Pembahagian Skil Rumit untuk Mengambil Giliran

Beberapa soalan yang harus difikirkan apabila memecahkan kemahiran mengambil giliran:

 

Ambang Anak Anda:

  • Bolehkah mereka mengambil giliran, tetapi hanya dalam masa jangka yang singkat sehingga mereka meminta ia semula?
  • Bolehkah mereka mengambil giliran dengan mainan yang kurang disukai, tetapi ada mainan tertentu yang mereka tidak akan berkongsi?
  • Adakah mereka boleh mengambil giliran dengan Ayah, tetapi bukan dengan adik beradik mereka?

 

Jawapan untuk soalan-soalan ini akan memberi petunjuk bagaimana untuk memecahkan kemahiran daripada langkah yang paling mudah hingga ke paling sukar.

 

 

Contoh Pecahan Kemahiran Mengambil Giliran  

 

 

Dalam contoh ini, kita akan menganggap bahawa ianya sukar bagi anak untuk melakukan dua perkara ini, iaitu menyerahkan mainan dalam jangka masa yang singkat dan juga menunggu seseorang selesai bermain dengan mainan tersebut.

 

Oleh itu, untuk menjadikannya lebih mudah, fokus hanya pada satu kemahiran iaitu untuk anak menunggu pada masa yang lebih lama untuk seseorang memiliki mainan tersebut, sementara anak boleh mendapatkan mainan tersebut selama 30 saat.

 

 

Contoh lain untuk Mengambil Giliran

 

 

Dalam contoh ini, kita akan menganggap bahawa anak sudah belajar konsep mengambil giliran, tetapi mendapati beberapa pekara yang lebih mudah untuk mengambil giliran berbanding yang lain. Oleh itu, kita boleh memecahkan kemahiran berdasarkan tahap kesukaran permainan yang perlukan mereka untuk mengambil giliran.

 

Mengajar anak cara untuk mengambil giliran berdasarkan kemahiran yang mereka rasa susah.

Prosedur Mengajar:

  1. Bacakan buku sosial mengenai mengambil giliran dan tunjukkan video model.
  2. Sediakan aktiviti untuk mengambil giliran.
  3. Apabila giliran anak anda, contohnya ‘John, tunjukkan gambar mereka dan kata ‘ giliran John’.
  4. Apabila mereka sudah mendapatkan giliran mereka dengan mainan, katakan ‘giliran Mummy!’ atau ‘giliran daddy!’
  5. Ambil item tersebut dan mulakan pemasa berapa lama yang anda mahu mereka tunggu.
  6. Apabila pemasa berbunyi, pulangkan item kepada mereka, puji mereka dan memberikan ganjaran sebab mengambil giliran dengan baik.

Menggunakan Kata Nama

Perhatikan bagaimana orang dewasa mengunakan “Giliran Mummy” atau “Giliran John”, bukannya “Giliran saya” dan “Giliran anda”.

 

‘Saya’ dan ‘anda’ adalah kata ganti nama. Kanak-kanak yang belum mempelajari ini akan merasa sukar untuk membezakan antara mereka, dan tidak mengetahui siapa ‘saya’ dan ‘anda’ dalam situasi itu.

 

Menggunakan nama setiap orang boleh menghilangkan kekeliruan seperti mengunakan gambar.

 

Sekiranya anak belum belajar kata ganti nama, gunakan nama setiap orang terlebih dahulu.

Bahagian 2: Berkongsi

Apa yang anda perlukan:

  • Buku Sosial Berkongsi (Muat Turun di sini!)
  • Pemasa
  • Video model berkongsi
  • Item untuk berkongsi

* Biasanya item seperti makan atau mainan yang anda boleh pecahkan menjadi bahagian yang lebih kecil seperti biskut atau Lego.

Pembahagian Skil Rumit untuk Berkongsi

Pembahagian skil ‘Berkongsi’ mesti dibuat secara individu mengikut anak. Secara umum, sebilangan kanak-kanak merasa sukar untuk berkongsi, sementara sebilangan yang lain merasa sukar unttuk berkongsi item yag spesifik.

 

Dalam kedua-dua kes tersebut, mulakan dengan item yang paling senang atau item yang anak tidak kisah untuk berkongsi, sebelum menggunakan item yang sukar.

 

Dalam contoh ini, kita akan menganggap bahawa anak biasanya boleh berkongsi, kecuali bijirin kegemaran mereka semasa waktu snek:

 

 

Item seperti bijirin perlu dipecahkan kuantiti menjadi lebih kecil dan mulakannya dari situ,

Prosedur Mengajar:

  1. Bacakan buku sosial dan tunjukkan video model mengenai berkongsi.
  2. Mulakan dengan makanan atau aktiviti yang memerlukan mereka untuk berkongsi.
  3. Katakan “Mari berkongsi!”, Boleh tak saya nak…” dan mengambil dengan jumlah yang telah anda praktis pada langkah tersebut, sama ada satu suap atau segenggam.
  4. Jika anak tidak merungut atau mengatakan “Ok”, puji mereka dengan berkata “Bagus berkongsi!” dan berikan ganjaran kepada mereka serta merta dengan ganjaran yang kuat.

Adakah anak saya perlu sentiasa diberi ganjaran untuk mengambil giliran dan berkongsi?

Untuk mengambil giliran dan berkongsi, kita hanya menggunakan ganjaran sementara kemahiran masih dipelajari. Apabila anak berjaya dalam mengambil giliran dan berkongsi, kita boleh mengurangkan ganjaran sehingga mereka tidak lagi bergantung dan mengharapkan ganjaran setiap kali mereka mengambil giliran dan berkongsi dengan rakan mereka.

Giliran Anda

1. Mengajar mengambil giliran dan berkongsi atau dua-duanya sekali

  • Mengambil giliran perlu diajar sebelum berkongsi.

2. Pembahagian Skil Rumit: