Menunggu

Menunggu

Setiap orang, pada satu masa dalam hidup mereka perlu menunggu sesuatu, sama ada berdiri di dalam barisan untuk membayar sesuatu, menunggu di klinik atau anak-anak, menunggu di dalam barisan di sekolah.

 

Ia adalah sukar bagi mana-mana ibu bapa untuk melakukan tugas dan rutin harian mereka apabila anak-anak sukar untuk menunggu pekara yang mereka mahukan, seperti menunggu untuk membeli mainan di kedai mainan atau menunggu untuk susu dibuat.

 

Oleh itu, menunggu boleh menjadi kemahiran hidup yang perlu dipelajari oleh mana-mana kanak-kanak.

Strategi Mengajar untuk Menunggu

Terdapat beberapa aspek toleransi kepada menunggu untuk dipertimbangkan:

 

  • Keupayaan untuk menunggu masa yang lama dan lebih lama
  • Menunggu barang yang disukai atau kegemaran
  • Untuk mengeneralisasikan menunggu di persekitaran yang berbeza atau lebih mencabar (Contohnya, menunggu dalam keadaan selesa di bilik berhawa dingin berbanding di dalam cuaca panas).

Pembahagian Skil Rumit

Beberapa soalan yang perlu difikirkan ketika pembahagian skil rumit untuk menunggu:

 

1. Ambang Anak Anda: Sebagai contoh, jika anak hanya boleh menunggu hingga 10 saat, anak akan lebih berjaya jika anda mulakan dengan 5 – 8 saat. Namun, sebilangan kanak-kanak yang boleh menunggu sehingga 5 minit, boleh memulakan sedikit sebelum 5 minit. Sebilangan kanak-kanak mungkin terpaksa bermula dengan 1-2 saat sebagai permulaan!

 

2. Jenis Situasi: Sebilangan kanak-kanak mungkin berasa sukar untuk bertoleransi untuk menunggu situasi atau aktiviti tertentu. Sebagai contoh, mereka mungkin boleh menunggu puzzle tetapi tidak untuk masa skrin. Mereka mungkin mendapat manfaat dengan mula menunggu barang yang kurang disukai terlebih dahulu sebelum beralih ke item yang disukai.

 

Ini adalah contoh mudah bagaimana untuk membahagi kemahiran “Tunggu” menjadi beberapa langkah.

 

Apa yang diperlukan:

  • Visual “Tunggu” 

  • Kotak

  • Pemasa

 

Buku Sosial “Menunggu” (Muat Turun di sini!)

 

  • Item untuk ditunggu

Cara Mengajar:

  1. Bacakan buku sosial mengenai menunggu kepada anak anda.
  2. Tunjukkan item yang anak anda mahukan.
  3. Masukkan di dalam kotak dengan visual “Tunggu” dengan mengatakan “Mari Tunggu!” dan mulakan pemasa. Anak anda perlu tunggu sambil duduk di kerusi mereka tanpa mencuba untuk mencapai atau mengambil item tersebut.
  4. Bila pemasa berbunyi, katakan “Bagus menunggu!” dan berikan ganjaran serta merta dengan item tersebut.
  5. Biarkan mereka bermain dengan ganjaran selama 1-2 minit, dan cuba untuk melakukan rutin ini 1 ke 2 kali lagi untuk mendapatkan lebih banyak latihan.

Menunggu secara Naturalistik

Apabila memberi arahan “Mari Tunggu!”, bagus untuk menggandingkan arahan dengan gerakan tangan yang menegak supaya anak itu mempunyai dua visual peringatan. Ini menjadikannya lebih mudah untuk mengurangkan pengunaan visual yang dicetak dan gerakan tangan dapat digunakan secara semula jadi ketika berada di dalam komuniti.

 

Sekiranya kanak-kanak tidak boleh menunggu selama durasi yang mereka berlatih, adalah pentinhg untuk tidak membenarkan anak mengakses mainan itu.

 

Jauhkan mereka dari mendapatkan mainan dengan mengatakan dengan tenang “Tidak, cuba lagi!”, kemudian ikut semula sehingga waktu selesai. Sekiranya mereka boleh menunggu hingga habis, mereka boleh mendapat hadiah tetapi dalam jangka masa yang lebih pendek daripada yang mereka dapat jika mereka menunggu dengan baik keseluruhan waktu.

Tip untuk Menunggu dengan Berjaya!

  • Menyibukkan mereka!

Tidak realistik untuk mengharapkan kanak-kanak duduk dalam jangka masa yang lama dan menunggu tanpa melakukan apa-apa. Walaupun sebagai orang dewasa, kita cenderung untuk mengeluakan telefon dan melayari media sosial apabila kita menunggu untuk sesuatu di dalam barisan. Apabila jangka masa menunggu menjadi lebih lama, seperti melebihi 30 saat, cuba untuk menyibukkan anak anda dengan aktiviti yang mudah atau bermain bersama mereka ketika menunggu. Pastikan aktiviti tersebut tidak mempunyai motivasi yang lebih tinggi daripada item yang mereka nantikan!

 

  • Puji Penantian

Ia adalah bagus untuk memuji kanak-kanak secara khusus pada selang waktu ketika menunggu untuk mengingatkan mereka bahawa mereka masih menunggu untuk item tersebut. Ini juga untuk memastikan mereka tidak menganggap ganjaran yang diberikan hanya kerana mereka melakukan aktiviti yang diberikan untuk menyibukkan masa mereka. Seseorang juga perlu memastikan bahawa aktiviti tersebut tidak mengambil masa yang lama, sehingga masih ada sedikit masa untuk mereka menunggu. Setelah anak pandai menunggu di meja, cuba minta mereka menunggu di sekitar rumah tanpa visual atau pemasa.

 

  • Praktis dalam situasi umum

Situasi umum termasuk pusat membeli-belah, taman tema atau kedai mainan. Di situasi keadaan yang lebih mencabar, seseorang mungkin perlu memudahkan jangkaan, memulakan dengan masa yang singkat dan secara beransur-ansur membina ia kembali.

 

  • Gunakan visual dan kalendar

Untuk acara atau aktiviti yang perlu menunggu dalam jangka masa yang lama, seperti ulang tahun atau cuti, gunakan kalender visual untuk menghitung hari bersama dan meningkatkan jangkaan. Menunggu adalah kemahiran sepanjang hayat, akan selalu ada situasi yang mungkin sukar untuk kanak-kanak menunggu walaupun mereka telah mempraktikkan kemahiran tersebut. Amalkan kemahiran ini secara berkala di mana sahaja dan pada bila-bila masa sepanjang hari untuk memastikan ingatan dan kemahiran ‘menunggu’ segar di dalam fikiran anak anda. Pastikan anda sentiasa memberikan pujian dan sediakan ganjaran!

Giliran Anda

1. Tulis senarai item untuk menunggu berdasarkan faktor – faktor berikut:

  • Berapakah tempoh maksimum yang boleh ditunggu oleh anak anda?
  • Adakah mereka perlu memulakan dengan item yang kurang disukai sebelum item disukai

 

2. Mulakan “Menunggu!”