Pengenalan kepada Fleksibiliti

Apa itu Fleksibiliti?

Fleksibiliti adalah kemampuan untuk menyesuaikan diri dan menerima perubahan ketika keadaan tidak berjalan seperti yang diharapkan. Bersikap fleksibal kepada perubahan adalah sangat sukar bagi kanak-kanak autisme. Berdasarkan definisi Gangguan Spektrum Autisme dalam Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (1), kategori B, gejala 2 menggambarkan ASD sebagai:

 

 

“Ketegasan pada persamaan, tidak fleksibal terhadap rutin atau pola ritual atau tingkah laku bukan lisan (seperti tekanan yang melampau pada perubahan kecil, kesukaran dengan peralihan, pola pemikiran yang kaku, ritual sapaan, perlu mengambil jalan yang sama atau makan makanan yang sama setiap hari).”

 

 

Oleh itu, ia merupakan perkara biasa bagi individu yang mempunyai spektrum autisme untuk mengalami ketidakselesaan berbanding masyarakat yang lain. Ketidakselesaan ini boleh menyebabkan tekanan yang tinggi dan secara signifikan akan mempengaruhi kualiti hidup sesebuah keluarga. Ibu bapa dan ahli keluarga boleh mencuba yang terbaik untuk mencegah tingkah laku yang timbul daripada ketidakselesaan – berkomunikasi secara kerap, menggunakan visual, jadual untuk mengelakkan sesuatu situasi di tempat tertentu. Pada akhirnya,ini adalah semua strategi pencegahan dan sesetengah perubahan berlaku di luar kawalan kita. Pada satu tahup, setiap anak autisme perlu mengembangkan tahap fleksibiliti mereka.

Cara untuk Mengajar Fleksibiliti

Fleksibiliti boleh diajar dengan pembahagian skil rumit ke langkah paling asas yang dapat ditoleransi oleh anak dan secara beransur meningkatkan kesulitan selangkah demi selangkah. Ini dikenali sebagai desensitisasi. Pada mulanya, anak akan merasa gelisah atau tidak yakin dengan keadaan yang tidak boleh dijangka tetapi boleh membina toleransi yang lebih tinggi terhadap keadaan tersebut. Di samping itu, dapat bertoleransi terhadap perubahan harus digandingkan dengan ganjaran yang kuat sehingga anak mengembangkan hubungan positif yang kuat terhadap fleksibiti.

 

Siri ini akan merangkumi lima fleksibiliti umum, termasuk cara mengajar kanak-kanak autisme untuk:

  1. Peralihan atau perubahan aktiviti dan tempat
  2. Tunggu
  3. Mengambil giliran dan berkongsi
  4. Menerima ‘Tidak’
Rujukan:

1. American Psychiatric Association. (2013). Diagnostic and statistical manual of mental disorders (5th ed.). Arlington, VA: American Psychiatric Publishing.