Peralihan

Apa itu Peralihan?

Peralihan adalah ketika seseorang berubah dari satu aktiviti ke aktiviti lain atau dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

 

Peralihan merupakan sebahagian besar rutin harian untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Kanak-kanak sentiasa bergerak dari bilik ke bilik, rumah ke sekolah, loker ke kelas, kafeteria ke taman permainan. Untuk orang dewasa, dari rumah ke tempat kerja, singgah ke kedai runcit, menghadiri acara dan menyertai rakan untuk makan.

 

Peralihan mungkin mudah bagi kebanyakan daripada kita, tetapi ianya adalah sukar bagi kanak-kanak autisme.

Terdapat beberapa sebab mengapa peralihan sukar dilakukan:

1. Tidak fleksibal: Individu autisme lebih cenderung untuk menyukai kesamaan, pengulangan rutin dan ramalan apa yang akan berlaku. Harus beralih dari lokasi ke lokasi, aktiviti ke aktiviti, boleh menjadi pengalaman yang menakutkan dan memerlukan mereka untuk bekerja keras untuk mengubah corak tetap yang ada dalam fikiran mereka.

 

2. Memahami arahan lisan: Sesetengah individu autisme akan merasa sukar untuk memahami arahan lisan atau mengikuti turutan langkah yang perlu mereka ambil. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak autisme tidak semestinya memahami atau mempunyai perhatian untuk mendengar ketika guru memberikan arahan yang rumit seperti “Masukkan buku anda ke dalam fail kuning, kemas bag anda dan berbaris di depan pintu.”

 

3. Ketidakupayaan untuk mengenali isyarat halus: Individu autisme mungkin tidak mengenali isyarat halus di sekitar mereka yang biasanya memberi petunjuk saat untuk bergerak, seperti rakan sekelas di samping mereka menutup buku dan meletakkan pensel mereka atau pelajar bangun di sekitar mereka.

 

4. Mereka suka apa yang mereka lakukan sekarang! Individu autisme akan merasa sukar untuk beralih kerana apa yang mereka lakukan pada masa itu lebih menyenangkan dan menarik daripada apa yang mereka perlu lakukan kemudian.

Strategi Pencegahan untuk Peralihan

Komunikasi bersifat dua arah, dan kebanyakkan kanak-kanak autisme lebih memahami apabila berkomunikasi menggunakan visual, berbanding hanya memberitahu mereka secara lisan apa yang akan berlaku. Strategi yang boleh mempersiapkan diri mereka untuk peralihan yang akan datang termasuk menggunakan:

 

a) Jadual visual: Fizikal atau digital, digunakan untuk memberitahu mereka apa yang akan berlaku seterusnya.

 

b) Visual Pertama-Kemudian: Versi jadual yang lebih mudah untuk menyatakan apa yang akan berlaku terlebih dahulu, dan apa yang akan berlaku seterusnya.

c) Pemasa: Memberitahu berapa banyak masa yang tinggal sebelum peralihan.

 

d) Kotak Selesai: Petunjuk visual yang memberitahu anak, “Waktu untuk kemas!”

 

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengunaan strategi visual dalam Kit Permulaan Siri 4: Mengajar Kerjasama

Strategi Pengajaran untuk Peralihan

Strategi pengajaran fokus kepada pembahagian skill rumit untuk peralihan bermula dari bawah, mempraktikkannya dengan sengaja dan memberikan ganjaran apabila mereka fleksibel. .

Pembahagian Skil Rumit

Mulakan dengan senarai peralihan biasa yang perlu dilakukan anak anda dalam sehari, dari yang paling mudah hingga yang paling sukar. Berikut adalah contoh:

 

Sebaik sahaja anda menyenaraikan semua peralihan di rumah, bahagikan kepada tiga kategori: – Tidak Disukai ke Disukai – Disukai ke Disukai – Disukai ke Tidak Disukai

 

Pada mulanya, anda mungkin perlu mengubah rutin di rumah dengan meletakkan aktiviti yang tidak disukai sebelum dan bukan selepas aktiviti yang disukai, anda boleh melakukan ini pada bila-bila masa.

Apa yang anda perlukan:

 

Jadual visual: Jadual visual boleh mempunyai banyak ikon di atasnya untuk menunjukkan apa yang akan berlaku sepanjang hari, tetapi sebagai permulaan, mulakan dengan menggunakan dua ikon pada satu masa. Aktiviti semasa dan aktiviti seterusnya.

 

Matlamat akhir adalah anda dapat menggunakan jadual visual biasa dengan semua aktiviti harian, dan anak anda dapat beralih dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain tanpa mengira sama ada ia disukai atau tidak disukai.

 

 

“Tidak bolehkah saya memberitahu anak saya bila tiba masanya untuk beralih?”

 

 

Sangat ideal jika kita boleh memberitahu anak “Kita akan singgah ke pasar raya dalam perjalanan pulang” dan tidak perlu menunjukkan kepada mereka visual di telefon atau mengeluarkan jadual daripada beg.

 

Namun, komunikasi bersifat dua arah dan kita harus ingat untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak autisme dengan cara yang adil dan wajar bagi mereka. Kita mungkin tidak memberikan arahan secara lisan kepada orang yang tidak boleh mendengar atau menunjukkan peta kepada orang yang tidak boleh melihat. Begitu juga apabila kita berkomunikasi dengan kanak-kanak autisme dengan cara yang paling mereka fahami.

 

Dalam kebanyakkan kes, visual merupakan cara terbaik untuk berkomunikasi dengan mereka, sementara kanak-kanak dengan pertuturan yang lancar lebih memadai dengan arahan lisan.

 

Klik di sini untuk beberapa jadual visual percuma untuk memulakan anda!

 

Prosedur Pengajaran

1. Sediakan aktiviti pertama yang mereka perlukan untuk beralih.

2. Tunjukkan jadual visual tentang apa yang akan berlaku seterusnya.

3. “(Aktiviti) selesai, sekarang (Aktiviti ke-2).”

4. Memberikan ganjaran serta merta apabila beralih secara baik.

 

Berikan ramalan untuk peralihan seterusnya sekurang-kurangnya beberapa minit lebih awal. Ini lebih munasabah daripada mengharapkan anak (atau orang dewasa!) untuk menghentikan apa yang dilakukan dengan segera.

Giliran Anda

1. Senaraikan peralihan yang anak anda akan lakukan setiap hari, sama ada di antara aktiviti atau lokasi.

2. Mulakan dengan yang paling senang, diikuti dengan peralihan yang susah mengikut kaedah pengajaran dalm siri ini.