Toleransi kepada Perubahan

Toleransi kepada Perubahan

Untuk ibu bapa dengan kanak-kanak autisme, situasi ini mungkin biasa didengar:

  • Memastikan anda mendapat jenama bijiran yang sama setiap minggu kerana anak ada tidak mahu makan bijirin yang lain.
  • Memerlukan rutin seperti bersiap untuk tidur pada waktu yang sama setiap malam.
  • Menguruskan “meltdown” apabila taman permainan yang mereka suka tiba-tiba tutup.

Strategi Pencegahan untuk Menguruskan Perubahan

Terdapat banyak strategi yang boleh dan harus kita siapkan untuk perubahan yang akan datang:

  • Buku Sosial
  • Jadual visual
  • Pemasa

Ini semua adalah strategi terbaik, sama seperti orang dewasa menggunakan buku harian atau kalendar untuk mempersiapkan diri untuk temu janji mereka dan mesyuarat yang akan datang. Namun, ini juga adalah strategi pencegahan kerana ia boleh mencegah tingkah laku mencabar daripada berlaku setelah memberitahu anak apa yang akan berlaku. Ia tidak semestinya mengajar anak bagaimana untuk menghadapi perubahan yang berlaku secara tiba-tiba tanpa amaran.

 

Tidak semua kejadian dalam hidup dapat diramal dan dirancang. Sebagai contoh:

  • Kereta rosak secara tiba-tiba dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.
  • Mempunyai rancangan untuk bercuti tetapi penerbangan dibatalkan.
  • Wabak seperti Covid-19 melanda dunia dan semua harus berada di dalam rumah.

Mampu untuk bertoleransi dan menghadapi perubahan bukan sahaja akan meningkatkan kualiti hidup anak, bahkan mereka tidak perlu menjalani kehidupan dengan peraturan yang ketat dan mengikut rutin, ia juga dapat meningkatkan kualiti hidup keluarga kerana mereka tidak perlu merancang kehidupan mereka mengikut keperluan khusus anak.

Apa yang Anda perlukan:

  • Visual ‘Perubahan’ – untuk memberitahu apabila perubahan akan berlaku (Muat Turun di sini!)

  • Ganjaran yang kuat

Kepentingan Ganjaran

Ganjaran adalah bahagian penting dalam setiap kemahiran yang ingin diajarkan kepada anak, tetapi sangat penting ketika mengajar kanak-kanak autisme untuk bertoleransi dengan perubahan.

 

Bertoleransi kepada perubahan sebenarnya agak sukar bagi kebanyakkan kanak-kanak autisme. Untuk mereka bertoleransi dengan perubahan yang tidak disukai, mereka memerlukan sesuatu yang sama atau lebih kuat untuk memotivasikan mereka.

 

Sangat sesuai untuk menyimpan satu atau dua ganjaran yang anak anda paling sukai, dan hanya memberikan ganjaran tersebut untuk program Toleransi kepada Perubahan kerana item tersebut merupakan ganjaran yang kuat dan sangat bermotivasi tinggi.

 

Sebagai contoh, jika masa skrin adalah item yang bermotivasi tinggi untuk mereka, simpan item tersebut sebagai ganjaran hanya untuk toleransi kepada perubahan, semasa mereka masih belajar skil tersebut dan bukan untuk waktu yang lain sepanjang hari.

Buat Senarai Mengenai Perubahan

Senaraikan semua perubahan yang kemungkinan anak anda perlu bertoleransi dalam kehidupan seharian. Perubahan ini tidak boleh terhad kepada yang ‘buruk’ atau perubahan yang tidak diingini sahaja. Terdapat banyak perubahan di dalam kehidupan seharian kita, seperti mendapat diskaun ketika membeli belah atau kenaikan pangkat di tempat kerja.

 

Lebih mudah bagi seorang anak untuk bertoleransi kepada perubahan yang mereka sukai berbanding dengan perubahan yang tidak disukai, seperti “Ada perubahan! Tidak ada masa berkerja hari ini, mari keluar dan bermain.”

 

Bahagikan senarai perubahan kepada tiga kategori utama:

  • Mudah – yang mereka suka
  • Sederhana / neutral – mereka mungkin suka atau tidak suka
  • Susah – perubahan yang tidak disukai.

Berikut adalah contoh Senarai Item Semasa Perubahan daripada mudah hingga ke susah:

 

 

Biasanya, jika anak boleh bertoleransi kepada perubahan tiga kali berturut-turut, ini menunjukkan bahawa mereka yakin untuk beralih ke item seterusnya.

Prosedur Mengajar:

  1. Bacakan buku sosial mengenai perubahan.
  2. Mulakan dengan perubahan yang mudah, cuba dengan sengaja dan semula jadi untuk memperkenalkan perubahan ini sepanjang hari.
  3. Sebelum perubahan berlaku, tunjukkan visual ‘Perubahan’ dan katakan ‘Ada perubahan’.
  4. Apabila anak boleh bertoleransi kepada perubahan, beri ganjaran yang paling bermotivasi pada mereka serta merta.
  5. Puji mereka dengan kata-kata seperti ‘Bagus kerana fleksibal kepada perubahan!’

Kenapa gunakan Ganjaran?

Anda mungkin akan merasa janggal pada mulanya untuk memberikan ganjaran setiap kali perubahan berlaku – ini cuma merupakan tindakan sementara sehingga anak anda dapat membina pergaulan yang kuat daripada awal antaranya menjadi fleksibal dengan perubahan dan memberikan hasil yang positif. Apabila anak anda telah berjaya bertoleransi kepada perubahan, peralihan ganjaran kepada mod yang lebih semula jadi seperti pujian atau seperti mendapat lebih masa untuk bermain kerana membuat kerja di meja.

Giliran Anda

1. Senaraikan perubahan kepada:

  • Mudah – Sederhana /
  • Neutral
  • Sudah

2. Praktiskan perubahan pada setiap hari!

Nota tentang perubahan:

Perlu diingat bahawa perubahan adalah tidak kekal dalam hidup, toleransi kepada perubahan adalah kemahiran sepanjang hayat, dan sama sekali tidak terhad hanya ke satu senarai. Bukan shaja kanak-kank harus terus mepraktikkan item yang telah dipelajari, mereka juga harus terus berlatih toleransi kepada perubahan melebihi apa yang terdapat di dalam senarai.