Skip links

Mengenai Kami

Nilai Utama EAP

EAP Malaysia merupakan perintis bagi rawatan Analisis Perilaku Terapan (ABA) di Malaysia dan ianya ditubuhkan oleh Wisconsin Early Autism Project (WEAP) pada September 2006.

WEAP ditubuhkan oleh Dr. Sallows dan Dr. Graupner pada tahun 1995 dan dikenal sebagai National Institute of Mental Health (NIMH). Ianya diluluskan sebagai tapak replikasi bagi kajian Dr. Ivar Lovaas. Dr. Glen Sallows telah menyertai The Pioneering Research bersama Dr. Ivar Lovaas dan telah mengenalkan kaedah rawatan bertaraf dunia ini ke United Kingdom, Australia, Kanada dan Malaysia selama 2 dekad yang lalu.

Seterusnya, kajian penerbitan WEAP di dalam “American Journal of Mental Retardation” (Isu November 2015) adalah selari dengan kajian tahun 1987 dan tahun 1993 oleh Dr. Ivar Lovaas dimana 48% kanak-kanak yang terlibat dalam kajian rawatan tingkah laku intensif mampu menandingi dan menyertai dalam aktiviti di sekolah harian.

EAP telah berpeluang bekerja dengan lebih 500 individu dengan autisme dari lebih 30 negara dalam tempoh 16 tahun yang lalu. Kami terus melihat hasil yang serupa dengan kajian penyelidikan di mana hampir 50% anak-anak kami dapat mengejar rakan sebaya mereka, bercakap dengan lancar dan berjaya beralih ke sekolah.

Kini, EAP menyediakan pengawasan secara antarabangsa kepada negara Kuwait, New Zealand dan Switzerland. Kami juga pernah menyediakan perkhidmatan kepada Singapura, Brunei, New Zealand dan Denmark.

Gerakan kami yang tidak fokus kepada keuntungan, Projek Harapan, telah memberi 3 penajaan, bantuan 18 bulan kepada sebuah pertubuhan tidak berasaskan untung yang menjaga 30 pelajar, mengendalikan beberapa kempen kesedaran Autism seperti “Walk For Autism” (2012), “Paint For Autism” (2016 & 2017) dan memulakan kempen #lovesomeonewithautism di lebih dari 20 buah sekolah di serata Lembah Klang, justeru memberi impak kepada lebih dari 15,000 murid-murid dari tahun 2016 sehingga 2019.

Pada tahun 2020, Projek Harapan melancarkan Autisme Di Rumah – platform dalam talian untuk mengeluarkan sumber video percuma dan bahan dalam talian. Sumber dan video dalam talian kami di saluran youtube kami, Autism At Home telah mencapai lebih 700,000 tontonan! Pada tahun 2021, Projek Harapan telah bekerjasama dengan Uniqlo untuk melancarkan koleksi UTMe yang menampilkan lukisan kiddos kami! Koleksi 16 karya seni yang berbeza akan tersedia untuk disesuaikan di mesin UTMe di Uniqlo DA Square dan Uniqlo Fahrenheit 88 sehingga akhir tahun 2022.

Tonton Perkenalan Kami Kepada
Early Autism Project Malaysia.

Klik untuk Menonton

Lihat tentang kami

Apa Yang Membezakan Kami Berbanding Yang Lain?

Bekerjasama dan Mendapat Bantuan Klinikal dari Ahli Klinikal BCBA Antarabangsa

EAP mengekalkan rawatan ABA berkualiti bertaraf dunia atas kerjasama dengan WEAP syarikat induk kami mengawasi kanak-kanak kami dua kali setahun. Pegawai-pegawai Perubatan yang telah mempunyai BCBA dan juga berpengalaman berpuluh tahun dari lawatan WEAP ke EAP Malaysia dua kali setahun bagi menjalankan Ulasan Perkembangan selama 90 minit untuk setiap kanak-kanak.

Penyelia-penyelia Kanan EAP juga sedang dalam proses mendapatkan BCBA mereka.

Gabungan 32 Tahun Pengalaman Pasukan Pegawai Perubatan Klinikal Kanan EAP

Pasukan pegawai perubatan kanan EAP mengawasi kualiti rawatan ABA yang disediakan di EAP dan mempunyai gabungan 32 tahun pengalaman klinikal dalam bidang ABA.

Setiap kanak-kanak di EAP dijaga oleh sekumpulan ahli terapi yang diselia oleh seorang Penyelia setiap dua minggu dan kanak-kanak juga akan dipantau oleh seorang Penyelia Kanan setiap dua bulan sekali sebagai tambahan kepada Kajian Kemajuan WEAP iaitu sebanyak dua kali setahun.

Terdapat beberapa peringkat penyeliaan yang perlu dilakukan, ini kerana spektrum autisme sangat luas dan kepelbagaian setiap kanak-kanak dalam kekuatan, cabaran dan umur mereka memerlukan perhatian dan penilaian yang terperinci. Pengawasan penyeliaan yang terperinci akan memastikan kualiti perkhidmatan.

Latihan Dalaman dan Intensif Staf

EAP melakukan penyaringan sebanyak 3 peringkat (dari semua permohonan yang diterima pada satu tahun tersebut, hanya 10% permohonan diterima untuk menyertai EAP). Semua ahli terapi EAP kami dikehendaki menjalani latihan persediaan yang intensif serta latihan dan pengawasan yang berterusan sepanjang tempoh mereka di EAP.

Bagi semua ahli terapi, latihan persediaan termasuk 20 jam kelas dan 3 minggu latihan praktikal diperlukan sebelum memulakan kerja dengan kanak-kanak autisme. Ini semua dilakukan dengan pengawasan dari pihak penyelia iaitu secara berkala setiap dua minggu, pengawasan mingguan dan mesyuarat pasukan. Setiap ahli terapi juga menghadiri segmen Team Klinikal secara bulanan dengan Penyelia EAP masing-masing.

Selain dari itu, EAP menerapkan 3 Tahap Latihan Pengesahan Dalaman (3 Levels of Internal Certificate Training) yang berlaku 6 kali setahun dalam tempoh 3 tahun. 2 daripada Latihan Pengesahan Tahunan (Annual Certificate Training) dijalankan oleh Perunding BCBA Antarabangsa kami.

Penyelia-penyelia di EAP dikehendaki melengkapkan sekurang-kurangnya 1500 jam terapi di bawah pengawasan EAP sebelum mereka dikira layak untuk menjadi Penyelia. Penyelia yang disenarai pendek kemudian mendaftarkan diri dalam latihan Penyelia EAP selama 6 bulan, ianya terdiri daripada lebih daripada 80 jam kelas dalam tempoh 20 minggu dan bertemu setiap minggu dengan Penyelia Kanan mereka. Seterusnya, mereka akan mempunyai dua bulan sekali atau setiap bulan mesyuarat yang dipantau oleh Penyeliaan Kanan untuk kanak-kanak yang ditugaskan kepada mereka.

Semua Penyelia dan Penyelia Kanan bertemu dua minggu untuk Mesyuarat Klinikal bertujuan untuk berbincang cadangan klinikal. Mereka juga akan bermesyuarat dengan Perunding Antarabangsa BCBA untuk melihat Penilaian Perkembangan.
Screen reader support enabled.

EAP melakukan penyaringan sebanyak 3 peringkat (dari semua permohonan yang diterima pada satu tahun tersebut, hanya 10% permohonan diterima untuk menyertai EAP). Semua ahli terapi EAP kami dikehendaki menjalani latihan persediaan yang intensif serta latihan dan pengawasan yang berterusan sepanjang tempoh mereka di EAP.

Bagi semua ahli terapi, latihan persediaan termasuk 20 jam kelas dan 3 minggu latihan praktikal diperlukan sebelum memulakan kerja dengan kanak-kanak autisme. Ini semua dilakukan dengan pengawasan dari pihak penyelia iaitu secara berkala setiap dua minggu, pengawasan mingguan dan mesyuarat pasukan. Setiap ahli terapi juga menghadiri segmen Team Klinikal secara bulanan dengan Penyelia EAP masing-masing.

Selain dari itu, EAP menerapkan 3 Tahap Latihan Pengesahan Dalaman (3 Levels of Internal Certificate Training) yang berlaku 6 kali setahun dalam tempoh 3 tahun. 2 daripada Latihan Pengesahan Tahunan (Annual Certificate Training) dijalankan oleh Perunding BCBA Antarabangsa kami.

Penyelia-penyelia di EAP dikehendaki melengkapkan sekurang-kurangnya 1500 jam terapi di bawah pengawasan EAP sebelum mereka dikira layak untuk menjadi Penyelia. Penyelia yang disenarai pendek kemudian mendaftarkan diri dalam latihan Penyelia EAP selama 6 bulan, ianya terdiri daripada lebih daripada 80 jam kelas dalam tempoh 20 minggu dan bertemu setiap minggu dengan Penyelia Kanan mereka. Seterusnya, mereka akan mempunyai dua bulan sekali atau setiap bulan mesyuarat yang dipantau oleh Penyeliaan Kanan untuk kanak-kanak yang ditugaskan kepada mereka.

Semua Penyelia dan Penyelia Kanan bertemu dua minggu untuk Mesyuarat Klinikal bertujuan untuk berbincang cadangan klinikal. Mereka juga akan bermesyuarat dengan Perunding Antarabangsa BCBA untuk melihat Penilaian Perkembangan.

Program Komprehensif ABA Yang Berkualiti

Program-program rawatan kami di EAP adalah komprehensif dan holistik kerana kami faham bahawa terdapat banyak cabaran bagi individu yang mempunyai autisme. Kami memastikan perkembangan kanak-kanak berkembang dalam 7 bidang utama berikut yang merangkumi semua bidang perkembangan untuk kanak-kanak yang berada pada spektrum tersendiri.

1. Kemahiran Pembelajaran Awal (Kerjasama, Imitasi & Perhatian)

  • Kemahiran ini adalah asas untuk pembelajaran kanak-kanak. Fokus utama bahagian ini adalah untuk menangani tingkah laku yang mencabar seperti ketidakpatuhan, bersikap agresif, tingkah laku yang membahayakan diri sendiri serta kelakuan mengulang dan tahap perhatian yang rendah yang sering menghalang perkembangan anak-anak kita.

2. Kemahiran Berkomunikasi & Bahasa (Komunikasi dua hala, Bahasa Penerimaan & Ekspresif)

  • Bahagian ini merangkumi semua aspek komponen ucapan dan perolehan bahasa.
  • Keutamaan pertama bagi kami adalah untuk mengadakan komunikasi dua hala dengan kanak-kanak kami, iaitu untuk berkomunikasi dengan berkesan kepada setiap pelajar kami (menggunakan strategi visual dan bahasa mudah yang konsisten) dan juga untuk kanak-kanak berkomunikasi dengan efektif kepada kami (sama ada melalui visual atau secara lisan).
  • Pemerolehan bahasa kemudiannya dibangunkan dengan cara yang sistematik melalui peningkatan pemahaman yang cepat serta mengikut cara lisan dan bahasa ekspresif secara intensif untuk mendapatkan kelancaran dalam ucapan.
  • Pada masa ini, hampir 50% kanak-kanak kami mempunyai ucapan yang fasih serta lancar manakala hampir 25% mempunyai ucapan yang baru muncul. Selebihnya, 25% kanak-kanak kami yang belum lagi bertutur menggunakan peranti komunikasi seperti PECS atau aplikasi komunikasi pada telefon pintar / tablet untuk berkomunikasi secara efektif.

3. Kemahiran Bermain (Perkembangan Motor Kasar & Halus)

  • Kemahiran Bermain sangat penting untuk perkembangan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak dengan autisme, mengenali cara yang sesuai dalam menzahirkan Kemahiran Bermain akan membantu mereka untuk bertindak menyibukkan diri secara fungsional dan akan membantu dalam mengurangkan tingkah laku diri.
  • Selain itu, Kemahiran Bermain akan membantu untuk kanak-kanak bersosial dengan kanak-kanak lain yang berada dalam lingkungan umur mereka.
  • Paling penting, kemahiran ini dapat melatih dan menguatkan motor kasar & halus.

4. Kemahiran Sosial

  • Ini adalah teras utama defisit untuk kanak-kanak autisme dan umumnya ramai yang mengalami kesukaran dalam Kemahiran Sosial seperti Fleksibiliti, Menunggu, Berkongsi, Mengambil giliran serta tidak tahu cara mendapatkan kawan.
  • Kami menekankan mengajar Kemahiran Sosial ini dalam persekitaran 1:1 sebelum bergerak kepada sesi Peer Play atau Sibling Play iaitu berinteraksi dengan rakan atau adik-beradik individu tersebut dan kemudian membiasakan dengan berinteraksi dalam kumpulan kecil sebelum beralih ke sekolah.

5. Kemahiran Pra-Akademik

  • Sesetengah kanak-kanak dengan autisme dapat mempelajari konsep akademik asas seperti huruf, nombor, bentuk dan warna dengan mudah. Walau bagaimanapun, memahami konsep-konsep yang lebih kompleks boleh menjadi sukar seperti nilai nombor, pemahaman dalam bacaan dan lain-lain.
  • Selain itu, menyediakan kanak-kanak dengan kemahiran persediaan sekolah yang mencukupi melalui program Mock School adalah keutamaan kami.
  • Sebaik sahaja kanak-kanak beralih ke sekolah harian melalui program peralihan sekolah EAP, kami melaksanakan rancangan sokongan sekolah secara individu di sekolah dan juga selepas waktu persekolahan supaya kanak-kanak akan terus berjaya di sekolah.

6. Kemahiran Kendiri (Peribadi, Domestik & Komuniti)

  • Mampu berdikari adalah keutamaan bagi semua kanak-kanak yang mempunyai autisme dan dalam tiga bidang penjagaan diri, kemahiran domestik dan kemahiran hidup berkomuniti terutamanya dalam bidang keselamatan.
  • Sikap bertoleransi juga ditumpukan contohnya penerimaan menggunting rambut atau meluaskan variasi dalam pemilihan makanan.

7. Kemahiran Umum

  • Aspek utama yang memberi cabaran untuk kanak-kanak dengan autisme adalah generalisasi. Ini termasuk dapat mengaplikasikan kemahiran yang sama yang mereka pelajari ke situasi yang berbeza, dengan orang yang berbeza dan dalam tetapan yang berbeza.
  • Latihan kemahiran umum yang menyeluruh adalah keutamaan untuk memastikan kemahiran mereka yang dipelajari dalam suasana 1:1 dapat dilihat dalam suasana semula jadi.

Kami percaya dalam kerjasama dengan perkhidmatan dan bantuan lain (terutama guru sekolah, ahli terapi pertuturan dan ahli terapi pekerjaan) serta yang paling utama, ahli keluarga. Kami akan meneruskan latihan individu untuk keluarga, terutamanya ibubapa, datuk, nenek, adik beradik, dan kakitangan sokongan seperti pembantu rumah dan pemandu! Kami menggalakkan semua ahli keluarga untuk mengambil bahagian secara aktif dalam program rawatan ABA anak anda dan menghadiri semua mesyuarat kami dengan sekerap mungkin.

Taraf Antarabangsa dalam Perkhidmatan

Di EAP, kami berusaha untuk memenuhi piawaian terbaik antarabangsa dan melakukan audit dari masa ke semasa ketika Ulasan Perkembangan kami yang dilakukan dua kali setahun oleh syarikat induk iaitu Wisconsin Early Autism Project (WEAP). EAP juga telah dikunjungi oleh Kedutaan Amerika (2013 & 2018) dan kian akan memenuhi semua keperluan mereka.

  • Piawaian antarabangsa ini termasuk:
  • Penilaian Pembangunan Bersepadu Antarabangsa
  • IQ, Bahasa dan Skala Perilaku Adaptif
  • Penilaian dan Dokumentasi yang mencukupi (Penilaian Diagnostik Awal, Laporan Bengkel Awal, Penilaian Pembangunan, Pelan Pendidikan Individual, Ulasan Perkembangan dan nota yang didokumenkan untuk semua aktiviti yang dijalankan dan Mesyuarat Pasukan).
  • Tapisan & Latihan Staf yang ketat.
  • Langkah-langkah Keselamatan (Latihan Kebakaran & Latihan Pertolongan Cemas serta memenuhi semua Piawaian Keselamatan & Kesihatan Bangunan)

Lokasi Kami

1. Bangsar Center
2. Sunway Parenthood Center
3. Penang

Sukacita dimaklumkan bahawa kami dapat menyediakan perkhidmatan berikut di Pulau Pinang:

4. Perkhidmatan Dalam Talian

Kami juga menyediakan perundingan penyeliaan dalam talian, tempatan di Malaysia dan antarabangsa. Ini termasuk bekerja dengan kanak-kanak melalui dalam talian atau melatih ibu bapa/ahli terapi kanak-kanak untuk melaksanakan strategi dengan kanak-kanak sepanjang hari atau dalam masa yang diperuntukkan bersama anak.

Keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan staf adalah tumpuan utama kami semua di EAP. Program-program utama kami ditempatkan di ruang bungalow yang terang dan selesa di Bangsar. Bungalow tersebut memiliki ruang yang luas, lantas memberi suasana kondusif untuk pembelajaran. Juga terdapat ruang untuk kanak-kanak bermain di luar mahupun di dalam bangunan. Selain itu, pusat kami lengkap dengan beberapa pintu kecemasan.

Pusat kedua kami terletak di dalam kemudahan The Parenthood, di dalam pusat membeli-belah Sunway Pyramid. Pusat EAP Sunway kami boleh diakses dengan mudah melalui Sunway Clio Hotel.

Kesemua staf kami telah menjalani latihan Pertolongan Cemas dan juga Kebakaran & Keselamatan. Selain itu, kami juga mengendalikan Latihan Kebakaran pada setiap penggal dengan semua kanak-kanak di pusat kami. Pusat kami dilengkapi dengan penggera asap dan alat pemadam api.

Di samping itu, pusat kami dilindungi pengawal keselamatan di bahagian hadapan, juga terdapat beberapa CCTV di dalam setiap bilik. Di Pusat EAP, terdapat "baby gates", sudut keselamatan, plag keselamatan dan jalur anti-slip untuk mengelakkan dair sebarang kecederaan dan kemalangan.

Langkah-langkah Kesihatan & Keselamatan lain yang kami lakukan adalah termasuk pemeriksaan suhu di pintu depan dan pembersihan tangan untuk semua yang inging memasuki pusat EAP. Oleh kerana kes denggi yang agak tinggi di Malaysia, kami menjalankan semburan kabus (fogging) secara berkala serta memastikan semua kanak-kanak memiliki semburan penghalau nyamuk ketika berada di kawasan luar rumah.

Kami mempunyai dasar toleransi sifar dalam sebarang bentuk perlakuan buruk kepada kanak-kanak atau kakitangan kami, sama ada penderaan lisan atau fizikal dalam apa-apa jenis. Kami mengambil serius perkara ini kerana ianya tanggungjawab kami untuk melindungi dan menjadi suara untuk kanak-kanak di EAP.

Menerima perkhidmatan EAP di Malaysia

Jika anda berhijrah ke Malaysia dan ingin mendaftarkan anak anda dalam program kami, sila rujuk kepada Pek Maklumat komprehensif untuk Pertanyaan Antarabangsa di bawah. Sila hubungi kami untuk sebarang penjelasan lanjut supaya kami dapat memberikan anda maklumat yang anda perlukan.