Bahasa Isyarat dan Gerak Isyarat

Pengenalan

 

 

Kuiz!

 

Antara berikut, yang manakah merupakan komunikasi bermakna?

 

A) Bahasa Isyarat.

B) Menggunakan Gambar.

C) Menggunakan Alat Peranti.

D) Komunikasi Lisan.

 

Jawapan: A,B,C, dan D. Semua jawapan berikut adalah sesuai untuk digunakan sebagai komunikasi bermakna selagi orang lain dapat memahaminya dengan mudah.

Bahasa Isyarat

 

 

Pertanyaan mengenai pembelajaran menggunakan bahasa isyarat sering diterima di EAP. 

 

1. Bahasa isyarat bayi sering digunakan semasa perkembangan bayi.

a. Bayi diajar dari awal untuk menggunakan bahasa isyarat mudah, seperti “susu” atau “lagi” dan bukan menangis.

2. Adalah lebih mudah untuk padankan perkataan dengan gerak isyarat supaya kanak-kanak lebih memahami. 

a. Arahan reseptif. 

– Arahan yang menggunakan gerak isyarat seperti “selamat tinggal” diajar terlebih dahulu kerana ia mempunyai bantuan fizikal untuk kanak-kanak. 

b. Contoh lain: 

– “Yay!” dengan menepuk tangan.

– “Hooray!” di udara.

3. Sesetengah bahasa isyarat mudah difahami oleh kebanyakan orang. 

a. Ia melibatkan gerakan isyarat menggunakan tangan untuk memberitahu keperluan dan kemahuan. 

b. Ia juga melibatkan ekspresi muka dan gerakan badan. 

Kelebihan Bahasa Isyarat

1. Ia tidak menggunakan bahan-bahan. 

a. Percuma. 

b. Mudah alih. 

c. Boleh digunakan di mana-mana dan pada bila-bila masa. 

2. Sebarang komunikasi boleh dilakukan hampir serta-merta. 

3. Dengan peningkatan komunikasi bermakna, tingkah laku mencabar boleh berkurang. 

4. Ia boleh menjadi satu cara untuk berinteraksi dengan orang lain yang juga boleh berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat. 

5. Kanak-kanak autisme yang mendapati bahawa melihat isyarat visual lebih mudah berkemungkinan untuk membaca bahasa isyarat orang lain. 

a. Mereka tidak perlu memberi perhatian kepada isyarat bunyi atau lisan jika ia terlalu mencabar. 

Kekurangan Bahasa Isyarat

1. Bahasa isyarat melibatkan penggunaan jari dan tangan. 

a. Bagi mereka yang mempunyai cabaran dalam kemahiran motor, terutamanya kemahiran motor halus, kemahiran ini boleh menjadi mencabar untuk pelajari. 

2. Ia menggunakan ekspresi muka untuk berkomunikasi.

a. Kemahiran penting untuk menggunakan bahasa isyarat dengan berkesan: 

– Merujuk kepada ekspresi muka orang lain.

– Bertentang mata. 

b. Bagi kanak-kanak dalam spektrum yang tidak melihat muka atau mata orang lain, kemahiran ini mungkin sukar untuk pelajari. 

– Ia akan menjejaskan kebolehan mereka untuk mempelajari bahasa isyarat dengan sepenuhnya. 

3. Individu tersebut perlu pelajari seluruh skop bahasa isyarat, dan ini boleh memakan masa. 

a. Apabila kanak-kanak menggunakan bahasa isyarat kepada orang dewasa yang tidak fasih dalam bahasa isyarat, ini boleh mencetuskan: 

– Kesalahfahaman. 

b. Akhirnya, ia akan menyebabkan tingkah laku mencabar. 

 

 

Di EAP, bahasa isyarat tidak diajar sebagai komunikasi bermakna kerana: 

 

1. Ahli komuniti kurang fasih dalam mengenali bahasa isyarat asas. 

a. Beberapa gerak isyarat yang senang difahami ramai adalah: 

– Menggeleng kepala dan berkerut untuk “tidak”. 

– Mengangguk untuk “ya”.

– “Selamat tinggal”.

– “Makan”.

– Jempol atas untuk “bagus”.

2. Syarat untuk kemahiran motor halus dan peniruan motor halus. 

a. Ia adalah mencabar untuk sesetengah kanak-kanak dalam spektrum.

Gambar

EAP menggunakan gambar untuk komunikasi bermakna. 

 

1. Semua orang boleh memahami gambar. 

2. Ia lebih mudah untuk dipelajari. 

a. Kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran: 

– “Padankan”.

– Mengenalpasti gambar adalah sama dengan barang yang mereka mahukan. 

Memadankan Gerak Isyarat dengan Perkataan yang Dimodelkan

Adalah digalakkan untuk padankan gerak isyarat dengan perkataan yang dimodelkan. 

 

1. Kanak-kanak boleh pelajari gerak isyarat dengan mudah dan ia akan menyenangkan kanak-kanak untuk berkomunikasi.

2. Contoh: 

a. “Makan” dengan gerak isyarat apabila makanan diberi. 

b. “Duduk” dengan gerak isyarat mengetuk apabila kanak-kanak disuruh untuk duduk. 

c. “Semua selesai” dengan gerak isyarat meleret apabila semua sudah selesai. . 

d. Mengangguk untuk “ya”. 

e. Menggeleng untuk “tidak”. 

f. “Hai”.

g. “Selamat tinggal”.

h. “Horey”. 

 

 

Peringatan penting: Adalah penting untuk berhati-hati dengan sesetengah gerakan isyarat yang terlebih digunakan, seperti “lagi”. 

 

1. Ini merupakan konsep yang digunakan oleh kanak-kanak autisme untuk segala-galanya, dan ini boleh menjadi mencabar untuk mengetahui apa yang mereka kehendaki lagi. 

2. Penggunaan visual boleh memudahkan proses ini, dan membolehkan kanak-kanak untuk memilih makanan, minuman, atau mainan dengan lebih spesifik. 

Kuiz

 

 

Antara berikut, yang manakah merupakan komunikasi bermakna bahasa isyarat yang sesuai? 

 

A) Menyentuh perut untuk “Saya lapar”.

B) Mengangguk untuk “Ya!”. 

C) Menepuk tangan untuk “Saya sangat teruja!”.

D) Semua salah.

 

Jawapan: Gerakan isyarat tersebut tidak tergolong dalam Bahasa Isyarat Amerika ( ASL) dan Signed Exact English (SEE). Walaubagaimanapun, dalam pelajaran ini, penggunaan isyarat yang mudah dan jelas diutamakan kerana ia boleg membantu kanak-kanak autisme untuk berkomunikasi dengan bermakna bersama orang lain.  

 

Dalam pilihan jawapan tersebut, kesemua pilihan A, B, dan C adalah sesuai untuk dipadankan bersama komunikasi lisan untuk membantu mereka membina komunikasi bermakna melalui bahasa isyarat. 

Giliran Anda

 

 

1. Penilaian tentang pemadanan bahasa isyarat dan gerak isyarat dalam komunikasi lisan terkini perlu dilakukan. 

2. Senarai gerak isyarat perlu disemak untuk digunakan di rumah supaya kanak-kanak boleh memantapkan komunikasi bermakna mereka. 

3. Isyarat yang mudah dan berulang dipilih dan gandingan dimulakan.

Rujukan Gambar

  1. Teach Your Child Sign Language in 6 Easy Steps | Sunshine House. (2023). Sunshine House Early Learning Academy. https://sunshinehouse.com/blog/teach-your-child-sign-language-in-6-easy-steps/