Pengenalan Untuk Mengurus Tingkah Laku Mencabar
CARA MENGURUS TINGKAH LAKU MENCABAR
Salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh ibubapa yang mempunyai anak autisme adalah dengan perlu menghadapi tingkah laku mencabar anak autisme setiap hari. Ini termasuk mengamuk di khalayak orang ramai, memukul, menggigit, mencakar, membahayakan diri sendiri dan lain-lain.
Topik menguruskan tingkah laku mencabar ini sangat luas dan rumit – pelajaran ini akan memberikan garis panduan mengenai cara untuk mengurangkan tingkah laku mencabar.
Untuk menguruskan tingkah laku mencabar, kita perlu:
- Kenal pasti apa itu tingkah laku mencabar
- Fahami mengapa tingkah laku ini berlaku
- Menyediakan rancangan pengurusan tingkah laku bagi menguruskan tingkah laku tersebut.
MENENTUKAN TINGKAH LAKU YANG MENCABAR
Tingkah laku yang mencabar, boleh menjadi apa saja tingkah laku yang dilakukan oleh anak anda:
- Hasilnya: pengecualian dari sekolah, persekitaran rumah dan komuniti
- Mengganggu hubungan sosial dan pembelajaran
- Hasilnya: pengurangan kualiti hidup seseorang dan keluarga
- Memerlukan sokongan khas
Tingkah laku tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh mengakibatkan sesuatu pekara yang serius kepada keluarga yang mempunyai anak autisme. Ini termasuk:
- Kualiti hidup keluarga merosot kerana tekanan
- Ketegangan dalam hubungan sesama ahli keluarga sama ada dalam perkahwinan atau adik-beradik
- Pengasingan anak daripada komuniti, seperti pergi ke pusat membeli-belah, majlis keluarga atau sekolah
- Kerosakan harta benda, mencederakan orang atau mempunyai masalah dengan polis dan senario terburuk adalah kematian
KATEGORI TINGKAH LAKU
Dalam beberapa kes, seorang anak autisme mungkin mempunyai pelbagai jenis tingkah laku. Sangat membantu jika tingkah laku ini dibahagikan kepada tiga kategori: ‘Hijau’, ‘Kuning’ dan ‘Merah’. Tingkah laku yang mencabar adalah ‘Kuning’ dan ‘Merah’. Tingkah laku merah selalunya tingkah laku yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.
Dalam beberapa kes, seorang anak autisme mungkin mempunyai pelbagai jenis tingkah laku. Sangat membantu jika tingkah laku ini dibahagikan kepada tiga kategori: ‘Hijau’, ‘Kuning’ dan ‘Merah’. Tingkah laku yang mencabar adalah ‘Kuning’ dan ‘Merah’. Tingkah laku merah selalunya tingkah laku yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.
Hijau
- Tingkah laku baik kepada diri sendiri, seperti: duduk dengan baik, meletak tangan dengan baik
- Mendengar kata ibubapa
- Sentiasa bersama-sama ibubapa dan tidak melarikan diri
Kuning
- Tidak mendengar cakap orang dewasa
- Tantrum
- Membuat benda yang berulang-ulang (stimming)
- Bercakap benda yang kurang bersopan
- Ketegaran (menginginkan benda yang sama pada setiap masa)
Merah
- Agresif, seperti: memukul, menggigit, memukul kepala dan mencakar
- Tingkah laku yang boleh mencederakan diri sendiri, seperti: menghantukkan kepala, menggigit diri sendiri
- Tingkah laku berbahaya, seperti: keluar dari rumah tanpa pengetahuan orang dewasa, melarikan diri, melompat dari tempat yang tinggi
- Tingkah laku seksual, seperti: meraba orang
GILIRAN ANDA
- Senaraikan tingkah laku mencabar yang anak anda tunjukkan.
- Bahagikan tingkah laku mencabar kepada kuning atau merah.
- Kenal pasti tiga tingkah laku yang anda mahu selesaikan dulu. Sebaiknya fokus pada tingkah laku merah iaitu tingkah laku yang boleh membahayakan anak dan orang lain.
