Memahami Fungsi Tingkah Laku

MENGAPA TINGKAH LAKU BERLAKU

Soalan pertama yang perlu ditanya apabila anak anda melakukan tingkah laku mencabar adalah ‘Kenapa mereka melakukan tingkah laku ini?’

 

Semua tingkah laku adalah komunikasi. Biasanya apabila anak melakukan tingkah laku, mereka cuba menyampaikan sesuatu kepada kita. Soalan yang perlu ditanyakan adalah ‘Apa yang ingin disampaikan oleh mereka?’

MENOLAK KEMUNGKINAN YANG IA DISEBABKAN OLEH FISIOLOGI

Terdapat pelbagai sebab untuk tingkah laku berlaku, yang paling utama adalah untuk menolak kemungkinan yang ia telah disebabkan oleh masalah fizikal atau kesihatan. Pastikan anak tidak menangis, merengek atau menggigit atas sebab fisiologi seperti merasa sakit di mana-mana bahagian badan. Jika anda mengesyaki masalah ini pada anak anda, lebih baik untuk membawa anak anda untuk diperiksa oleh doktor bagi menolak sebarang sebab fisiologi atau perubatan.

SEBAB UNTUK TINGKAH LAKU

Antara empat sebab atau fungsi untuk tingkah laku mencabar adalah:

  1. Inginkan sesuatu: Anak menginginkan sesuatu seperti mainan, masa skrin atau makanan.
  2. Rangsangan diri-sendiri (stimming/self-stimulatory behaviour): Anak mencari sesuatu untuk merangsang diri mereka seperti melompat atau berpusing.
  3. Inginkan perhatian: Anak memerlukan perhatian daripada orang lain.
  4. Mengelak: Anak anda cuba mengelak daripada melakukan tugas seperti membuat kerja, waktu makan malam atau makan ubat.

Keempat fungsi ini boleh dibahagikan lagi kepada dua kategori, sama ada anak mencuba untuk:

  • Dapatkan sesuatu , (inginkan sesuatu, rangsangan diri, inginkan perhatian)
  • Mengelak diri daripada sesuatu

 

RUMUSAN

Bagi menguruskan tingkah laku mencabar, kita harus tahu mengapa anak itu melakukan tingkah laku tersebut.

GILIRAN ANDA

  1. Daripada tiga tingkah laku yang anda pilih dalam tugasan terakhir, kenal pasti pasti fungsi untuk setiap tingkah laku. Adakah anak anda berusaha untuk mendapatkan sesuatu atau mengelak daripada sesuatu?
  2. Nyatakan sebab-sebab mengapa tingkah laku itu berlaku. Adakah mereka inginkan sesuatu, rangsangan diri-sendiri, inginkan perhatian atau mengelak dari tugasan?