Tidak ada strategi emas atau jawapan ajaib dalam menyelesaikan masalah tingkah laku anak. Biasanya, ia memerlukan kombinasi yang komprehensif daripada pelbagai strategi yang mempunyai fungsi yang sama bagi mengurangkan tingkah laku mencabar dengan berkesan. Sentiasa ingat yang sesetengah tingkah laku memerlukan masa berbulan-bulan bahkan bertahun untuk diselesaikan. Mengikut strategi ketiga utama ABA iaitu praktis, tingkah laku yang selalu dipraktis akan dikuatkan dan dikukuhkan. Oleh itu, jika anak telah praktis untuk menangis, memukul, mengigit dan stimming, tingkah laku ini tidak akan berubah dalam sekelip mata.
Pelan tingkah laku yang komprehensif perlu merangkumi strategi proaktif, strategi pencegahan sebelum tingkah laku berlaku dan strategi reaktif apabila tingkah laku itu berlaku. Strategi proaktif boleh dibahagikan kepada dua iaitu; strategi pengajaran bagi mengajar anak anda tingkah laku yang anda mahu mereka tunjukkan dan strategi pencegahan yang merupakan tindakan yang di ambil bagi mencegah tingkah laku daripada berlaku. Kedua-dua strategi adalah penting kerana strategi pencegahan sahaja hanya boleh melambatkan tingkah laku buat sementara waktu dan tidak boleh mengajar anak tentang kemahiran yang anda mahu mereka tunjukkan.
Prinsip utama ialah kita harus melaburkan 90% masa dan tenaga kita ke dalam strategi proaktif, dan hanya 10% masa dan tenaga kita untuk strategi reaktif atau bertindak balas terhadap tingkah laku ketika ia berlaku.
Kebanyakkan anak autisme sering melakukan tingkah laku mencabar kerana mereka tidak mempunyai kemahiran yang sesuai untuk mengatasi situasi yang berbeza. Contohnya:
Kita tidak boleh sekadar berharap supaya anak autisme mempelajari kemahiran ini secara semula jadi kerana mereka sering berasa sukar untuk meniru apa yang dilakukan oleh orang lain di persekitaran mereka. Strategi ini dipanggil strategi pengajaran kerana tingkah laku ini perlu diajar oleh orang dewasa seperti ibu bapa, cikgu atau ahli terapi.
Tanya pada diri anda: Apakah kemahiran yang perlu saya ajarkan kepada anak saya supaya mereka melakukan apa yang mereka perlu lakukan, dan bukannya tingkah laku mencabar dan untuk digantikan?
Contohnya, anak menangis kerana lapar; kita boleh mengajar mereka untuk berkata ‘saya nak makan’ atau menunjukkan gambar makanan yang mereka mahukan kepada orang dewasa.
Kita tidak boleh sekadar berharap supaya anak autisme mempelajari kemahiran yang sesuai ini secara semula jadi kerana mereka sering berasa sukar untuk meniru apa yang dilakukan oleh orang lain di persekitaran mereka.
Tanya pada diri anda: Kemahiran apa yang perlu diajar kepada anak supaya mereka melakukannya dan bukan melakukan tingkah laku yang tidak diingini?
Contohnya, anak menangis kerana lapar; kita boleh mengajar mereka untuk berkata ‘saya nak makan’ atau menunjukkan gambar makanan yang mereka mahukan kepada orang dewasa.
Ia merupakan hak asasi manusia untuk dapat berkomunikasi dengan berkesan.
Komunikasi tidak semestinya bermaksud pertuturan. Sebanyak 40% anak autisme tidak boleh bertutur. Namun, mereka masih boleh belajar berkomunikasi melalui kaedah alternatif seperti menggunakan gambar dan peranti.
Bagi individu yang tidak mampu untuk memberitahu perasaan mereka, sama ada mereka berada dalam kesakitan atau merasa lapar dan dahaga , cukup untuk menimbulkan rasa kecewa dalam diri seseorang sama ada mempunyai autisme atau tidak. Ini adalah sebab mengapa tingkah laku mencabar ditunjukkan oleh anak autisme kerana mereka tidak mengetahui cara untuk berkomunikasi dengan betul.
Lihat senarai ini. Adakah anak anda mempunyai sembilan kemahiran komunikasi kritikal?
Sentiasa ingat bahawa komunikasi lebih daripada sekadar anak anda boleh berkomunikasi dengan anda, tetapi juga dapat mematuhi dan memahami ketika seseorang berkomunikasi dengan mereka, seperti bila waktu untuk tidur atau mereka perlu menunggu sesuatu.
Apa sahaja kemahiran yang anak anda tidak fasih (kemahiran yang baru, bukan kemahiran yang tetap) adalah apa yang anda mahu fokuskan di dalam strategi pengajaran anda.
Kadang – kadang, hidup bukan sekadar untuk meminta dan mendapatkan apa yang kita ingini tetapi kebolehan kita untuk bertoleransi dalam menunggu dan tidak mendapat apa yang kita mahu. Ini dipanggil sebagai kemahiran fleksibiliti.
Contohnya, anda menggunakan jalan yang sama ke tempat kerja setiap hari dan pada satu hari, terdapat kemalangan dan jalan ditutup. Orang dewasa yang normal akan memusing kenderaan atau menggunakan jalan yang lain tanpa mengamuk di dalam kereta. Dalam kata yang lain, orang dewasa mempunyai kemahiran fleksibiliti – kebolehan untuk bertoleransi kepada perubahan dan menyesuaikan diri.
Perubahan di dalam rutin adalah sukar untuk anak autisme tetapi kenyataannya perubahan sering berlaku di dalam kehidupan dan tidak realistik untuk mempunyai dan melakukan benda yang sama sepanjang masa. Penting untuk mengajar anak autisme untuk bertoleransi terhadap perubahan. Tiga strategi utama ABA yang digunakan adalah:
Strategi ini sering dipakai untuk tingkah laku merangsang diri atau stimming.
Fungsi stimming ialah ganjaran automatik – tindakan stimming itu sendiri boleh menjadi ganjaran buat mereka dan boleh memberi keperluan sensori yang mereka perlukan. Oleh itu, tindakan ini sangat bermanfaat buat mereka. Untuk sebab yang sama, stimming ini boleh menjadi satu tingkah laku yang sukar untuk dihilangkan sepenuhnya. Langkah pertama adalah untuk mencuba mengurangkan dan memberi waktu yang tertentu supaya anak tidak stimming pada setiap masa. Ini boleh dilakukan semasa mengajar pengganti tingkah laku.
a) Pengganti tingkah laku: Bermain secara betul
Pengganti tingkah laku pertama yang perlu diajar kepada anak anda adalah cara untuk bermain dengan betul. Ini termasuk cara yang betul untuk bermain blok, set memasak atau LEGOs. Kebanyakkan anak autisme tidak boleh meniru apa yang dilakukan orang lain, mereka mempunyai minat bermain yang sangat terhad atau bermainan permainan dengan cara yang sama. Apabila orang dewasa mengajar dan mendedahkan mereka kepada pelbagai jenis mainan dan cara untuk bermain, anak akan boleh menyibukkan diri dengan betul dan mempunyai kurang masa untuk stimming.
b) Pengganti tingkah laku: Aktiviti yang memberikan keperluan sensori
Seperti yang diketengahkan, anak autisme memerlukan keperluan sensori dan terdapat pelbagai pengganti aktiviti yang boleh diajar supaya mereka menerima keperluan tersebut dengan cara yang kurang jelas tetapi sesuai.
Ingat bahawa anak autisme mengalami pengalaman yang berbeza daripada kita dan ramai yang memerlukan keperluan sensori walaupun kita tidak memahami sepenuhnya mengenai keperluan sensori apa yang diperlukan. Penting bagi kita untuk memberi jalan keluar yang sesuai kepada mereka daripada menghentikannya terus.
Normal bagi sesiapa untuk merasa emosi seperti gembira, sedih atau marah. Oleh itu, jangan membuatkan anak merasa bahawa emosi yang dirasakan oleh mereka itu salah seperti rasa marah, kecewa dan sedih. Sebaliknya, kita harus mengajarkan cara yang betul untuk menangani emosi.
Bagi kanak-kanak yang lebih muda atau tidak fasih bercakap, beberapa strategi yang boleh kita ajarkan kepada mereka ketika mereka beremosi termasuk:
Ibu bapa boleh mencuba setiap strategi untuk mencari strategi yang sesuai kerana setiap anak mempunyai strategi menghadapi emosi yang berbeza.
Bagi kanak-kanak yang lebih tua dan boleh bercakap, mereka boleh memanfaatkan strategi yang lebih sesuai bagi mereka seperti: