Strategi Reaktif

10% DARIPADA TENAGA ANDA

Strategi reaktif termasuk apa yang harus dilakukan ketika anak masih melakukan tingkah laku mencabar walaupun telah diajar strategi pengajaran dan pencegahan.

 

Remember the core basis of ABA: Operant conditioning:

"Akibat akan mempengaruhi tingkah laku".

Sebelum bertindak balas terhadap tingkah laku, penting untuk memikirkan tindak balas kita dan kesan terhadap tingkah laku itu kerana mungkin secara tidak sengaja tingkah laku itu akan meningkat di masa hadapan.

 

Contohnya, apabila anda mengambil iPad dan anak mula menangis – adakah kita akan segera menenangkan mereka?

 

Memberikan perhatian akan menjadi kesan yang positif dan akan mengajar mereka pada masa hadapan, mereka hanya perlu menangis untuk mendapatkan perhatian atau iPad.

STRATEGI REAKTIF 1: TIDAK MENGENDAHKAN

Terdapat tiga strategi reaktif utama yang boleh digunakan untuk bertindak balas kepada tingkah laku anak ketika ia berlaku. Strategi 1 ialah tidak mengendahkan tingkah laku. Perkataan ‘pupus’ berasal dari perkataan ‘padam’ yang bermaksud hilang sepenuhnya.

 

Dalam kes ini, kita akan ‘pupus’ atau tidak mengendahkan tingkah laku anak dengan tidak memberikan perhatian. Sebab umum anak melakukan tingkah laku mencabar adalah untuk mendapatkan reaksi daripada orang dewasa – sama ada perhatian langsung atau mendapatkan item yang mereka mahukan. Dengan memilih untuk tidak memberikan perhatian, kita tidak memberi kesan yang mereka mahukan. Oleh itu, tingkah laku itu kelihatan tidak berjaya.

 

Tidak mengendahkan di sini bermaksud kita tidak:

  • Memberikan pandangan mata atau melihat ke arah anak
  • Memusingkan badan kita ke arah mereka
  • Bercakap dengan mereka, termasuk kata yang menyenangkan atau cubaan untuk memberikan alasan

 

Pada awalnya, ia sangat sukar untuk dilakukan kerana berlawanan dengan intuitif dan akan kelihatan dingin. Bagi ibubapa khususnya, ia akan menjadi sukar apabila mendengar anak menangis, berada dalam kesusahan dan tidak memberikan perhatian kepada mereka. Jika anak berada dalam kesakitan, penting supaya ibubapa tidak mengabaikan mereka malah menghiburkan mereka dengan cara yang sama yang dilakukan pada anak-anak yang lain. Selain itu, jangan abaikan anak jika mereka melakukan tingkah laku yang boleh membahayakan diri dan orang lain. Bertenang dan ambil tindakan yang sewajarnya untuk mencegah mereka daripada melakukan pekara tersebut.

LETUPAN TINGKAH LAKU APABILA TIDAK DIENDAHKAN

Sekiranya anak tidak menunjukkan tingkah laku mencabar ketika sakit atau tidak berisiko dalam mencederakan diri sendiri atau orang lain, kita mungkin ingin meneruskan untuk tidak mengendahkan atau tidak memberikan perhatian kepada tingkah laku tersebut. Contohnya, jika anak menunjukkan amukan kerana tidak mendapat lebih masa skrin.

 

Penting untuk mengetahui strategi tidak mengendahkan tingkah laku apabila pertama kali diterapkan, kerana seseorang mungkin perasaan bahawa tingkah laku anak mulai meningkat atau menjadi semakin buruk dan bukan sebaliknya. Contohnya, dari berdiri di atas kerusi ke berdiri di atas meja, membaling barang, mencuba untuk menggigit orang dewasa – walaupun tingkah laku mereka tidak diendahkan.

 

Ini menunjukkan yang strategi tidak mengendahkan berkesan – kini anak berusaha dengan lebih kuat untuk mendapatkan perhatian orang dewasa, kerana percubaan pertama tidak berhasil. Jika orang dewasa konsisten dan tidak memberikan perhatian kepada tingkah laku yang meningkat, tingkah laku ini mungkin akan mencapai apa yang disebut sebagai “Letupan apabilah tidak diendahkan”.

 

Letupan apabila tidak diendahkan adalah titik di mana tingkah laku anak mencapai puncak maksima atau ‘ledakan’. Apabila orang dewasa konsisten dalam tidak memberikan perhatian kepada tingkah laku tersebut, kita akan mengharapkan agar anak menjadi letih, mula mengalah atau menyedari bahawa tingkah laku mereka tidak berkesan. Pada tahap ini, kita akan ramal bahawa tingkah laku akan mulai menurun dan berkurang, menjadikannya lebih mudah untuk menenangkan anak.

Setiap anak adalah berbeza dan mempunyai titik letupan tidak diendahkan yang berbeza – sesetengah kanak-kanak mencapai titik ini dalam masa 2 minit dan ada yang mengambil masa selama 2 jam.

 

Penting untuk mengetahui bahawa letupan tidak diendahkan ini sukar untuk dilakukan sendiri tanpa bimbingan ahli terapi ABA yang terlatih. Gunakan strategi ini jika anda bersedia untuk menghadapinya sehingga habis. Sekiranya orang dewasa menyerah pada bila-bila masa, anak akan belajar bahawa mereka hanya perlu mulakan tingkah laku yang paling ekstrem untuk mendapatkan perhatian daripada orang dewasa pada masa hadapan.

 

Bagi ibubapa yang berasa sukar untuk melihat atau untuk tidak memberikan perhatian kepada tingkah laku anak, kami nasihatkan supaya anda keluar dari bilik dengan syarat anda merasa cukup selamat atau pasangan anda boleh menggantikan tempat anda dalam menjalankan strategi ini.

STRATEGI REAKTIF 2: MENGALIHKAN FOKUS ANAK

Strategi reaktif dalam mengarahkan atau mengalihkan fokus anak anda, biasanya seiring dengan strategi tidak mengendahkan. Ia lebih berkesan untuk membuat anak bertenang dengan lebih cepat daripada tidak mengendahkan begitu sahaja.

 

Mengarahkan atau mengalihkan fokus anak bermaksud memberikan mereka sesuatu untuk dilakukan agar mereka tidak memberi perhatian kepada benda yang mereka tidak dapat sebelumnya. Kita akan mengalihkan fokus anak kepada aktiviti yang mereka gemar lakukan dan bukan aktiviti yang mereka mahu pada awalnya.

 

Untuk melakukan ini dan pada masa yang sama tidak mengendahkan tingkah laku tersebut ialah dengan orang dewasa tidak memandang mata atau tidak bermain secara langsung bersama anak, boleh berpura-pura bermain bersama mainan yang digemari oleh mereka dengan cara yang seronok dan menarik. Apabila fokus diarahkan dengan betul, anak akan menyedari bahawa tingah laku mereka tidak mendapat perhatian yang mereka ingini dan aktiviti yang dilakukan oleh orang dewasa lebih seronok.

 

Anak boleh menyertai orang dewasa bermain. Penting untuk kita memberikan perhatian kepada anak yang menunjukkan sikap yang tenang dan bukan ketika mereka cuba merampas mainan daripada orang dewasa. Apabila anak mula senyap dan tenang, mereka boleh diberi ganjaran mainan atau aktiviti tersebut.

 

Dalam beberapa kes, terutama ketika beralih kepada aktiviti yang lain, kita perlu memberi bayangan awal dan mengarahkan anak menggunakan strategi visual seperti visual jadual, buku sosial dan peraturan. Ini akan mengingatkan anak tentang apa yang akan berlaku dan memberi struktur kepada mereka,

STRATEGI REAKTIF 3: SUSULAN / IKUT TERUS

I mean what I say and I say what I mean” adalah pepatah yang harus diikuti dalam kaedah ikut terus ini.

 

Prinsip untuk mempraktiskan ialah jangan sesekali memberi arahan kepada anak yang belum bersedia untuk mengikut terus.

 

Ini bermaksud jika orang dewasa memberitahu anak untuk melakukan sesuatu seperti memberi balik Ipad atau mengemas mainan, anak mesti bersedia untuk melakukannya apabila arahan pertama atau kedua diberi kerana akibat daripada tidak mengikut arahan atau melepaskan anak adalah jauh lebih besar.

 

Sekiranya anak tidak mendengar apabila kita memberikan arahan pertama, ulang arahan dan ikut terus arahan dengan membimbing mereka untuk menyelesaikan tugas. Ini bukan sahaja membantu dalam mengajar anak untuk bekerjasama tetapi dapat membantu anak yang tidak memahami arahan yang diberi.

RUMUSAN

Ketika bertindak balas dengan tingkah laku, tidak mengendahkan tingkah laku yang tidak diingini, mengalihkan fokus anak kepada aktiviti yang lain dan bersedia untuk mengikut terus setiap arahan yang diberi.

Peringatan, kita hanya ingin menghabiskan 10% masa kita pada strategi ini dan lebih tertumpu kepada pengajaran dan pencegahan tingah laku daripada berlaku sama sekali.

GILIRAN ANDA

  1. Akhir sekali, dengan menggunakan pelan tingkah laku komprehensif anda, isikan strategi reaktif yang perlu diambil sebagai tindak balas kepada tingkah laku mencabar.

 

KONSISTENSI ADALAH KUNCI!

Dalam beberapa kes, bagi mengurangkan tingkah laku mencabar memerlukan semua ahli terapi dan ahli keluarga untuk melakukan rancangan tingkah laku bersama supaya ia lebih berjaya.

 

Walaupun anda tidak mempunyai ahli terapi untuk menyokong anda – anda masih perlu membincangkan rancangan tingkah laku yang telah ditulis bersama pasangan dan ahli keluarga.

 

Ingat, konsistensi adalah kunci! Sangat penting bagi setiap orang dewasa yang terlibat dalam penjagaan anak untuk konsisten dan menggunakan strategi yang sama. Ini dapat membantu anak untuk belajar mempunyai tingkah laku yang konsisten dengan semua orang. Konsistensi bukan saja dapat membantu mereka dalam mempelajari tingkah laku yang betul dengan cepat tetapi juga belajar untuk tidak memilih siapa yang mahu mereka dengar.