Strategi Pencegahan

STRATEGI PENCEGAHAN

Strategi proaktif yang pertama ialah mengajar anak kemahiran yang sesuai untuk menggantikan tingkah laku yang tidak sesuai dilakukan. Strategi proaktif yang kedua, mencegah tingkah laku sebelum ia berlaku. Ini akan menggunakan 90% tenaga anda dan hanya 10% yang digunakan untuk bertindak balas kepada tingkah laku jika berlaku.

STRATEGI PENCEGAHAN 1: MEMPERMUDAHKAN JANGKAAN

Sebagai ibubapa, anda lebih mengetahui situasi di mana anak anda mungkin akan ada tingkah laku mencabar seperti pergi ke pusat membeli-belah, makan makanan yang tertentu atau ketika perlu mengunggu terlalu lama.

 

Sementara kita masih mengajar mereka secara proaktif mengenai kemahiran untuk mengatasi situasi dengan lebih baik, permudahkan jangkaan bukan saja untuk mereka tetapi untuk diri sendiri.

 

Contohnya, bayangkan jika anda pergi ke pusat membeli-belah. Cuba:

  • Pergi ke pusat membeli-belah luar waktu puncak supaya anda tidak menghabiskan masa dalam kesekan lalu lintas, menunggu tempat letak kereta, beratur di restoran dan menunggu makanan.
  • Dalam sesetengah kes, anda boleh membuat tempahan awal di restoran.
  • Bila anda berada di restaoran, pasangan anda boleh membuat pesanan makanan manakala anda membawa anak anda berjalan-jalan dan hanya kembali tepat pada waktu makan.
  • Sesetengah pusat membeli-belah menyediakan parkir khas atau mesra autisme untuk keluarga yang mempunyai anak autisme.

 

Ingat, strategi pencegahan bukanlah strategi mengajar. Walaupun contoh di atas mengatakan, pergi ke pusat membeli-belah di luar waktu puncak dapat membantu anak anda tetapi ia mungkin tidak dapat dilakukan selalu, Walaupun sukar, penting untuk meluangkan masa untuk mengajar anak untuk mengatasi dan peka kepada situasi yang lebih sukar supada keluarga tidak selalu perlu menyesuaikan hidup mereka di sekitar ketidakselesaan anak.

STRATEGI PENCEGAHAN 2: MEMBERI JANGKAAN

Sebagai anak, apakah perasaan anda apabila ibubapa datang dan memadam TV tanpa sebarang amaran atau memberitahu anda untuk mengemas barang sekarang juga? Normal untuk kita berasa marah, kecewa atau keliru apabila ia berlaku.

 

Penting untuk kita memberikan amaran atau jangkaan sebelum sesuatu berlaku. Jangkaan sangat penting bagi anak autisme untuk berkembang seiring dengan rutin.

 

Strategi mudah untuk memberikan amaran di rumah termasuk untuk menggunakan strategi jangkaan. Ini bermaksud mengira masa yang tinggal untuk anak anda melakukan aktiviti. Anda boleh mula dari 10 minit , selang 5 minit dan kemudian selang seminit.

 

Anak autisme mungkin tidak memahami apabila orang dewasa memberitahu mereka masa yang tinggal. Dengan menggunakan pemasa dapur atau telefon boleh membantu anak memahami dan melihat berapa waktu yang tinggal.

STRATEGI PENCEGAHAN 3: VISUAL Strategy #3: Visuals

Visual juga sangat berguna untuk membantu dalam memberikan jangkaan. Ini termasuk:

(i) Kalendar mengikut hari, minggu dan bulan

(ii) Buku Social untuk memberitahu apa yang akan berlaku kepada anak dan apa yang patut mereka lakukan.

(iii) Visual peraturan untuk mengingatkan anak apa yang diharapkan daripada mereka pada situasi yang berbeza.

(iv) Visual token akan digunakan seiring dengan tingkah laku yang diharapkan, ini akan menunjukkan berapa lama lagi masa sehingga mereka akan mendapat ganjaran.

(v) Video contoh digunakan untuk menunjukkan kepada anak apa yang perlu dilakukan atau diperkatakan pada situasi tertentu.

ADAKAH VISUAL DIPERLUKAN?

Ibubapa mungkin tertanya-tanya, adakah visual penting? Adakah ia memerlukan banyak masa untuk disiapkan dan digunakan? Bolehkah anak saya faham apabila diberitahu?

 

Memang banyak masa yang akan diambil bagi menyiapkan visual di rumah tetapi usaha itu sangat bernilai untuk mencegah tingkah laku mencabar daripada berlaku. Lagipun, visual didapati bekesan untuk anak autisme dari umur 2 tahun sehingga 28 tahun terutama jika lambat bercakap.

 

Kita semua menggunakan dan bergantung kepada visual pada kehidupan seharian. Contohnya, semasa melancong ke luar negara walaupun kita tidak boleh bertutur dalam bahasa asing, kita masih boleh memahami visual yang boleh membuatkan kita mengenal pasti papan tanda tandas lelaki dan wanita atau keluar.

RUMUSAN

Mencegah tingkah laku mencabar anak anda dengan memudahkan jangkaan melalui ramalan dan visual, serta memberikan ganjaran apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang baik.

GILIRAN ANDA

  1. Berdasarkan senarai tingkah laku yang anda tulis yang kini mempunyai strategi pengajaran, fikirkan sekurang-kurangnya satu startegi pencegahan untuk setiap tingkah laku. Anda boleh memiliki lebih daripada satu strategi kerana ini adalah pelan tingkah laku komprehensif yang tipikal.