ABOUT JOCHEBED ISAACS

Direktor Early Autism Project Malaysia
dan Pengasas The Hope Project.

LATAR BELAKANG

Jochebed Isaacs adalah ketua instruktor untuk Autisme di Rumah serta berkhidmat sebagai Direktor EAP Malaysia. Beliau adalah juga Pakar Psikologi Klinikal, menamatkan Sarjana Psikologi Klinikal di Universiti Kebangsaan Malaysia dan menamatkan Sarjana Muda Psikologi di Curtin University of Technology di Australia.

 

Jochebed telah dilatih sebagai Penyelia di Wisconsin Early Autism Project, di Amerika Syarikat dibawah didikan Dr. Glen Sallows, Ms Tamylnn Graupner, dan Ms. Michelle Sherman. Beliau telah bekerja dengan beratus anak anak yang didiagnosis dengan Penyakit Autisme di Malaysia, Wisconsin (Amerika Syarikat), Perth (Australia) dan Singapura.

PENGALAMAN

Pada Oktober 2016, Jochebed Isaac merasmikan The Hope Project, inisiatif amal oleh EAP Malaysia sempena menyambut ulangtahun syarikat yang ke-10.

 

Jochebed juga telah melatih ibubapa, pakar terapi dan golongan professional dalam pelbagai topik termasuk Diagnosis Autisme, Pengenalan kepada Autisme, Applied Behavioural Analysis (ABA), Pembelajaran Percubaan Diskrit, Kemahiran Bermain dan Sosial, Bahasa dan Komunikasi, mengembangkan perancangan dalam tingkah laku positif, dan lain-lain. Beliau telah dijemput untuk memberi ucapan dalam pelbagai persekitaran dalam pelbagai bahagian di Malaysia serta di Kemboja dan Brunei. Jochebed juga telah mengendalikan evaluasi diagnostik dan pentaksiran perkembangan yang merangkumi IQ, tingkah laku adaptif dan ujian bahasa.

EAP DI MEDIA

Kenali Jochebed dan pasukan EAP Malaysia!

Kunjungi Laman EAP Malaysia