Untuk memberi semua akses kepada perkhidmatan autisme yang bertaraf dunia.

Inisiatif tidak berasaskan keuntungan oleh Early Autism Project Malaysia. Dengan kerjasama Yayasan Kajian dan Pembangunan Masyarakat.

MATLAMAT

1

Meningkatkan kesedaran mengenai diagnosis yang tepat dan rawatan autisme.

2

Melaksanakan polisi bagi standard kebangsaan dalam bidang autisme.

3

Semua kanak-kanak autisme akan mempunyai akses kepada terapi yang telah terbukti penyelidikannya.

KEMPEN

Hari Kesedaran Autisme Sedunia jatuh pada 2 April setiap tahun. EAP menjadikan ia satu kepentingan untuk meraikan hari tersebut dan juga seluruh bulan April sebagai Bulan Kesedaran Autisme Sedunia. Objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran autisme, khususnya pada diagnosis awal dan rawatan awal serta penerimaannya dikalangan komuniti kita.

 

EAP telah mengadakan acara Walk for Autism pada 2012 yang disertai lebih daripada 300 peserta, menyokong kempen kesedaran tidak berasaskan keuntungan lain dan menjalankan acara Annual Paint for Austism pada 2016 dan 2017.

 

Sehingga kini, EAP sering dijemput untuk berucap mengenai autisme di institut akademik seperti universiti swasta, sekolah antarabangsa, dan terkini, di organisasi korporat. Kami juga telah mendirikan gerai pada acara Urban Mom 2014 di pusat membeli belah One Utama serta hospital swasta seperti Hospital Pantai Kuala Lumpur dan Gleaneagles Kuala Lumpur pada tahun 2016 dan di festival Riuh pada tahun 2018.

 

Sebagai sebahagian daripada initiatif ini, EAP juga turut menjalankan kempen kesedaran dan penerimaan autisme dikalangan pelajar di sekolah. Kami memulakan initiatif ini pada 2016 di HELP International School dengan 900 murid-murid, kemudian di Kingdomcity Kids dan juga Fairfields Kindergarten. Pada tahun 2018, pasukan kami telah berucap mengenai autisme di 19 sekolah dan universiti yang membawa kepada jumlah melebihi 6000 pelajar.

PERKHIDMATAN

Pada masa kini, EAP menyediakan tiga bidang perkhidmatan atas dasar bukan keuntungan: biasiswa untuk kanak kanak autisme untuk menerima terapi ABA bersama kami, pemeriksaan percuma untuk keluarga berpendapatan rendah dan bengkel latihan.

 

Matlamat jangka panjang kami adalah untuk meningkatkan perkhidmatan kami dalam setiap bidang – untuk menyediakan lebih biasiswa kepada kanak-kanak, lebih banyak pemeriksaan percuma untuk membantu ibubapa terhadap diagnosis yang lebih tepat dan lebih banyak bengkel latihan untuk menyediakan guru dengan kemahiran praktikal dan pengetahuan untuk membantu kanak kanak autisme.

 

Initiatif baru kami untuk Projek Harapan adalah untuk bekerjasama dengan badan organisasi yang tidak berasaskan keuntungan untuk membantu meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan yang mereka sediakan. Pada 2017, kami bekerjasama bersama Pusat Autisme IDEAS (IAC) dan kami berharap ini akan menjadi program percubaan yang berjaya yang boleh diikuti oleh pusat bukan keuntungan yang lain, tetapi yang paling utama adalah untuk kelas-kelas pendidikan khas di sekolah awam di Malaysia.

 

Pada April 1028, kami melancarkan biasiswa Projek Harapan untuk kanak-kanak lelaki bernama Ashton, yang menerima terapi ABA dibiayai sepenuhnya oleh kami.

 

Kami akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dari tahun 2019 dan seterusnya untuk memberi sokongan latihan guru dan pengembangan sumber latihan guru.


	

SUMBER

Adalah menjadi matlamat kami untuk menghasilkan siaran yang tepat berteraskan klinikal, informatif dan praktikal secara konsisten yang melibatkan bahan bercetak, penulisan blog dan video, untuk membantu ibubapa dan penjaga dengan maklumat dan bahan yang diperlukan bagi membantu anak autisme mereka.

 

Salah satu cara kami dapat berhubung dengan keluarga autisme di peringkat nasional dan global adalah melalui penggunaan media sosial. Sehingga kini, kami telah menghasilkan lebih dari 60 video dan telah menambah sarikata Bahasa Melayu. Selain itu, kami dalam usaha untuk menambah sarikata dalam pelbagai bahasa lain supaya video yang dihasilkan menjadi lebih muda diakses.

 

Antara video yang telah kami hasilkan termasuklah What is Autism, the Myths about Autism, siri the School Support, What is ABA dan siri Speech and Language. Video kami telah mendapat hampir 200,000 tontonan di YouTube dan hampir 500,000 tontonan di Facebook.

 

Kami juga telah menghasilkan sumber bahan bercetak dalam pelbagai bahasa yang menyentuh mengenai Mitos Autisme, Apa Itu Autisme dan Apa Itu ABA.

 

Pada tahun 2020, kami telah melancarkan laman web Autism At Home, platform sumber dalam talian yang bertujuan untuk memberikan strategi yang dipermudahkan untuk membantu keluarga kanak-kanak autisme mengajar dan menyokong kanak-kanak mereka di rumah.

KERJASAMA BERSAMA

YAYASAN KAJIAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT (YKPM)

YKPM telah ditubuhkan pada September 22, 1993 dan mendapat status yayasan pada tahun 1978. Objektif dan program utamanya sejak ia ditubuhkan adalah untuk memperkasakan dan berusaha disisi komuniti miskin dikawasan bandar dan luar bandar dalam pelbagai program pembangunan sosioekonomi, sokongan dasar awam dan pembangunan kapasiti.

 

Kini, projek utama YKPM adalah bekerjasama bersama komuniti Orang Asli-Jakun di Pahang untuk mengusahakan projek pengukuhan ekonomi seperti ladang organik dan pelancongan-eko di Ulu Gumum, Pekan, Pahang. YKPM juga sedang bekerjasama dengan rakan kongsinya dalam mengusahakan kursus Diploma dalam Kerja Sosial di Kolej Methodist. KYPM juga berkolaborasi bersama Projek Harapan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah dan ahli keluarga mereka yang mempunyai autisme.

PUSAT AUTISME IDEAS (IAC)(2017)

Pusat Autisme IDEAS (IAC) adalah pusat intervensi awal yang menyediakan bantuan pengesanan awal autisme yang menyeluruh, penjagaan, terapi dan pendidikan kepada 32 kanak-kanak autisme berumur 3 ke 9 tahun dari keluarga berpendapatan rendah, dimana ibubapa mereka mempunyai hampir tiada akses ke penjagaan khas dan sesi terapi disebabkan oleh kos yang tinggi.

 

Sejak penubuhannya pada Disember 2012, IAC telah membantu 17 kanak-kanak untuk bersekolah di sekolah kerajaan arus perdana dan terus membantu kanak-kanak autisme dari golongan B40 melalui perkhidmatannya, justeru membantu keluarga mereka untuk kembali bersemangat. Projek Harapan akan bekerjasama dengan IAC untuk menjalankan program percubaan untuk menyediakan pendidik IAC dalam Analisis Perilaku Terapan (ABA), yang merupakan rawatan berasaskan data bagi autisme, dan untuk mengukuhkan kualiti perkhidmatan yang diberikan.

VIDEO TERKINI

Bulan Kesedaran Autisme Sedunia 2019 3:45

Biasiswa The Hope Project 2018 7:09

The Hope Project  Dengan Pusat Autisme IDEAS 4:21