GLOSARI

Analisis Perilaku Terapan (ABA)

Pendekatan saintifik berdasarkan kondisi pengendalian; prinsip dimana pengakibatan mempunyai kesan terhadap tingkah laku.

Autism At Home

Autism At Home adalah sumber atas talian yang bertujuan untuk menyediakan tip ringkas dan strategi untuk membantu keluarga yang mempunyai anak autisme supaya dapat mengajar dan membantu anak mereka di rumah. Ini adalah inisiatif amal oleh The Hope Project, iaitu badan amal daripada Early Autism Project (EAP) Malaysia.

Blok Pembelajaran

Perkembangan atau susunan kemahiran yang anak perlu belajar, diasaskan dengan kemahiran asasi bagi motivasi, kerjasama, imitasi dan perhatian, diikuti dengan kemahiran lebih kompleks seperti; bahasa dan komunikasi, kemahiran bermain, kemahiran sosial, kemahiran rutin harian dan kemahiran akademik.

Board Certified Behavioural Analyst (BCBA)

BCBA adalah seseorang yang mempunyai perakuan dalam ABA. BCBA menerima pensijilan ini melalui Behaviour Analyst Certification Board.

Buku Sosial

Cerpen individu yang menggambarkan situasi sosial yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak autisme. Kisah sosial boleh digunakan untuk mengajar kemahiran yang diharapkan dan mempersiapkan anak untuk perubahan atau peristiwa yang akan datang. Kisah sosial pertama kali diperkenalkan oleh Carol Gray pada tahun 1991.

Early Autism Project (EAP) Malaysia

Syarikat swasta kami bertempat di Malaysia yang menawarkan terapi ABA kepada kanak-kanak autisme. Maklumat lanjut.

Ganjaran

Kunci strategi yang kedua dalam ABA, menyediakan dan memberi ganjaran atau item yang bermotivasi kepada individu.

Hukuman

Pendekatan yang melibatkan memarahi, memukul, menjerit, dan menunjukkan muka yang tegas, atau menyamai niat untuk menggunakan ketakutan, memalukan, atau menyalahi supaya memotivasikan seorang individu untuk berhenti menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Dalam Autism At Home, kami tidak mengesyorkan pendekatan ini untuk tujuan keselamatan, dan ini juga kerana tingkah laku yang tidak diingini akan kadang kala meningkat, bukan merundum, sebagai kesan memberikan perhatian ketika hukuman.

Jadual Visual

Jadual yang menggunakan gambar untuk ditunjukkan kepada anak anda apa yang bakal berlaku dan apa yang mereka perlu lakukan. Ini boleh diwujudkan dalam bentuk jadual harian atau jadual untuk rutin seharian seperti membasuh tangan dan menggunakan tandas.

Kad Visual

Kad visual atau peringatan adalah gambar yang biasanya diletakkan di tempat yang sangat mudah dilihat oleh kanak-kanak, seperti bahagian atas meja mereka, perabot atau peti sejuk, untuk mengingatkan mereka tentang harapan ketika berada di kawasan itu atau di sekitar objek itu.

Ketara

Sesuatu yang fizikal dan boleh disentuh termasuk permainan, makanan dan waktu skrin.

Latihan

Kunci strategi yang ketiga untuk ABA, melakukan latihan kemahiran yang anda mahu mengajar anak anda dalam set beberapa kali untuk setiap hari.

Letupan Pemupusan

Suatu proses dimana apabila anda mula memupuskan tingkah laku tidak baik, pada mulanya akan menjadi semakin teruk. Kemudian, tingkah laku tersebut akan mencapai satu tahap dimana ianya “meletop”, atau mencapai tahap maksima, biasanya apabila anak tersebut menjadi terlalu penat, atau mereka menyedari bahawa tingkah laku tersebut tidak berjaya. Pada tahap ini, tingkah laku tersebut akan mula merundum, membuatkannya lebih mudah untuk menenangkan anak tersebut. Setiap anak adalah berbeza dan mempunyai jangka masa berbeza sehingga mereka mencapai letupan pemupusan.

Memudahkan Kemahiran

Kunci strategi yang pertama dalam ABA, melibatkan pengajaran mengenai kemahiran terhadap seorang anak yang telah dipermudahkan langkah-langkah pembelajaran.

Pemupusan

Latihan yang menepikan atau memupuskan perhatian terhadap anak, biasanya apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang tidak baik. Ini bermakna untuk tidak memandang mereka, menghadapkan badan atau bercakap terhadap anak tersebut. Adalah disyorkan untuk mngaitkan pemupusan dengan pengalihan fokus.

Pengakibatan Negatif

Pengakibatan terhadap tingkah laku apabila anda mengambil sesuatu daripada anak anda, seperti permainan, makanan atau mengurangkan perhatian yang anda berikan.

Pengakibatan Positif

Pengakibatan terhadap tingkah laku apabila anda menambah sesuatu, seperti permainan anak anda, makanan atau perhatian anda.

Pengalihan Fokus

Latihan pengalihan fokus, pengangguan dan penukaran perhatian anak kepada sesuatu benda yang lain. Ini juga boleh melibatkan permainan yang sangat digemari, atau mengikut aktiviti seterusnya dalam jadual. Pengalihan fokus biasanya dikaitkan dengan pemupusan.

Stesen Belajar

Kawasan rumah yang disediakan untuk pengajaran 1: 1 dengan anak, yang memaksimumkan pembelajaran dan mengurangkan gangguan.

Stesen Bermain

Kawasan, atau sudut kecil rumah, yang dikhaskan untuk aktiviti permainan atau mainan tertentu, seperti membaca, seni dan kraf atau permainan dapur.

Susulan

Latihan yang memastikan anak anda mendengar arahan yang anda berikan untuk pertama atau kedua kali. Ini mungkin melibatkan didikan fizikal untuk anak menyiapkan arahan jika mereka tidak mendengar arahan orang dewasa pada kali pertama.

The Hope Project

Inisiatif amal daripada Early Autism Project (EAP) Malaysia, mencapai untuk memberi perkhidmatan bertaraf dunia untuk autisme yang dapat diakses oleh semua. Maklumat lanjut.

Tingkah Laku Yang Dikehendaki

Tingkah laku yang anda mahu anak anda tunjuki, seperti duduk baik-baik semasa di meja, menggunakan perkataan untuk meminta apa yang mereka mahukan dan menunggu apa yang mereka mahukan.

Tingkah Laku Yang Tidak DiIngini

Tingkah laku yang anda tidak mahu anak anda tunjuki, seperti tingkah laku agresif. Contohnya, memukul atau yang tidak wajar dan berbahaya seperti melompat atas sofa.