Skip links

EAP Talks Episode 4: Is Your Child Falling Behind?

In this episode of EAP Talks, Jo Isaacs and Rachel Gomez focus on a crucial but often misunderstood concept in autism intervention: the developmental gap and why empowering parents is central to closing it.

They explain that while therapy may be intensive (3–6 hours a day), progress doesn’t stop when therapists leave. Evenings, weekends, and holidays matter which means parents play the biggest role in a child’s long-term success.

A key highlight of the episode is the explanation of the developmental gap:

A child may be five years old chronologically, but functioning at a three-year-old level in communication, cognition, or adaptive skills. Without early and targeted intervention, that gap doesn’t stay the same – it can widen over time.

The core message of the podcast isn’t about losing hope, it’s about gaining clarity.

When parents understand where their child truly is developmentally, they are empowered to make better decisions about support, therapy intensity, and future planning!Watch the full episode here: EAP Talks on YouTube

EAP Talks Episod 4: Adakah Anak Anda Ketinggalan Perkembangan?

Dalam episod EAP Talks ini, Jo Isaacs dan Rachel Gomez memberi tumpuan kepada satu konsep penting tetapi sering disalah faham dalam intervensi autisme: jurang perkembangan (developmental gap) dan mengapa memperkasakan ibu bapa adalah kunci untuk merapatkannya.

Mereka menerangkan bahawa walaupun terapi boleh menjadi intensif (3–6 jam sehari), perkembangan tidak berhenti apabila ahli terapi pulang. Waktu petang, hujung minggu, dan cuti juga sangat penting yang bermaksud ibu bapa memainkan peranan terbesar dalam kejayaan jangka panjang anak.

Salah satu sorotan utama episod ini adalah penjelasan tentang jurang perkembangan:

Seorang kanak-kanak mungkin berumur lima tahun dari segi kronologi, tetapi berfungsi pada tahap kanak-kanak tiga tahun dalam aspek seperti komunikasi, kognitif, atau kemahiran adaptif. Tanpa intervensi awal yang berdasar, jurang ini tidak kekal sama — malah boleh menjadi semakin besar dari masa ke masa.

Mesej utama podcast ini bukan tentang kehilangan harapan — tetapi tentang mendapatkan kefahaman yang lebih jelas.

Apabila ibu bapa memahami tahap perkembangan sebenar anak mereka, mereka akan lebih berdaya untuk membuat keputusan yang lebih baik tentang sokongan yang diperlukan, intensiti terapi, dan perancangan masa depan.

Tonton episod penuh di sini: EAP Talks on YouTube