EAP Talks Episode 5: Why Do Behaviours Increase?

In this episode of EAP Talks, Jo and Rachel dive into one of the most common and often misunderstood topics in autism: behaviour.
Through real-life stories (some heartwarming, some hilarious, some very relatable), they unpack an important truth: that all behaviour is a form of communication.
Whether it’s a child slapping someone’s back to say hello, lying flat on the floor for attention, or repeating a behaviour after getting a big reaction there is always a function behind it.
The key takeaway from this episode is grounded in a simple but powerful principle from operant conditioning:
Give attention to the behaviours you want to increase.
Reduce attention to the behaviours you want to decrease.
Importantly, they emphasise that extinction alone isn’t enough! Children must be taught alternative, replacement and appropriate behaviours and that reinforcing new skills consistently helps replace challenging behaviours!
This episode empowers parents and educators with a foundational mindset shift: behaviour management isn’t about punishment — it’s about understanding, teaching, and reinforcing the right skills.
Watch the full episode here: EAP Talks on YouTube
EAP Talks Episod 5: Mengapa Tingkah Laku Semakin Meningkat?
Dalam episod EAP Talks ini, Jo dan Rachel menyelami salah satu topik yang paling biasa — tetapi sering disalah fahami — dalam autisme: tingkah laku.
Melalui kisah kehidupan sebenar (ada yang menyentuh hati, ada yang kelakar, dan ada yang sangat mudah difahami oleh ibu bapa), mereka menghuraikan satu kebenaran penting: setiap tingkah laku adalah satu bentuk komunikasi.
Sama ada seorang kanak-kanak menepuk belakang seseorang untuk mengucapkan “hello”, berbaring di lantai untuk mendapatkan perhatian, atau mengulangi sesuatu tingkah laku selepas mendapat reaksi besar, sentiasa ada fungsi atau sebab di sebaliknya.
Pengajaran utama daripada episod ini berasaskan satu prinsip yang mudah tetapi sangat berkuasa daripada operant conditioning:
Berikan perhatian kepada tingkah laku yang anda ingin tingkatkan.
Kurangkan perhatian kepada tingkah laku yang anda ingin kurangkan.
Yang penting, mereka juga menekankan bahawa extinction sahaja tidak mencukupi. Kanak-kanak perlu diajar tingkah laku alternatif, pengganti, dan yang lebih sesuai. Apabila kemahiran baharu ini diberi pengukuhan secara konsisten, ia akan membantu menggantikan tingkah laku yang mencabar.
Episod ini memberi perspektif baharu yang penting kepada ibu bapa dan pendidik: pengurusan tingkah laku bukan tentang hukuman — tetapi tentang memahami, mengajar, dan mengukuhkan kemahiran yang betul.
Tonton episod penuh di sini: EAP Talks on YouTube