Skip links

EAP Talks Season 5 Episode 3: “Why Are Children Struggling With Mental Health? Is Screen Time Playing a Role?”

In this episode of EAP Talks, Jo Isaacs and Rachel Gomez explore a growing concern affecting children and young people today: mental health and the impact of our increasingly digital world.

Despite many aspects of modern life becoming safer, easier and more connected, why do anxiety and mental health challenges appear to be increasingly prevalent among young people? Jo and Rachel discuss what has changed between generations, highlighting the rapid growth of technology, increased screen time and children’s access to digital content from an increasingly young age.

Drawing from her experience as both a clinical psychologist and a mother, Rachel shares why supervising her young son’s online content is important. They explore how children may encounter age-inappropriate or distressing content before they have the developmental maturity to understand, process or make sense of what they see.

The conversation also examines the influence of social media, peer pressure, unrealistic expectations and constant exposure to global events. When children are repeatedly exposed to the “highlight reels” of other people’s lives, they may begin comparing themselves to others, contributing to feelings of worry, inadequacy and anxiety. Jo and Rachel also reflect on what excessive screen time may take away from children, including opportunities for face-to-face interaction, outdoor play and meaningful real-life connections.

Rather than placing the responsibility on any one group, the episode emphasises the importance of a collective effort involving parents, schools, governments and technology platforms. Parents can establish age-appropriate boundaries and supervise online activities, while schools can promote digital safety and responsible digital citizenship.

As Jo and Rachel set the stage for future discussions on screen time, mental strength, digital safety and cyberbullying, they remind us that supporting children’s mental wellbeing requires collaboration between families and communities.

The key takeaway: Technology is neither entirely good nor bad. What matters is understanding how the digital environment shapes what children see, think, feel and experience—and how adults can guide them towards safer, healthier and more balanced digital habits.

Watch the full episode here: EAP Talks on YouTube

EAP Talks Musim 5, Episod 3: “Bagaimanakah Teknologi Mempengaruhi Kesihatan Mental Anak-anak Kita?”

Dalam episod EAP Talks kali ini, Jo Isaacs dan Rachel Gomez membincangkan satu isu yang semakin membimbangkan dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda hari ini, iaitu kesihatan mental serta kesan dunia digital yang semakin berkembang.

Walaupun banyak aspek kehidupan moden kini menjadi lebih selamat, mudah dan saling berhubung berbanding generasi terdahulu, mengapakah masalah kesihatan mental dan kebimbangan kelihatan semakin berleluasa dalam kalangan golongan muda? Jo dan Rachel membincangkan perubahan antara generasi, dengan memberi tumpuan kepada perkembangan pesat teknologi, peningkatan masa skrin dan akses kanak-kanak kepada kandungan digital sejak usia yang semakin muda.

Berdasarkan pengalamannya sebagai ahli psikologi klinikal dan seorang ibu, Rachel berkongsi sebab beliau memantau kandungan dalam talian yang boleh diakses oleh anak lelakinya yang masih kecil. Mereka turut membincangkan bagaimana kanak-kanak mungkin terdedah kepada kandungan yang tidak sesuai dengan usia atau mengganggu emosi sebelum mereka mempunyai kematangan dari segi perkembangan untuk memahami, memproses atau mentafsir perkara yang dilihat.

Perbualan ini turut meneliti pengaruh media sosial, tekanan rakan sebaya, jangkaan yang tidak realistik dan pendedahan berterusan kepada peristiwa global. Apabila kanak-kanak sentiasa melihat “sisi terbaik” kehidupan orang lain di media sosial, mereka mungkin mula membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Hal ini boleh menyumbang kepada perasaan bimbang, rendah diri dan keresahan. Jo dan Rachel juga mengupas bagaimana penggunaan skrin yang berlebihan berpotensi mengurangkan peluang kanak-kanak untuk berinteraksi secara bersemuka, bermain di luar dan membina hubungan bermakna dalam kehidupan sebenar.

Daripada meletakkan tanggungjawab kepada satu pihak sahaja, episod ini menekankan kepentingan usaha bersama yang melibatkan ibu bapa, sekolah, kerajaan dan platform teknologi. Ibu bapa boleh menetapkan batasan yang sesuai dengan usia serta memantau aktiviti dalam talian anak-anak, manakala pihak sekolah boleh memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran tentang keselamatan digital dan mengajar kanak-kanak menjadi pengguna digital yang bertanggungjawab.

Ketika Jo dan Rachel membuka ruang untuk perbincangan seterusnya mengenai masa skrin, ketahanan mental, keselamatan digital dan buli siber, mereka mengingatkan kita bahawa usaha menyokong kesejahteraan mental kanak-kanak memerlukan kerjasama antara keluarga dan masyarakat.

Inti pati utama: Teknologi bukanlah sesuatu yang sepenuhnya baik atau buruk. Apa yang lebih penting ialah memahami bagaimana persekitaran digital mempengaruhi perkara yang dilihat, difikirkan, dirasai dan dialami oleh kanak-kanak—serta bagaimana orang dewasa dapat membimbing mereka untuk menggunakannya dengan lebih selamat, sihat dan seimbang.

Tonton episod penuh di sini: EAP Talks on YouTube