Skip links

BARU: Kursus ABAT

Kursus Pensijilan Applied Behavior Analysis Technician (ABAT®)

Kursus Pensijilan Applied Behavior Analysis Technician (ABAT®) yang disediakan oleh Early Autism Project Malaysia adalah kursus selama 40 jam yang memenuhi keperluan kelayakan Lembaga Qualified Applied Behavior Analysis Board (QABA). EAP Malaysia ialah Penyedia Kursus yang Diluluskan untuk kursus ini.

Play Video

Kursus pensijilan ABAT® ini direka khas untuk intervensi tahap permulaan yang juga dikenali sebagai kakitangan pengajaran secara langsung/ juruteknik tingkah laku/ ahli terapi ABA yang bekerja secara langsung dengan individu untuk menyediakan pengajaran harian dan melaksanakan pelan intervensi tingkah laku dalam skop Applied Behavior Analysis (ABA) dan gangguan spektrum autisme (ASD).

Untuk mendapatkan pensijilan ABAT®, individu perlu melengkapkan 40 jam kursus penilaian berasaskan kelayakan, memenuhi keperluan kerja lapangan yang diselia, dan lulus peperiksaan proktor.

Syarat minimum untuk mendaftar kursus ini adalah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
  2. Telah menamatkan diploma sekolah menengah (setaraf SPM untuk rakyat Malaysia)

Harap maklum bahawa kursus ABAT yang disediakan oleh EAP Malaysia hanya memenuhi syarat 40 jam kerja kursus pensijilan. Individu yang menyertai kursus ABAT dengan EAP Malaysia akan menerima e-sijil yang diperlukan untuk mendaftar peperiksaan ABAT. Kerja lapangan yang diselia hanya disediakan untuk kakitangan EAP sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai kursus ABAT, sila rujuk laman web rasmi QABA: www.qababoard.com

Dengan menyertai kursus ini, anda akan mempelajari tentang autisme, Applied Behavior Analysis (ABA), dan amalan etika serta topik lain yang bertujuan membekalkan anda dengan pengetahuan terbaik dalam menyokong individu dengan autisme. Kursus ini turut merangkumi kandungan khas daripada EAP Malaysia dengan penceramah jemputan yang mempunyai gabungan pengalaman lebih daripada 50 tahun!

Kursus ini sesuai untuk:

Ahli terapi ABA yang ingin meningkatkan kemahiran mereka dalam prinsip autisme & ABA.

Ibu bapa yang ingin mempelajari cara menyokong anak mereka dengan autisme menggunakan prinsip ABA.

Guru/ Pelajar/Profesional dalam bidang berkaitan yang ingin memperluaskan pengetahuan mereka dalam bidang autisme dan prinsip ABA.

Kursus ini berbentuk pembelajaran secara sesi langsung melalui Zoom, selama 12 minggu. Anda digalakkan menghadiri sesi langsung untuk mendapatkan manfaat maksimum, namun rakaman akan disediakan dalam tempoh seminggu, bagi mereka yang tidak dapat hadir secara langsung.

Kursus ini juga mengandungi tugasan/ kuiz wajib yang perlu diselesaikan sebelum beralih ke modul seterusnya.





Kursus ini akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia, namun peperiksaan pensijilan ABAT® akan dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris.




PENYAMPAI UTAMA

RACHEL GOMEZ
MClin.Psych, BCBA (1-22-60304)
Ketua Pembangunan Klinikal di EAP Malaysia

Rachel ialah Ketua Pembangunan Klinikal di Early Autism Project Malaysia. Beliau memiliki Ijazah Sarjana dalam Psikologi Klinikal dari HELP University. Rachel juga merupakan seorang Board Certified Behavior Analyst (BCBA; 1-22-60304) dan seorang Profesional Kesihatan Bersekutu Malaysia yang berdaftar (MAHPC(CP)00467). Di EAP Malaysia, Rachel turut berperanan sebagai Penyelia Kanan dan memberikan penyeliaan klinikal kepada penyelia kanan serta penyelia lain, selain mengetuai latihan penyelia dalaman. Beliau juga menjalankan penilaian diagnostik, penilaian perkembangan, serta sesi saringan. Selain itu, Rachel bertanggungjawab menguruskan kemasukan dan proses orientasi klien baharu di EAP Malaysia. Rachel telah bersama EAP sejak tahun 2011.

PENYAMPAI JEMPUTAN

JOCHEBED ISAACS
MClin.Psych
Pengarah & Pengasas EAP Malaysia

Jochebed berkhidmat sebagai Pengarah di EAP Malaysia. Beliau juga merupakan seorang Psikolog Klinikal dan Penyelia Kanan di EAP Malaysia. Jochebed menamatkan Ijazah Sarjana dalam Psikologi Klinikal di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah menjalani latihan sebagai penyelia di Wisconsin Early Autism Project, Amerika Syarikat di bawah bimbingan Dr. Glen Sallows, Ms. Tamlynn Graupner, dan Ms. Michelle Sherman. Beliau mempunyai pengalaman bekerja dengan ratusan kanak-kanak yang didiagnosis dengan Autism Spectrum Disorder (ASD) di Malaysia, Wisconsin, Perth, dan Singapura. Jochebed telah bersama EAP sejak tahun 2006.

CHAU YU CHEN
M.A. dalam Pendidikan Khas
Ketua Pasukan di EAP Malaysia

Yu Chen adalah Ketua Pasukan di Early Autism Project Malaysia. Beliau memiliki Ijazah Sarjana dalam Pendidikan Khas dari Universiti Nottingham. Di EAP, Yu Chen memberikan penyeliaan klinikal kepada penyelia dan juga mengawasi pasukan dari proses pengambilan pekerja hingga latihan orientasi dan pembangunan kepimpinan. Yu Chen kini sedang dalam proses untuk memperoleh pensijilan Qualified Behavior Analyst (QBA) oleh QABA. Yu Chen telah bersama EAP sejak 2016.

Yuran Kursus & Pendaftaran

  • Yuran awal khas: RM1,500 (11-30 April 2025)

  • Yuran biasa: RM1,800 (1-15 Mei 2025)

  • Pendaftaran boleh dilakukan di sini sebelum 15 May 2025.

  • Sekiranya anda merupakan ahli organisasi/ syarikat yang berdaftar di bawah HRDCorp, anda juga boleh memohon geran/ levi HRDCorp.

Jadual Kelas

Masa kelas adalah setiap Jumaat, 8.30pg-12ptg (GMT+8).

Session

Date

Module

1

Mei 16, 2025 (Jumaat)

Orientasi + Pengetahuan Asas Autisme Bahagian 1

2

Mei 23, 2025 (Jumaat)

Pengetahuan Asas Autisme Bahagian 2

3

Mei 30, 2025 (Jumaat)

Prinsip Asas ABA

4

Jun 6, 2025 (Jumaat)

Pemerolehan Kemahiran Bahagian 1

5

Jun 13, 2025 (Jumaat)

Pemerolehan Kemahiran Bahagian 2

6

Jun 20, 2025 (Jumaat)

Komunikasi

7

Jul 4, 2025 (Jumaat)

Pengurusan Tingkah Laku Bahagian 1

8

Jul 11, 2025 (Jumaat)

Pengurusan Tingkah Laku Bahagian 2

9

Jul 18, 2025 (Jumaat)

Pengumpulan dan Analisis Data

10

Jul 25, 2025 (Jumaat)

Etika & Perlindungan

11

Ogos 1, 2025 (Jumaat)

Motivasi, Pembinaan Hubungan & Kemahiran
Bermain

12

Ogos 8, 2025 (Jumaat)

Kemahiran Sosial dan Sokongan Sekolah

Note:
Kursus ini akan kekal dibuka sehingga 29 Ogos 2025 selepas modul terakhir pada 8 Ogos 2025.
Peserta mesti menyiapkan keseluruhan kursus, termasuk penilaian akhir, selewat-lewatnya pada 29 Ogos 2025 untuk menerima sijil penyertaan (e-sijil) sebagai bukti penyelesaian kursus.

Daftar sekarang ke kursus ABAT.