Platform Autisme Di Rumah merupakan sumber atas talian adalah inisiatif amal oleh The Hope Project dan dana-dana didapati daripada rakan kongsi dan sponsor dari tahun 2016 sehingga kini. Platform sumber atas talian ini adalah bertujuan untuk menyediakan ringkasan tips untuk kunci pembelajaran dan strategi untuk keluarga dengan anak autisme supaya dapat menyokong mereka dari rumah.
Platform sumber atas talian ini bukan kursus Analisis Tingkah Laku Gunaan yang disahkan malah bukan semua pakar terapi yang sudah lengkapi video talian ini mampu menjadi ahli terapi ABA ataupun ahli terapi dilain bidang . Individu yang menonton sumber ini tidak layak untuk memberikan latihan ataupun menyelia apa- apa program di bawah ABA.
Malah, strategi yang disediakan di laman web ini adalah program ABA yang tidak lengkap dan kami, di Early Autism Project Malaysia berharap agar keluarga- keluarga yang memerlukan bantuan mencari rawatan ABA yang disahkan dan diselia oleh pihak profesional.
(1) PENAFIAN UMUM
Kandungan di dalam laman web Autism At Home, seperti teks, grafik, gambar dan apa apa kandungan lain adalah bagi tujuan informasi sahaja. Ianya bukanlah untuk menggantikan sebarang nasihat kesihatan profesional, dianogsis atau rawatan.
Autism At Home telah menjalankan pelbagai usaha untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan terhadap informasi yang disediakan di laman web ini. Walau bagaimanapun, informasi diterkandung adalah seperti yang sedia ada tanpa sebarang jaminan.
Autism At Home tidak menerima apa apa tanggungjawab atau liabiliti terhadap ketepatan, isi kandungan, kelengkapan, kesahan atau realibiliti informasi yang terdapat di dalam laman web ini.
Isi kandungan di dalam Autism At Home merupakan senario yang berdasarkan senario kehidupan seharian. Nama, watak, bisnes, tempat, peristiwa dan kejadian adalah produk imaginasi Autism At Home. Apa apa persamaan kepada manusia sebenar, samada hidup atau mati, atau kejadian sebenar adalah kebetulan semata-mata.
Autism At Home tidak akan menyokong atau mengesyorkan apa apa produk komersial atau perkhidmatan. Dalam pada itu, pihak swasta tidak akan menggunakannya untuk mempromosikan dengan tujuan menyokong apa apa produk.
(2) HAK CIPTA MENGGUNAKAN KANDUNGAN DENGAN KEIZINAN
Autisme di Rumah adalah dengan keizinan dari pemilik hak cipta, Early Autism Project Malaysia yang diberikan izin untuk menggunakan isi program sebagai penggunaan persendirian di rumah sahaja. Penggunaan bagi lokasi lain adalah dilarang melainkan diberitahu bahawa diberikan hak oleh pemilik hak cipta. Mana mana pihak tanpa kebenaran yang menggunakan penyalinan, penyuntingan dan/atau penyiaran, seluruh isi atau sebahagiannya, adalah sama sekali dilarang. Mana mana tindakan yang disebutkan akan dipertanggungjawabkan dalam bentuk tindakan sivil dan mungkin dikenakan dengan tuduhan jenayah.
(3) TIADA HUBUNGAN PROFESIONAL-PELANGGAN
Penggunaan anda dalam laman web ini, termasuk pelaksaanan dari mana mana pengesyoran yang diberikan dalam laman web ini, dan/atau penggunaan mana mana sumber yang ada di dalam laman web ini, tidak menciptakan hubungan profesional-pelanggan antara pengguna dengan Early Autism Project Malaysia atau The Hope Project dan mana mana pakar terapi yang berkait.
Early Autism Project Malaysia dan The Hope Project tidak akan menerima bahawa pengguna laman web ini sebagai pelanggan melainkan dan sehingga Early Autism Project Malaysia dan The Hope Project menentukan ianya ada penglibatan syarat yang berkenaan seperti pembayaran yuran yang diselesaikan. Oleh itu, pengguna laman web ini mengetahui dan bersetuju bahawa Early Autism Project Malaysia dan The Hope Project tidak mewujudkan apa apa hubungan profesional-pelanggan oleh pengguna laman web ini.
(4) SOKONGAN PENAFIAN – IKLAN POP TIMBUL
Apabila menonton laman web ini, penonton mungkin akan mengalami iklan pop timbul. Iklan-iklan ini adalah kebanyakannya daripada laman-laman web lain yang telah diterokai oleh pengguna atau perisian pihak ketiga dalam komputer pengguna.
Early Autism Project Malaysia dan The Hope Project tidak akan melayan atau mengesyorkan produk atau perkhidmatan dimana pengguna mungkin mengalami iklan pop timbul dalam komputer mereka sementara berada dalam laman web Early Autism Project Malaysia atau The Hope Project.
(5) PENAFIAN: KEPUTUSAN AKAN BERBEZA
Strategi yang diberikan dalam platform sumber atas talian tidak akan mencukupi program Analisis Tingkah Laku Gunaan (ABA). Early Autism Project Malaysia dan The Hope Project sangat menggalakkan keluarga untuk mencari rawatan ABA yang berkelulusan dari penyelia profesional.
Early Autism Project dan The Hope Project sentiasa menekankan untuk meletakkan jangkaan yang munasabah. Setiap individu neurobiologi beroperasi secara berbeza dan responsi yang diberikan terhadap strategi yang diberikan akan berbeza mengikut umur, jantina, status kesihatan, kualiti dalam teknik terapi, status kini dalam kemahiran individu tersebut dan lain lain penyebab seperti genetik, biologi dan persekitaran. Oleh itu, keputusan bagi setiap individu akan menjadi berbeza berdasarkan faktor-faktor ini.
(6) LINK DARIPADA ORGANISASI LAIN
Early Autism Project Malaysia dan The Hope Project mengekalkan pautan dalam laman web ini ke organisasi luar sebagai tanda budi kepada yang menggunakan sumber ini. Segala penat lelah adalah untuk memastikan penyenaraian mengandungi maklumat yang tepat dan link diberikan adalah dipercayai. Early Autism Project Malaysia dan The Hope Project tidak akan menyokong atau menuntut untuk mempunyai pengetahun persendirian bagi kemampuan dalam penyenaraian tersebut.
Penyenaraian itu adalah bertujuan untuk informasi sahaja. Walau bagaimanapun, kami mendesak pengguna direktori ini supaya menggunakan pertimbangan bebas dan meminta rujukan apabila mempertimbangkan penggunaan perkhidmatan dari mana-mana profesional.