PENGHARGAAN

Autisme di Rumah merupakan sumber atas talian yang didedikasikan untuk semua pelajar di EAP. Anda telah mengajar kami dengan lebih mendalam mengenai autisme dan merupakan sebab utama kami melakukan usaha ini. Kepada semua keluarga yang bekerjasama, kami sangat menghargai dedikasi dan komitmen yang telah diberikan kepada anak dan keluarga anda.

 

Pada tahun 2020, sumber ini telah dikembangkan oleh Jochebed Issacs dan Team Clinic EAP berdasarkan pengalaman mereka di dalam bidang ini selama 63 tahun; Stephanie Wan, Charmaine Koay, Rachel Gomes, Sarah Woo, Yu Chen, Emma Sajidah, Michelle Yong, Evie Tan, Jean Lim & Jolene Chong.

 

EAP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat induk kami Wisconsin Early Autism Project untuk asas kurikulum, BCBAs yang telah hadir di Malaysia untuk memberikan latihan dan sokongan secara berterusan sejak 2004; Dr Glen Sallows, Dr Tamlynn Graupner, Brenda Boehm, Maggie Doman, Michelle Sherman, Dr Joseph Perron, Dr Nan Huai, Dr Rebecca Thompson, Kerry Hoops, Kim Knippel, Brittany Schumacher, Katherine Gleason and Mary Smith.

 

Sumber ini juga telah berjaya melalui dana yang diberikan oleh orang ramai dan sebahagian daripada klien kami di EAP Malaysia. Terima kasih atas sokongan dan minat di dalam membantu lebih banyak keluarga dengan anak autisme.

 

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Stephanie Wan, Sarah Woo, Low Lee Yee & Joshua Lee, The Hope Project, Team Media EAP, Integricity Visuals dan Brian Chia yang telah banyak menyumbangkan idea dalam penghasilan video dan sumber atas talian.

 

Akhir sekali, terima kasih kepada seluruh team Early Autism Project Malaysia kerana memilih bidang ini sebagai pekerjaan dan memberikan komitmen 100% setiap hari untuk membantu meningkatkan potensi anak-anak Autisme. Terima kasih juga kepada team Admin & Operasi termasuk Lembaga Pengarah dan Penasihat kami – anda merupakan tulang belakang kami.

 

Kami berharap agar Autisme di Rumah mampu memberi impak dan membantu lebih ramai keluarga.