MENGENAI AUTISM AT HOME

Visi kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia untuk autisme yang mudah didapati oleh semua.

APA ITU AUTISM AT HOME?

Autisme At Home adalah sumber atas talian yang bertujuan untuk menyediakan tip ringkas dan strategi untuk membantu keluarga yang mempunyai anak autisme supaya dapat mengajar dan membantu anak mereka di rumah. Ini adalah inisiatif amal oleh The Hope Project, iaitu badan amal daripada Early Autism Project Malaysia (EAP).

APA YANG AKAN DIPELAJARI

MEMPUNYAI PENGALAMAN BERTARAF DUNIA

Tip dan strategi yang diberikan oleh profesional yang mempunyai pengalaman berpuluh tahun di dalam bidang autisme.

KANDUNGAN INTERAKTIF

Pop kuiz dan demonstrasi merupakan teknik dan strategi utama.

TUGASAN SECARA PRAKTIKAL

Tugasan secara praktikal untuk mempraktis teknik yang dipelajari di rumah.

Bagaimana untuk menavigasi platform ini:

Jika anda masih baharu di platform Autism At Home, kami syorkan untuk bermula dengan Kit Permulaan kami sebelum beralih ke unit lain.

Anda perlu menandakan "selesai" pada setiap unit pelajaran sebelum beralih ke pelajaran seterusnya.

Hampir semua video adalah percuma; namun, terdapat beberapa siri berbayar yang anda perlu beli dengan kadar bayaran yang minimum untuk mengakses kandungannya. Semua hasil pendapatan akan digunakan untuk mengoperasi Autism At Home.

Dalam usaha kami untuk menjadikan Perkhidmatan Bertaraf Dunia Boleh Diakses oleh Semua, EAP telah melancarkan inisiatif tanpa keuntungan kami iaitu The Hope Project pada Oktober 2016.
The Hope Project bermatlamat untuk memberi kesan kepada polisi nasional berkenaan autisme terutamanya dalam pengenalpastian awal bagi autisme dan rawatan yang terbaik melalui 3 kaedah: Kempen, Perkhidmatan & Sumber.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang The Hope Project