EAP Talks Season 5 Episode 4: “How Much Screen Time Is Too Much for Children? When Should Kids Get a Phone?”

In EAP Talks Season 5, Episode 4, Jo Isaacs and Rachel Gomez continue their conversation about children growing up in the digital age, this time focusing on a question many families face every day:
How much screen time is too much—and how can parents create healthier boundaries around technology?
The episode begins by looking at screen-time habits among children, including figures discussed in the podcast showing substantial daily online use among Malaysian children. Jo and Rachel use these statistics to explore practical questions parents often struggle with: When is it too early to introduce screens? How much screen time should children have? And when should a child have their own phone or device?
Rather than looking only at the number of hours spent on screens, they discuss the importance of considering a child’s age, what they are watching, why they are using the device and what screen time may be replacing. They also discuss age-based screen-time guidance and the need for parents to be intentional about how technology is introduced.
A particularly relatable part of the conversation explores how easily screens can become part of everyday routines—especially during mealtimes, when keeping children occupied, or when parents need a break. Rachel shares her own parenting experience of removing a device from her son’s routine and discovering:
“We think they can’t cope without it, but actually they do.”
The discussion also turns the spotlight onto adults. Healthy digital habits aren’t only about controlling children’s devices; parents model technology use too. Jo shares how her own son sometimes takes her phone away at mealtimes because:
“He wants my undivided attention.”
Jo and Rachel also explore what children may lose when digital interaction begins replacing face-to-face relationships and real-world experiences. As Rachel puts it:
“You think you’re connected because you’re connected online. But actually, you don’t really know the person in real life.”
Another major theme is purpose. Before deciding whether a child needs a phone or device, Jo encourages parents to ask:
“What is the reason for the device?”
A device used for schoolwork, safety or communication may require very different boundaries from one primarily used for entertainment. This is especially relevant for some autistic children who use devices as AAC or other forms of functional communication.
The episode also discusses practical parental controls and digital safety, including child accounts, age-appropriate settings, restrictions on apps and websites, and requiring parental approval for downloads.
Finally, Jo and Rachel connect screen use with behaviour. They discuss situations where a device may be given to stop a tantrum or challenging behaviour, and how the timing of that response can unintentionally reinforce the behaviour. Instead, the broader conversation encourages families to think intentionally about when, why and how screens are being used.
Watch the full episode here: EAP Talks on YouTube
EAP Talks Musim 5, Episod 4: “Berapa Banyak Masa Skrin yang Terlalu Banyak?”
Dalam episod EAP Talks kali ini, Jo Isaacs dan Rachel Gomez meneruskan perbincangan tentang kehidupan kanak-kanak dalam era digital dengan memberi tumpuan kepada persoalan yang sering dihadapi oleh keluarga setiap hari:
Berapa banyak masa skrin yang dianggap berlebihan, dan bagaimanakah ibu bapa dapat menetapkan batasan penggunaan teknologi yang lebih sihat?
Episod ini dimulakan dengan melihat tabiat penggunaan skrin dalam kalangan kanak-kanak, termasuk statistik yang dibincangkan dalam podcast yang menunjukkan penggunaan internet harian yang ketara dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Jo dan Rachel menggunakan statistik ini untuk meneroka persoalan praktikal yang sering membingungkan ibu bapa: Bilakah terlalu awal untuk memperkenalkan skrin kepada anak-anak? Berapa lama kanak-kanak sepatutnya menggunakan skrin? Dan bilakah masa yang sesuai untuk seseorang kanak-kanak memiliki telefon atau peranti sendiri?
Daripada hanya menumpukan pada jumlah jam yang dihabiskan di hadapan skrin, mereka membincangkan kepentingan mengambil kira usia anak, kandungan yang ditonton, tujuan penggunaan peranti dan aktiviti yang mungkin digantikan oleh masa skrin. Mereka turut menyentuh panduan masa skrin mengikut peringkat umur serta kepentingan ibu bapa merancang dengan teliti bagaimana teknologi diperkenalkan kepada anak-anak.
Salah satu bahagian perbualan yang dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa ialah bagaimana skrin boleh menjadi sebahagian daripada rutin harian dengan begitu mudah, terutamanya ketika waktu makan, semasa cuba menenangkan atau mengalihkan perhatian anak, atau apabila ibu bapa memerlukan sedikit masa untuk berehat. Rachel berkongsi pengalamannya sendiri sebagai seorang ibu apabila beliau mengeluarkan peranti daripada rutin anak lelakinya dan menyedari bahawa:
“Kita fikir mereka tidak mampu menghadapinya tanpa peranti itu, tetapi sebenarnya mereka mampu.”
Perbincangan ini turut mengalihkan perhatian kepada golongan dewasa. Tabiat digital yang sihat bukan sekadar tentang mengawal penggunaan peranti anak-anak, tetapi juga tentang bagaimana ibu bapa menunjukkan contoh melalui penggunaan teknologi mereka sendiri. Jo berkongsi bagaimana anak lelakinya kadangkala mengambil telefonnya ketika waktu makan kerana:
“Dia mahukan perhatian saya sepenuhnya.”
Jo dan Rachel juga membincangkan perkara yang mungkin terlepas daripada pengalaman anak-anak apabila interaksi digital mula menggantikan hubungan bersemuka dan pengalaman dalam kehidupan sebenar. Seperti yang dijelaskan oleh Rachel:
“Kita fikir kita sedang berhubung kerana kita berhubung dalam talian. Tetapi sebenarnya, kita tidak benar-benar mengenali orang itu dalam kehidupan sebenar.”
Satu lagi tema penting ialah tujuan penggunaan peranti. Sebelum memutuskan sama ada anak memerlukan telefon atau peranti sendiri, Jo menggalakkan ibu bapa untuk bertanya:
“Apakah tujuan peranti ini?”
Peranti yang digunakan untuk pembelajaran, keselamatan atau komunikasi mungkin memerlukan batasan yang sangat berbeza berbanding peranti yang digunakan terutamanya untuk hiburan. Perkara ini amat relevan bagi sesetengah kanak-kanak autistik yang menggunakan peranti sebagai AAC (Augmentative and Alternative Communication) atau alat komunikasi fungsional yang lain.
Episod ini turut membincangkan kawalan ibu bapa dan keselamatan digital, termasuk akaun khas untuk kanak-kanak, tetapan yang bersesuaian dengan usia, sekatan terhadap aplikasi dan laman web, serta keperluan mendapatkan kebenaran ibu bapa sebelum memuat turun aplikasi.
Akhir sekali, Jo dan Rachel mengaitkan penggunaan skrin dengan tingkah laku kanak-kanak. Mereka membincangkan situasi apabila peranti diberikan untuk menghentikan tantrum atau tingkah laku mencabar, serta bagaimana masa dan cara peranti diberikan secara tidak sengaja boleh mengukuhkan tingkah laku tersebut. Sebaliknya, perbincangan ini menggalakkan keluarga untuk berfikir dengan lebih teliti tentang bila, mengapa dan bagaimana skrin digunakan.
Tonton episod penuh di sini: EAP Talks on YouTube