EAP Talks Season 5 Episode 5: “Bullying or Just Teasing? Would Your Child Know the Difference?”

In EAP Talks Season 5, Episode 5, Jo Isaacs and Rachel Gomez explore an important issue affecting children and young people: bullying, particularly why autistic children may be more vulnerable, how harmful behaviour can sometimes be mistaken for teasing or friendship, and what parents, teachers and schools can do to create safer, more inclusive environments.
The episode begins with statistics discussed in the podcast that highlight the high prevalence of bullying among autistic children. Moving beyond the numbers, Jo and Rachel share real-life examples from their work with children, illustrating how bullying is not always obvious. It may not involve physical aggression or name-calling. Sometimes, it can be disguised as friendship.
Jo shares the story of a child who desperately wanted to make friends and would willingly queue to buy food or clean up after other students whenever they asked him to. When Jo tried to explain that these students were not treating him like a true friend, his response was heartbreaking:
“This is my friend.”
This experience raises an important question: Can children always recognise when someone is being genuinely friendly, teasing them, taking advantage of them or bullying them?
For some autistic children, understanding social cues and recognising other people’s intentions may require explicit teaching and guidance. Jo discusses strategies used to help children understand different types of relationships, including a colour-coded system of red, purple and green friends, as well as circles of friendship.
These tools help make abstract social concepts more concrete, allowing children to better understand who makes them feel safe, who treats them kindly, who behaves unpredictably and which relationships require greater caution.
Another key theme is how easily harmful behaviour can be dismissed as a joke. Jo recalls showing an autism-awareness video to a teenager who responded:
“I never thought this was bullying. We just thought it was teasing.”
Jo describes him as a kind child rather than someone who deliberately intended to hurt others. This example highlights why children need guidance to understand the difference between harmless joking and behaviour that hurts, humiliates or targets someone. We cannot assume that every child automatically understands where teasing ends and bullying begins.
The conversation then turns to cyberbullying and how people may behave differently online than they would in person. Jo explains that people can become less mindful of the impact of their words when communicating through a screen because:
“They don’t think there’s a human on the other end.”
She shares an activity in which young people felt comfortable giving harsh feedback online but became much more restrained when they realised the recipient would hear their comments. Their discomfort increased further when they had to face the person directly.
This raises a simple but powerful question: Would you say the same thing if that person were standing right in front of you?
Jo and Rachel emphasise that preventing bullying requires more than simply telling children to be kind. When harmful behaviour is repeatedly ignored or left unaddressed, children may begin to perceive it as normal or acceptable.
They discuss how schools can take a more proactive approach through clear expectations and anti-bullying policies, teacher training, identifying areas where bullying frequently occurs, recognising children who may be particularly vulnerable, implementing appropriate consequences and actively reinforcing positive behaviours such as kindness, inclusion and helping others.
Ultimately, S5E5 is not just about responding to bullying after it happens. It is about creating environments where children understand healthy friendships, recognise inappropriate behaviour, develop empathy and trust that adults will take action when something is wrong.
The goal is to build safe, supportive and nurturing school communities where every child feels respected, included and protected.
We must also ask: How do we teach children to recognise bullying, understand kindness and identify what genuine friendship looks like?
By helping children develop these skills and ensuring that adults respond consistently to harmful behaviour, we can take meaningful steps towards creating safer and more inclusive environments for all children.
Watch the full episode here: EAP Talks on YouTube
EAP Talks Musim 5, Episod 5: “Buli dan Autisme: Apabila Usikan Melampaui Batas”
Dalam EAP Talks Musim 5, Episod 5, Jo Isaacs dan Rachel Gomez membincangkan satu isu penting yang memberi kesan kepada kanak-kanak dan golongan muda, iaitu buli. Mereka meneroka mengapa kanak-kanak autistik mungkin lebih terdedah kepada buli, bagaimana tingkah laku yang menyakitkan hati kadangkala disalah anggap sebagai usikan atau persahabatan, serta perkara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa, guru dan pihak sekolah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan inklusif.
Episod ini dimulakan dengan statistik yang dibincangkan dalam podcast, yang menunjukkan kadar kejadian buli yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak autistik. Melangkaui angka tersebut, Jo dan Rachel berkongsi contoh sebenar daripada pengalaman mereka bekerja dengan kanak-kanak, yang menunjukkan bahawa buli tidak semestinya berlaku secara terang-terangan. Buli tidak semestinya melibatkan keganasan fizikal atau ejekan. Ada kalanya, buli boleh menyamar sebagai persahabatan.
Jo berkongsi kisah seorang kanak-kanak yang sangat ingin mempunyai kawan sehingga dia sanggup beratur untuk membeli makanan atau mengemas selepas pelajar lain apabila diminta berbuat demikian. Apabila Jo cuba menjelaskan bahawa pelajar-pelajar tersebut tidak melayannya seperti seorang sahabat sejati, kanak-kanak itu menjawab dengan penuh kesedihan:
“Dia kawan saya.”
Pengalaman ini menimbulkan satu persoalan penting: Adakah kanak-kanak sentiasa dapat mengenal pasti sama ada seseorang benar-benar ingin berkawan, sedang mengusik mereka, mengambil kesempatan terhadap mereka atau membuli mereka?
Bagi sesetengah kanak-kanak autistik, memahami isyarat sosial dan mengenal pasti niat orang lain mungkin memerlukan pengajaran serta bimbingan secara eksplisit. Jo membincangkan strategi yang digunakan untuk membantu kanak-kanak memahami pelbagai jenis hubungan, termasuk sistem rakan berkod warna merah, ungu dan hijau, serta konsep lingkaran persahabatan (circles of friendship).
Alat ini membantu menjadikan konsep sosial yang abstrak lebih mudah difahami. Kanak-kanak dapat belajar mengenal pasti siapa yang membuatkan mereka berasa selamat, siapa yang melayan mereka dengan baik, siapa yang menunjukkan tingkah laku yang sukar dijangka dan hubungan mana yang memerlukan mereka lebih berhati-hati.
Satu lagi tema penting ialah bagaimana tingkah laku yang menyakitkan hati mudah dianggap sebagai gurauan. Jo mengimbas kembali pengalamannya menunjukkan sebuah video kesedaran autisme kepada seorang remaja yang memberikan respons:
“Saya tak pernah fikir perkara ini sebagai buli. Kami ingat kami hanya mengusik.”
Jo menggambarkan remaja tersebut sebagai seorang kanak-kanak yang baik dan bukannya seseorang yang sengaja berniat menyakiti orang lain. Contoh ini menunjukkan mengapa kanak-kanak memerlukan bimbingan untuk memahami perbezaan antara gurauan yang tidak menyakitkan hati dengan tingkah laku yang menyakiti, memalukan atau menyasarkan seseorang. Kita tidak boleh menganggap bahawa setiap kanak-kanak secara automatik memahami bila usikan mula melampaui batas dan menjadi buli.
Perbincangan kemudian beralih kepada buli siber dan bagaimana seseorang mungkin berkelakuan secara berbeza dalam talian berbanding ketika berhadapan secara langsung. Jo menjelaskan bahawa seseorang mungkin kurang menyedari kesan kata-kata mereka apabila berkomunikasi melalui skrin kerana:
“Mereka tidak sedar bahawa ada manusia di hujung sana.”
Beliau berkongsi satu aktiviti yang menunjukkan bahawa golongan muda berasa selesa memberikan komen yang kasar dalam talian. Namun, mereka menjadi lebih berhati-hati apabila menyedari bahawa individu yang menerima komen tersebut akan mendengarnya sendiri. Mereka berasa lebih tidak selesa apabila perlu berhadapan secara langsung dengan individu berkenaan.
Hal ini menimbulkan satu persoalan yang mudah tetapi sangat bermakna: Adakah anda akan mengatakan perkara yang sama jika individu itu berdiri betul-betul di hadapan anda?
Jo dan Rachel menegaskan bahawa pencegahan buli memerlukan lebih daripada sekadar menyuruh kanak-kanak supaya berbuat baik kepada orang lain. Apabila tingkah laku yang menyakitkan hati berulang kali diabaikan atau tidak ditangani, kanak-kanak mungkin mula menganggapnya sebagai sesuatu yang normal atau boleh diterima.
Mereka membincangkan bagaimana pihak sekolah boleh mengambil pendekatan yang lebih proaktif melalui penetapan jangkaan yang jelas dan dasar antibuli, latihan untuk guru, pengenalpastian kawasan yang kerap berlaku buli serta kanak-kanak yang mungkin lebih terdedah kepadanya, pelaksanaan tindakan susulan yang sewajarnya dan pengukuhan tingkah laku positif seperti bersikap baik, menerima perbezaan dan membantu orang lain.
Akhirnya, S5E5 bukan sekadar tentang menangani buli selepas ia berlaku. Sebaliknya, episod ini menekankan kepentingan mewujudkan persekitaran yang membantu kanak-kanak memahami persahabatan yang sihat, mengenali tingkah laku yang tidak wajar, membina empati dan mempercayai bahawa orang dewasa akan mengambil tindakan apabila sesuatu yang tidak betul berlaku.
Matlamatnya adalah untuk membina komuniti sekolah yang selamat, menyokong dan prihatin, agar setiap kanak-kanak berasa dihormati, diterima dan dilindungi.
Kita juga perlu bertanya: Bagaimanakah kita dapat mengajar kanak-kanak mengenali buli, memahami maksud kebaikan dan mengenal pasti ciri-ciri persahabatan yang tulen?
Dengan membantu kanak-kanak membina kemahiran ini dan memastikan orang dewasa bertindak secara konsisten terhadap tingkah laku yang menyakitkan hati, kita dapat mengambil langkah bermakna untuk mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan inklusif untuk semua kanak-kanak.
Tonton episod penuh di saluran YouTube EAP Talks.
Tonton episod penuh di sini: EAP Talks on YouTube