EAP Talks Season 4 Episode 5: “What Really Happens During an Autism Assessment?”

An autism assessment can feel overwhelming for many families, especially when it comes with uncertainty and unanswered questions. In this episode of EAP Talks, Jo and Rachel—both registered clinical psychologists with hundreds of autism diagnostic evaluations between them—pull back the curtain on what actually happens during an autism assessment and answer some of the most common questions parents ask after receiving a diagnosis.
Drawing on EAP’s experience of supporting over 1,500 children across the past 20 years, they explain how clinicians assess a child’s communication, social interaction, play, learning, and developmental history to build a comprehensive understanding of each child’s unique strengths and needs. They also share why a diagnostic evaluation is more than just reaching a diagnosis—it’s an opportunity to equip families with practical strategies, guidance, and hope from the very first appointment.
The conversation explores important questions that many parents have, including how long a child may need therapy, whether every autistic child will develop speech, choosing the right educational pathway, and why early, proactive support is far more effective than simply reacting to challenging behaviours.
The episode also touches on the growing interest in adult autism assessments, discussing why diagnosing autism later in life requires careful evaluation and a detailed developmental history.
Whether you’re preparing for your child’s first assessment, navigating a recent diagnosis, or simply wanting to better understand the process, this episode offers practical insights, reassurance, and evidence-informed guidance for families beginning their autism journey.
Watch the full episode here: EAP Talks on YouTube
EAP Talks Musim 4 Episod 5: “Apa Sebenarnya Berlaku Semasa Penilaian Autisme?”
Penilaian autisme boleh menjadi sesuatu yang mencabar dan mengelirukan bagi ramai keluarga, terutamanya apabila ia disertai dengan ketidakpastian dan pelbagai persoalan yang belum terjawab. Dalam episod EAP Talks kali ini, Jo dan Rachel — kedua-duanya merupakan ahli psikologi klinikal berdaftar yang telah menjalankan ratusan penilaian diagnostik autisme — berkongsi secara lebih terperinci tentang apa yang sebenarnya berlaku semasa penilaian autisme serta menjawab beberapa persoalan paling lazim yang ditanya oleh ibu bapa selepas menerima diagnosis.
Berdasarkan pengalaman EAP dalam menyokong lebih 1,500 kanak-kanak sepanjang 20 tahun yang lalu, mereka menerangkan bagaimana para klinikal menilai aspek komunikasi, interaksi sosial, permainan, pembelajaran serta sejarah perkembangan kanak-kanak bagi membina pemahaman yang menyeluruh tentang kekuatan dan keperluan unik setiap kanak-kanak. Mereka turut menjelaskan mengapa penilaian diagnostik bukan sekadar untuk mendapatkan diagnosis — tetapi juga merupakan satu peluang untuk membekalkan keluarga dengan strategi praktikal, panduan dan harapan sejak daripada temu janji pertama.
Perbualan ini turut membincangkan persoalan penting yang sering bermain di fikiran ibu bapa, termasuk berapa lama seseorang kanak-kanak mungkin memerlukan terapi, sama ada setiap kanak-kanak autistik akan mengembangkan kemahiran pertuturan, cara memilih laluan pendidikan yang sesuai, serta mengapa sokongan awal dan proaktif jauh lebih berkesan berbanding hanya bertindak balas terhadap tingkah laku mencabar.
Episod ini juga menyentuh tentang peningkatan minat terhadap penilaian autisme dalam kalangan orang dewasa, termasuk mengapa diagnosis autisme pada peringkat usia yang lebih lewat memerlukan penilaian yang teliti serta sejarah perkembangan yang terperinci.
Sama ada anda sedang membuat persediaan untuk penilaian pertama anak, sedang menyesuaikan diri dengan diagnosis yang baru diterima, atau sekadar ingin memahami proses penilaian dengan lebih baik, episod ini menawarkan pandangan praktikal, ketenangan serta panduan berasaskan bukti untuk membantu keluarga memulakan perjalanan mereka bersama autisme.
Tonton episod penuh di sini: EAP Talks on YouTube