Skip links

EAP Talks Season 5 Episode 6: “How Do You Build a Stronger Connection With Your Child?”

We prepare for pregnancy, birth and caring for a baby, but who teaches us how to actually be a parent?

Parents work hard to give their children the best they can: education, opportunities, safety, structure and physical needs. But what about the everyday connection that helps children develop healthy self-esteem, self-worth and a strong sense of identity?

In EAP Talks Season 5, Episode 6, Dr. (h.c.) Jochebed Isaacs and Rachel Gomez, BCBA, explore the importance of the parent-child relationship, quality time, emotional connection and creating a nurturing home environment for children.

💙 How can I build a stronger connection with my child?

🧠 How does the home environment influence a child’s self-esteem and self-worth?

👨‍👩‍👧 Do children need more than discipline, structure and academic support?

📱 Where might children look for connection and validation when they don’t find it at home?

🍽️ How can ordinary routines become meaningful quality time with children?

🗣️ How do we create opportunities for our children to open up and talk to us?

🪞 How can our own behaviour as parents affect our children?

⏰ And what if we feel like we haven’t been present enough in the past?

Jo and Rachel discuss practical ways families can create connection through everyday moments, from screen-free family meals and car rides to cooking together, bedtime conversations, family traditions and simply showing an interest in what your child loves

Parenting isn’t about getting every moment right. This episode invites us to think about the small, intentional moments that can help our children feel seen, heard, valued and connected.

Watch the full episode here: EAP Talks on YouTube

EAP Talks Musim 5 Episod 6: “Bagaimana Membina Hubungan yang Lebih Erat dengan Anak Anda?”

Kita membuat persediaan untuk kehamilan, kelahiran dan penjagaan bayi, tetapi siapakah yang mengajar kita cara untuk menjadi ibu bapa yang sebenar?

Ibu bapa berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka, termasuk pendidikan, peluang, keselamatan, rutin dan keperluan fizikal. Namun, bagaimana pula dengan hubungan dan ikatan emosi yang dibina setiap hari, yang membantu anak-anak mengembangkan keyakinan diri, menghargai diri sendiri serta membentuk identiti diri yang kukuh?

Dalam EAP Talks Musim 5, Episod 6, Dr. (h.c.) Jochebed Isaacs dan Rachel Gomez, BCBA, membincangkan kepentingan hubungan antara ibu bapa dan anak, masa berkualiti, hubungan emosi serta usaha mewujudkan persekitaran rumah yang penuh kasih sayang dan sokongan untuk anak-anak.

💙 Bagaimanakah saya boleh membina hubungan yang lebih erat dengan anak saya?

🧠 Bagaimanakah persekitaran rumah mempengaruhi keyakinan diri dan penghargaan kendiri anak?

👨‍👩‍👧 Adakah anak-anak memerlukan lebih daripada sekadar disiplin, rutin dan sokongan akademik?

📱 Di manakah anak-anak mungkin mencari perhatian, hubungan dan pengiktirafan sekiranya mereka tidak mendapatkannya di rumah?

🍽️ Bagaimanakah rutin harian yang biasa boleh dijadikan masa berkualiti yang bermakna bersama anak-anak?

🗣️ Bagaimanakah kita boleh mewujudkan peluang supaya anak-anak lebih terbuka untuk berkongsi cerita dan berbual dengan kita?

🪞 Bagaimanakah tingkah laku kita sebagai ibu bapa boleh mempengaruhi anak-anak?

⏰ Bagaimana pula jika kita merasakan bahawa selama ini kita kurang meluangkan masa dan memberikan perhatian kepada anak-anak?

Jo dan Rachel berkongsi pendekatan praktikal yang boleh diamalkan oleh keluarga untuk membina hubungan yang lebih erat melalui detik-detik harian. Antaranya termasuklah menikmati waktu makan bersama tanpa gangguan skrin, berbual ketika dalam perjalanan menaiki kereta, memasak bersama, berbual sebelum tidur, membina tradisi keluarga dan sekadar menunjukkan minat terhadap perkara yang disukai oleh anak-anak.

Menjadi ibu bapa bukanlah tentang melakukan segala-galanya dengan sempurna pada setiap masa. Episod ini mengajak kita untuk menghargai detik-detik kecil yang dilakukan dengan penuh kesedaran dan keikhlasan, yang dapat membantu anak-anak berasa dihargai, didengari, disayangi dan mempunyai hubungan yang erat dengan keluarga.

Tonton episod penuh di sini: EAP Talks di YouTube