Skip links

EAP Talks Season 5 Episode 1: “Should Challenging Behaviors In Autistic Children Be Changed?”

Accept the child – but what about the behaviour? 💭

Autism acceptance means respecting a child for who they are. But what happens when a behaviour becomes unsafe, affects their independence, or limits their ability to participate in everyday life?

Where do we draw the line between acceptance and intervention?

In EAP Talks S5E1, Dr. Jochebed Isaacs and Rachel Gomez unpack some of the real questions parents, teachers and therapists face when supporting autistic children:

What should we do about challenging behaviours?

How can we support a child without trying to change who they are?

Why is communication so important for non-speaking children?

Can routines help while still teaching flexibility?

And what can parents do when a child hurts themselves when upset?

They also share real progress stories from EAP, from children beginning to communicate, to significant reductions in challenging behaviours, and children learning to navigate situations that were once incredibly difficult for them.

Because the goal isn’t simply to make a behaviour disappear. It’s to understand the individual and help them build meaningful skills for communication, emotional regulation, independence and everyday life.

Watch the full episode here: EAP Talks on YouTube

EAP Talks Musim 5 Episod 1: “Perlukah Tingkah Laku Mencabar dalam Kalangan Kanak-kanak Autistik Diubah?”

Terima anak seadanya — tetapi bagaimana pula dengan tingkah lakunya? 💭

Penerimaan autisme bermaksud menghormati dan menerima seseorang kanak-kanak berdasarkan siapa diri mereka. Namun, bagaimana pula jika sesuatu tingkah laku boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain, menjejaskan tahap berdikari, atau mengehadkan keupayaan mereka untuk terlibat dalam kehidupan seharian?

Di manakah kita meletakkan batas antara penerimaan dan intervensi?

Dalam EAP Talks S5E1, Dr. Jochebed Isaacs dan Rachel Gomez membincangkan persoalan sebenar yang sering dihadapi oleh ibu bapa, guru dan terapis ketika menyokong kanak-kanak autistik:

❓ Apakah yang patut kita lakukan terhadap tingkah laku yang mencabar?

❓ Bagaimanakah kita boleh menyokong seseorang kanak-kanak tanpa cuba mengubah siapa diri mereka?

❓ Mengapakah komunikasi begitu penting bagi kanak-kanak yang tidak bertutur?

❓ Bolehkah rutin membantu kanak-kanak sambil pada masa yang sama mengajar mereka untuk lebih fleksibel?

❓ Apakah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa apabila anak mencederakan diri sendiri ketika sedang kecewa atau tertekan?

Mereka turut berkongsi kisah perkembangan sebenar daripada EAP — daripada kanak-kanak yang mula belajar berkomunikasi, pengurangan tingkah laku mencabar yang ketara, hinggalah kepada kanak-kanak yang berjaya belajar menghadapi situasi yang dahulunya amat sukar bagi mereka.

Kerana matlamatnya bukan sekadar untuk menghilangkan sesuatu tingkah laku.

Matlamatnya adalah untuk memahami setiap individu dan membantu mereka membina kemahiran yang bermakna dalam komunikasi, pengawalan emosi, berdikari dan kehidupan seharian.

Tonton episod penuh di sini:  EAP Talks on YouTube