Pendaftaran bagi pengambilan Mei 2026 kini telah ditutup.
Tempoh pendaftaran seterusnya bagi pengambilan September 2026 akan dibuka pada 13 Julai 2026.
Kursus Pensijilan Applied Behavior Analysis Technician (ABAT®)
Kursus Pensijilan Applied Behavior Analysis Technician (ABAT®) yang disediakan oleh Early Autism Project Malaysia adalah kursus selama 40 jam yang memenuhi keperluan kelayakan Lembaga Qualified Applied Behavior Analysis Board (QABA). EAP Malaysia ialah Penyedia Kursus yang Diluluskan untuk kursus ini.
Kursus pensijilan ABAT® ini direka khas untuk intervensi tahap permulaan yang juga dikenali sebagai kakitangan pengajaran secara langsung/ juruteknik tingkah laku/ ahli terapi ABA yang bekerja secara langsung dengan individu untuk menyediakan pengajaran harian dan melaksanakan pelan intervensi tingkah laku dalam skop Applied Behavior Analysis (ABA) dan gangguan spektrum autisme (ASD).
Untuk mendapatkan pensijilan ABAT®, individu perlu melengkapkan 40 jam kursus penilaian berasaskan kelayakan, memenuhi keperluan kerja lapangan yang diselia, dan lulus peperiksaan proktor.
Syarat minimum untuk mendaftar kursus ini adalah:
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
- Telah menamatkan diploma sekolah menengah (setaraf SPM untuk rakyat Malaysia)
Harap maklum bahawa kursus ABAT yang disediakan oleh EAP Malaysia hanya memenuhi syarat 40 jam kerja kursus pensijilan. Individu yang menyertai kursus ABAT dengan EAP Malaysia akan menerima e-sijil yang diperlukan untuk mendaftar peperiksaan ABAT. Kerja lapangan yang diselia hanya disediakan untuk kakitangan EAP sahaja.
Untuk maklumat lanjut mengenai kursus ABAT, sila rujuk laman web rasmi QABA: www.qababoard.com
Dengan menyertai kursus ini, anda akan mempelajari tentang autisme, Applied Behavior Analysis (ABA), dan amalan etika serta topik lain yang bertujuan membekalkan anda dengan pengetahuan terbaik dalam menyokong individu dengan autisme. Kursus ini turut merangkumi kandungan khas daripada EAP Malaysia dengan penceramah jemputan yang mempunyai gabungan pengalaman lebih daripada 50 tahun!
Kursus ini sesuai untuk:
Ahli terapi ABA yang ingin meningkatkan kemahiran mereka dalam prinsip autisme & ABA.
Ibu bapa yang ingin mempelajari cara menyokong anak mereka dengan autisme menggunakan prinsip ABA.
Guru/ Pelajar/Profesional dalam bidang berkaitan yang ingin memperluaskan pengetahuan mereka dalam bidang autisme dan prinsip ABA.
Kursus ini berbentuk pembelajaran online yang berlangsung selama 12 minggu, termasuk 4 sesi tutorial langsung tambahan melalui Zoom untuk sesi Q&A. Setiap modul akan tersedia di portal pembelajaran online secara mingguan. Anda amat digalakkan untuk menghadiri sesi tutorial langsung bagi mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada kursus ini, namun rakaman sesi akan disediakan untuk mereka yang tidak dapat hadir secara langsung.
Kursus ini juga mengandungi tugasan/ kuiz wajib yang perlu diselesaikan sebelum beralih ke modul seterusnya.
Kursus ini akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia, namun peperiksaan pensijilan ABAT® akan dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris.
PENYAMPAI UTAMA
RACHEL GOMEZ
MClin.Psych, BCBA (1-22-60304)
Ketua Pembangunan Klinikal di EAP Malaysia
Rachel ialah Pengetua di Early Autism Project Malaysia. Beliau memiliki Ijazah Sarjana dalam Psikologi Klinikal dari HELP University. Rachel juga merupakan seorang Board Certified Behavior Analyst (BCBA; 1-22-60304) dan seorang Profesional Kesihatan Bersekutu Malaysia yang berdaftar (MAHPC(CP)00467). Di EAP Malaysia, Rachel turut berperanan sebagai Penyelia Kanan dan memberikan penyeliaan klinikal kepada penyelia kanan serta penyelia lain, selain mengetuai latihan penyelia dalaman. Beliau juga menjalankan penilaian diagnostik, penilaian perkembangan, serta sesi saringan. Selain itu, Rachel bertanggungjawab menguruskan kemasukan dan proses orientasi klien baharu di EAP Malaysia. Rachel telah bersama EAP sejak tahun 2011.
PENYAMPAI JEMPUTAN
JOCHEBED ISAACS
MClin.Psych
Pengarah & Pengasas EAP Malaysia
Jochebed berkhidmat sebagai Pengarah di EAP Malaysia. Beliau juga merupakan seorang Psikolog Klinikal dan Penyelia Kanan di EAP Malaysia. Jochebed menamatkan Ijazah Sarjana dalam Psikologi Klinikal di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah menjalani latihan sebagai penyelia di Wisconsin Early Autism Project, Amerika Syarikat di bawah bimbingan Dr. Glen Sallows, Ms. Tamlynn Graupner, dan Ms. Michelle Sherman. Beliau mempunyai pengalaman bekerja dengan ratusan kanak-kanak yang didiagnos dengan Autism Spectrum Disorder (ASD) di Malaysia, Wisconsin, Perth, dan Singapura. Jochebed telah bersama EAP sejak tahun 2006.
CHAU YU CHEN
M.A. dalam Pendidikan Khas
Ketua Pasukan di EAP Malaysia
Yu Chen ialah Penolong Pengetua di Early Autism Project Malaysia. Beliau memiliki Ijazah Sarjana dalam Pendidikan Khas dari Universiti Nottingham. Di EAP, Yu Chen melakukan penyeliaan klinikal bagi para penyelia dan juga mengawasi pasukan dari proses pengambilan pekerja hingga latihan orientasi dan pembangunan pemimpin. Yu Chen telah memperoleh pensijilan Qualified Behavior Analyst (QBA) daripada QABA dan telah bersama EAP sejak 2016.
Yuran Kursus & Pendaftaran
Yuran biasa: RM2,800
Pembayaran Sendiri:
Yuran awal khas: RM1,500 (22 Julai 2026 – 14 Ogos 2026)
Yuran diskaun: RM1,800 (15 Ogos 2026 – 4 September 2026)
Sekiranya anda merupai ahli organisasi/ syarikat yang berdaftar di bawah HRDCorp, anda juga boleh memohon geran/ levi HRDCorp.
– HRD Corp Boleh Dituntut: RM1,875 (22 Julai 2026 – 21 Ogos 2026)
Pendaftaran boleh dilakukan sebelum 4 September 2026.
Jadual Kelas (Pengambilan September 2026)
Session | Date | Module |
1 | September 11, 2026 (Jumaat) | Orientasi + Pengetahuan Asas Autisme Bahagian 1 |
2 | September 18, 2026 (Jumaat) | Pengetahuan Asas Autisme Bahagian 2 |
3 | September 25, 2026 (Jumaat) | Prinsip Asas ABA |
4 | Oktober 2, 2026 (Jumaat) | Pemerolehan Kemahiran Bahagian 1 Sesi Tutorial Langsung 1, 4-5ptg (GMT+8) |
5 | Oktober 9, 2026 (Jumaat) | Pemerolehan Kemahiran Bahagian 2 |
6 | Oktober 16, 2026 (Jumaat) | Komunikasi |
7 | Oktober 23, 2026 (Jumaat) | Pengurusan Tingkah Laku Bahagian 1 Sesi Tutorial Langsung 2, 4-5ptg (GMT+8) |
8 | Oktober 30, 2026 (Jumaat) | Pengurusan Tingkah Laku Bahagian 2 |
9 | November 6, 2026 (Jumaat) | Etika & Perlindungan |
10 | November 13, 2026 (Jumaat) | Pengumpulan dan Analisis Data Sesi Tutorial Langsung 3, 4-5ptg (GMT+8) |
11 | November 20, 2026 (Jumaat) | Motivasi, Pembinaan Hubungan & Kemahiran |
12 | November 27, 2026 (Jumaat) | Kemahiran Sosial dan Sokongan Sekolah Sesi Tutorial Langsung 4, 4-5ptg (GMT+8) |
Note:
Kursus pengambilan September 2026 ini akan kekal dibuka sehingga 11 Disember 2026 selepas modul terakhir pada 27 November 2026.
Peserta mesti menyiapkan keseluruhan kursus, termasuk penilaian akhir, selewat-lewatnya pada 11 Disember 2026 untuk menerima sijil penyertaan (e-sijil) sebagai bukti penyelesaian kursus.
Testimoni
The ABAT course was comprehensive and is a great help for me to understand my autistic family member's needs. The materials on EAP Malaysia's Youtube channel are also very easy to follow
Tini N
This course is very good, not only for parents but also for related professionals who work with children with autism
Razlin Roose
I enrolled in the ABAT (Applied Behaviour Analysis Training) course with EAP Malaysia and overall had a positive and valuable learning experience. The training was thorough and structured, helping me build fundamental skills and confidence for working with children using ABA methods. The course emphasized practical application, which I found very useful in real-world settings.
What stood out most was the supportive learning environment, trainers were knowledgeable and committed to helping us grow professionally, which made the training more meaningful and engaging. I appreciated seeing real student progress being highlighted, reinforcing the impact of ABA therapy.
Hope you continue empower autism in malaysia
Sharifah Syazwani
Kursus yang baik dan bagus….penerangan dan penjelasan yang jelas..Terima kasih EAP.
SITI SUZANAFIZA BINTI MHD MOKTAR (JKM-SELANGOR)
I underwent the ABAT Certification under EAP, and the experience has been truly insightful.
The knowledge and practical skills I gained have significantly enhanced my therapy sessions, and I've observed positive changes in my students after applying what I learned from the course. Our supervisor, Ms. Rachel, was consistently encouraging and supportive throughout the training, which made the learning experience even more enriching. Overall, I am very satisfied with the course offered by EAP and am truly grateful for this valuable opportunity.
Rania Ridzuan
Sebagai seorang Guru EIP , Kursus ABAT byk membantu saya.
Yatie Safiee
The course content was well-structured and easy to understand, especially for beginners.
The trainers were knowledgeable, supportive, and explained concepts clearly with practical examples. This course has helped me gain a better understanding of ABA and how to apply it effectively in real situations. Highly recommended.
Marie Felini David
Hi, Terima kasih atas kursus yang telah diberikan sepanjang 3bulan, banyak ilmu telah dipelajari. Untuk video rakaman setiap minggu,boleh ke setting untuk kami download supaya menjadi rujukan masa akan datang. saya harap dapat banyak lagi kursus yang akan datang seperti ini. Terima kasih.
Wan Mohamad Izzat Hafizi Wan Daud
Many benefit and strategies that we learn from EAP. All the knowledge that we receive is too meaningfull so that we can implement to our student.