Pengesanan Awal adalah
yang Terbaik
Kepentingan pengesanan awal, mengenalpasti simptom dan mendapatkan diagnosis secepat mungkin adalah atas sebab-sebab berikut:
Minda kanak-kanak sedang membesar dan ianya lebih mudah dilenturkan pada usia yang muda. Oleh itu, minda kanak-kanak mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk menyesuaikan, mengubah dan mempelajari secara pantas.
Gangguan pertumbuhan tumbesaran adalah lebih kecil diperingkat usia yang muda (e.g. kanak-kanak berusia 3 tahun menunjukkan 2 tahun kelewatan berbanding dengan kanak-kanak berusia 7 tahun yang menunjukkan kelewatan sebanyak 5 tahun). Lebih kecil jurangnya, lebih tinggi peratus untuk mengurangkan kelewatan tersebut.
Tingkah laku yang mencabar kanak-kanak dengan autisme mungkin menunjukkan (contohnya tingkah laku yang berulang-ulang atau mencederakan diri sendiri, atau tingkah laku yang agresif) diamalkan bergantung pada usia kanak-kanak. Lebih muda usianya, lebih pendek jangka masa yang kanak-kanak akan menunjukkan simptom autisme.
Temu Janji Permulaan
Mendiagnosis
Kanak-kanak
Rancang temu janji permulaan anda untuk mengenali lebih lanjut mengenai anak anda dan autisme, atau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program terapi kami.
Penilaian Diagnosis
Pemeriksaan Pertama
Pemeriksaan Pertama
Sebelum membuat temu janji pemeriksaan pertama, kanak-kanak tersebut seharusnya telah menerima diagnosis untuk gangguan spektrum autisme daripada doktor di klinik luar. Pemeriksaan pertama adalah temu janji yang berlangsung selama 2 jam, dimana salah seorang Penyelia EAP kami akan memerhati dan bermain dengan kanak-kanak tersebut, sekaligus membincangkan tumbesaran, kekuatan, cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut dan kemudiannya memberikan anda cadangan serta strategi dan program oleh EAP Malaysia yang boleh diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Laporan bertulis akan diberikan kepada anda selepas temujanji tersebut.
Penilaian Diagnosis
Penilaian Diagnosis adalah temujanji berdurasi selama 2 jam,dimana salah seorang ahli Psikologi EAP Malaysia akan memerhati dan bermain bersama kanak-kanak tersebut, dan juga mengadakan sesi temubual bersama ibubapa untuk menentukan sama anda anak anda mempunyai autisme. Alatan yang digunakan untuk Penilaian Diagnosis adalah CARS (Childhood Autism Rating Scale) dan DSM-V-TR (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders). Laporan bertulis akan diberikan kepada anda selepas temujanji.
Bila Diagnosis Diperlukan?
Jika anak anda menunjukkan sebarang tanda-tanda awal berikut:
- Tiada ‘baby talk’ atau bebelan/rengekan pada usia 12 bulan.
- Tidak menunjukkan gerak isyarat (menunjuk, melambai, memegang) dalam masa 12 bulan.
- Tidak mengeluarkan sebarang perkataan pada usia 16 bulan.
- Tidak mampu menyambung dua perkataan dalam ayat pada usia 24 bulan.
- Kehilangan kemahiran bahasa pada sebarang usia Institut Kesihatan Kanak-kanak dan Pembangunan Manusia Kebangsaan (NICHD)
- National Institute of Child Health & Human Development (NICHD)
- Tidak menunjukkan minat pada sesuatu perkara.
- Tidak menunjukkan gerak balas apabila nama dipanggil.
- Tidak membawa objek kepada orang dewasa/si penjaga.
- Tidak melihat kepada objek ketika orang dewasa/si penjaga menunjukkanya.
- Tidak meniru pergerakan orang dewasa/si penjaga.
- Robins, Fein, Barton, & Green, 2001
Anda boleh melakukan pemeriksaan secara sendiri kepada anak anda menggunakan M-CHAT-R:
Senarai Semak Modified untuk Autisme dalam Kanak-kanak, Disemak semula dengan Rujukan (M-CHAT-R / F; Robins, Fein, & Barton, 2009) adalah alat pemeriksaan laporan ibu bapa yang memiliki 2-peringkat untuk menilai risiko Gangguan Spektrum Autisme (ASD). Manakala, M-CHAT-R/F adalah alat penyaringan autisme yang direka untuk mengenalpasti kanak-kanak berusia 16 hingga 30 bulan yang harus menerima penilaian yang lebih teliti untuk kemungkinan tanda-tanda awal Gangguan Spektrum Autisme (ASD) atau kelewatan perkembangan.
Akademi Pediatrik Amerika (AAP) mengesyorkan bahawa semua kanak-kanak dilakukan pemeriksaan khusus autisme pada usia 18 dan 24 bulan, juga dengan pemeriksaan perkembangan yang menyeluruh pada usia 9, 18, dan 24 bulan. M-CHAT-R/F, salah satu alat yang disyorkan AAP, boleh digunakan pada kunjungan kanak-kanak.
Apa yang Perlu Dijangka daripada Penilaian Diagnostik
Jika anak anda menunjukkan mana-mana tanda-tanda awal di atas atau gagal M-Chat, ianya adalah penting untuk anda membuat penilaian diagnostik secepat mungkin. Perunding diagnosis kami dari Wisconsin Early Autism Project (WEAP) telah berkongsi beberapa tips berguna yang harus anda perhatikan ketika menerima diagnosis. Ianya adalah:
Diagnosis perlu dibuat oleh ahli psikologi, ahli psikiatri, pakar neurologi, doktor pakar perkembangan kanak-kanak, atau pegawai perubatan yang berkelayakan setaraf.
Tiada pemeriksaan kesihatan, diagnosis berdasarkan sejarah dan simptom.
Standard Emas untuk diagnosis:
– Panduan Diagnostik dan Statistik Kesihatan Mental (edisi ke-5) (DSM-5-TR).
Alat penilaian Standard Emas:
– Autism Diagnostic Observation Schedule (ADOS)
– Autism Diagnostic Interview Revised (ADI-R)
Diagnosis menyeluruh mengambil masa kira-kira 2 jam dan termasuk:
– Pemerhatian anak anda
– Sesi temu bual yang teliti dengan ibu bapa / penjaga
Ia akan melibatkan perbincangan menyeluruh mengenai sejarah perkembangan anak anda.
Anda akan menerima laporan terperinci
Diagnosis perlu dilakukan seawal symptom menunjukkan laporan diagnosis yang jelas.
Ia juga penting untuk diingatkan bahawa Spectrum Disorder: mungkin berada pada tahap lebih tinggi atau lebih mencabar.
Kriteria Diagnostik Berdasarkan DSM-5-TR
Gangguan Spektrum Autisme (ASD) adalah gangguan neurologi yang melibatkan perkembangan lambat atau tidak normal dalam “komunikasi dan interaksi sosial”, dan “minat tertentu, kelakuan berulang atau aktiviti”. Ini adalah gangguan spektrum di mana simptom dan tahap kritikalnya berbeza-beza.dalam ciri-ciri utama bergantung kepada setiap individu. Sypmtom ASD dapat dilihat sebelum berumur 3 tahun.
Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental 5 (DSM-5-TR) – Standard Emas untuk diagnosis – ASD dicirikan dalam 2 teras:
- Defisit dalam pertukaran sosial-emosi
- Defisit dalam komunikasi nonverbal (bukan lisan)
- Defisit dalam membina, memelihara dan memahami hubungan
- Pergerakan motor stereotaip atau berulang, penggunaan objek atau ucapan
- Hanya inginkan perkara yang sama, tidak fleksibel terhadap rutin, atau ritual perilaku dalam bentuk lisan mahupun bukan lisan.
- Sangat terhad, minat yang sama sahaja yang tidak biasa dalam intensiti atau fokus.
- Hyper atau hypo-reactivity kepada persepsi deria atau minat yang luar biasa dalam persekitaran.
Simptom harus dapat dilihat dalam tempoh perkembangan awal
Simptom-simptom menyebabkan kejejasan yang signifikan secara klinikal dari segi sosial, pekerjaan, atau lain-lain aspek penting.
Ingat! Autisme ialah Gangguan Spektrum
Pelajar Awal | Pelajar Pertengahan | Pelajar Lanjutan | |
Kemahiran Pelajar Awal | Mungkin tidak mempunyai banyak kerjasama, peniruan atau perhatian. | Boleh bekerjasama, meniru dan hadir dalam suasana satu lawan satu dan mungkin kumpulan kecil. | Boleh bekerjasama, meniru dan hadir dalam suasana satu lawan satu dan mungkin kumpulan kecil. |
Bahasa dan Komunikasi | Kanak-kanak mungkin bukan lisan, menggunakan petunjuk tangan dan tantrum untuk berkomunikasi atau mungkin mempunyai beberapa bunyi atau beberapa perkataan. | Kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk menerima kata nama, kata kerja, nama orang, mungkin mempunyai beberapa bahasa ekspresif (cth. 2-3 frasa perkataan), menjawab soalan perbualan mudah | Fasih dalam pemahaman reseptif & bahasa ekspresif. |
Kemahiran Bermain | Sangat sedikit kemahiran bermain, mungkin bermain secara berulang atau tidak sesuai dengan mainan terhad. | Mungkin boleh bermain dengan mainan yang berbeza dan mengambil bahagian dalam permainan prasekolah yang mudah. | Mungkin boleh bermain dalam aktiviti kumpulan dan sukan. |
Kemahiran Sosial | Mungkin tidak menyedari orang lain, lebih suka bermain sendiri, sedikit atau pandangan mata singkat. | Mungkin telah belajar bermain dengan orang lain, boleh bergilir-gilir, berkongsi dan kekal bersama rakan sebaya. | Mungkin bergelut dengan pemikiran literal, mungkin menunjukkan beberapa tingkah laku yang tidak sesuai secara sosial kerana kurang memahami peraturan sosial yang lebih kompleks. |
Buat temujanji sekarang!
Rujukan
American Psychiatric Association. (2013). Diagnostic and statistical manual of mental disorders (5th ed.). Arlington, VA: American Psychiatric Publishing.
National Institute of Child Health & Human Development (NICHD) (2013). What are the symptoms of Autism Spectrum Disorder (ASD). Retrieved from: http://www.nichd.nih.gov/health/topics/autism/conditioninfo/Pages/symptoms.aspx
Jochebed Isaacs (2014). What is Autism? [Power Point slides].
Robins, D. L., Fein, D., Barton, M. L. & Green, J. A. (2001). The modified checklist for Autism in Toddlers: An initial study investigating the early detection of Autism and Pervasive Developmental Disorders. Journal of Autism and Developmental Disorders 2001, 31(2) 131-144.