Skip links

The Hope Project

Organisasi tanpa keuntungan yang ditubuhkan pada tahun 2016 untuk memberi semua akses kepada perkhidmatan bertaraf dunia.

Matlamat

Meningkatkan Kesedaran

Meningkatkan kesedaran mengenai diagnosis yang tepat dan rawatan autisme.

Melaksanakan Polisi Bagi Standard Kebangsaan

Melaksanakan polisi bagi standard kebangsaan dalam bidang autisme.

Inklusif

Semua kanak-kanak autisme akan mempunyai akses kepada terapi yang telah terbukti penyelidikannya.

Kempen

Hari Kesedaran Autisme Sedunia jatuh pada 2 April setiap tahun dan kami semua di EAP menjadikannya satu titik untuk menyambut hari tersebut serta seluruh bulan April sebagai Bulan Kesedaran Autisme Sedunia. Objektif kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang autisme terutama sekali dalam diagnosis awal dan campur tangan awal serta menyokong penerimaan dalam komuniti kita.

Sepanjang bulan April, EAP mengadakan kempen media sosial, #CintaiSeseorangYangMempunyaiAutisme dengan harapan untuk meningkatkan kesedaran melalui perkongsian sumber yang ringkas, melibatkan orang awam dalam perkongsian serta menghasilkan video kempen yang dipilih susun.

Pasukan Projek Harapan juga berkongsi tentang autisme di pelbagai institusi akademik dan organisasi korporat. Kami juga telah menyediakan gerai di pelbagai acara termasuk Urban Mom 2014, di hospital swasta Hospital Pantai Kuala Lumpur dan Gleneagles pada tahun 2016, Riuh pada tahun 2018 dan Embrace Autism di Intermark Mall pada tahun 2019.

Sejak 2016, kami telah mengadakan #KebaikanBermulaDaripadaSaya.kesedaran autisme sekolah dan kempen penerimaan bersama pelajar di pelbagai sekolah. Ianya bermula dengan sekolah Antarabangsa HELP dengan perhimpunan sebanyak 900 kanak kanak. Sehingga tahun 2019, pasukan kami telah berjaya mencapai sejumlah 15,600 pelajar daripada 28 buah sekolah.

Projek Harapan juga berterusan menjual barang jualan untuk #CintaiSeseorangYangMempunyaiAutisme untuk menyebarkan kesedaran dan penerimaan untuk individu yang mempunyai autisme. Seratus peratus hasil keuntungan daripada jualan akan kembali untuk menyokong usaha Projek Harapan.

Impak Projek Harapan selama ini

Gambar: Paints for autism, Pelancaran 10 tahun Projek Harapan, 5 pembentangan sekolah, kempen gerai hospital (Hospital Pantai Bangsar dan Hospital  Gleneagles), 4 kempen di tempat kerja (Persatuan Cina Malaysia, Sistem Komputer EMC Malaysia, Perpustakaan Manusia di Pricewaterhousecooper dan Gleneagles Malaysia.

Pada tahun 2016, pasukan  EAP Malaysia  telah melancarkan gala ulang tahun yang ke 10  Projek Harapan. Kami mengadakan kempen Paints for Autism yang pertama dengan sebanyak 300 orang berhimpun untuk meningkatkan kesedaran dan penerimaan terhadap individu yang mempunyai autisme. Sepanjang tahun itu, kami mengambil bahagian dalam kempen kesedaran autisme di 5 akademik dan 6 institusi pengajian tinggi seperti sekolah anatarabangsa HELP, Kolej taylor di Subang, Tadika Fairfields, Sekolah Antarabangsa Sri Emas,Kingdomcity Kids, Universiti Sunway. University HELP (3 pembentangan), Kolej SEGI di Subang dan Universiti Perubatan Anatarabangsa.Tambahan pula, kami juga telah menjalankan bengkel di 4 organisasi (Persatuan Cina Malaysia, Sistem Komputer EMC Malaysia, Perpustakaan Manusia di Pricewaterhousecooper dan Gleneagles Malaysia. Akhir sekali, kami dapat menjalan 2 gerai hospital dan berhubung dengan 300 orang untuk meningkatkan kesedaran di hospital tentang autisme.

Pada tahun 2017, ami terus dengan Paint for Autism yang kedua dengan lebih 300 orang yang menyambut dan meningkatkan kesedaran bersama. Kamii juga telah berjaya menamatkan 14 pembentangan sekolah bercakap dengan kanak kanak pada tahun awal, pelajar sekolah rendah dan menengah tentang kebaikan. 3 latihan dan bengkel kesedaran telah diadakan di Sekolah Fugee, SJK Sam Yoke dan PayPal Malaysia. Tambahan lagi, salah seorang keluarga di EAP telah mengadakan Dance for Hope mengumpul dana yang mencukupi untuk membiayai kanak kanak yang mempunyai autisme selama setahun terapi ABA di EAP Malaysia.

Pada tahun 2018, kami telah memfilmkan video kempen yang telah mengumpulkan 52,000 tontonan di semua platform yang digabungkan. Kami juga telah membentangkan dan bercakap tentang kebaikan kepada 19 buah sekolah dengan harapan untuk meningkatkan kesedaran dan penerimaan dalam kalangan kanak kanak. Akhir sekali, kami telah diberi peluang untuk mengadakan gerai di RIUH in the city dan bercakap dengan lebih 300 individu yang mempunyai autisme.

Kami meneruskan segala usaha untuk meningkatkan kesedaran melalui kempen media sosial kami iaitu #CintaiSeseorangYangMempunyaiAutisme. Kami telah berjaya menjangkau 19 buah sekolah dan lebih 6000 pelajar, bercakap dengan mereka tentang kebaikan. Tambahan lagi, kami telah berpeluang bekerjasama dengan DOME Malaysia dalam menganjurkan Embrace Autism yang pertama menampilkan pelbagai ceramah dan gerai daripada Projek Harapan.

Walaupun 2020 adalah permulaan wabak , kempen media sosial kami terus meningkatkan kesedaran dan penerimaan terhadap individu yang mempunyai autisme digandingkan dengan video kempen yang menampilkan salah seorang kanak-kanak daripada EAP. Kami juga mampu untuk menyebarkan berita melalui papan iklan sepanjang bulan April dan berpeluang untuk membuat pembentangan secara jarak jauh  melalui Comma, Shopee Live dan INTAN.

Kempen media sosial terus kekal kuat dalam meningkatkan kesedaran dengan kempen video yang menampilkan koleksi cerita individu yang mempunyai autisme serta remaja yang mempunyai autisme yang mempunyai pengalaman dibuli. Sebagai kesinambungan menyebarkan kebaikan di sekolah, kami juga memilih susun pek kebaikan bersama video yang menjelaskan kepada kanak kanak tentang membuli dan dokumen dengan aktiviti untuk menggalakkan kebaikan. Paling mengujakan, kami juga berpeluang untuk bekerja sama dengan UNIQLO Malaysia tahun ini untuk menghasilkan koleksi  UTme X  EAP yang menampilkan sebanyak 16 kerja seni daripada individu yang mempunyai autisme.

Bulan Kesedaran Autisme Sedunia bermula dengan tayangan perdana dalam talian bagi video kempen kami dan kempen media sosial #lovesomeonewithautism. Kami telah kongsi inisiatif yang akan datang untuk Bulan Kesedaran Autisme Sedunia dan bagaimana semua orang boleh mengambil bahagian dalam kempen tersebut. Kami juga telah melancarkan barisan dagangan baharu termasuk sanitiser, topeng muka, payung dan berbagai lagi! Sepanjang bulan tersebut, kami mepunyai keistimewaan untuk bekerjasama dengan beberapa pihak seperti GSC Malaysia, UNIQLO,Dough little Playdoh, Afterburn Fitness and Training, Scoby Coffeeand Booch dan Te'ja Studio! Kami juga berpeluang untuk bercakap dengan FoodPanda, IPG Media Brands, BASKL, Sunway University, Treetop House dan Tenby Schools Setia EcoHill.

Dalam usaha meningkatkan kefahaman dan penerimaan tentang autisme (ASD), kempen-kempen pada tahun ini telah dilanjutkan melampaui Bulan Kesedaran Autisme Sedunia! Bagi pelancran Bulan Kesedaran Autisme Sedunia tahun ini, kami telah melancarkannya di GCS Cinemas untuk melakukan tayangan perdana bagi video Kempen 2023 kami yang menampilkan sebuah keluarga bersama anak autisme. Kami meneruskan kempen media sosial #lovesomeonewithautism kami bersama sumber tambahan iaitu cara bagaimana kita boleh menjadi mesra autisme. Produk keluaran baharu bersama corak baharu juga telah dilancarkan dengan kerjasama bersama Building Eliot. Selain itu, kami juga bekerjasama bersama GSC dan Hospital UMS dalam mengaturkan lawatan luar negeri kami yang pertama ke Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu! Kami juga telah berkesempatan untuk bekerjasama bersama melebihi 50 rakan kongsi, menjalankan melebihi 30 pembentangan kempen kesedaran di sekolah, melebihi 23 latihan dan pembincangan awam, 6 kemunculan di media dan juga membuka 11 ruang pameran berbeza pada tahun 2023!

Perkhidmatan

EAP menyediakan 2 bidang perkhidmatan atas dasar tidak menguntungkan: Perudingan dan latihan kepada organisasi tidak menguntungkan.

Ini adalah matlamat jangka panjang kami untuk meningkatkan keboleh capaian perkhidmatan bertaraf dunia kepada individu yang mempunyai autisme. Dengan matlamat ini di minda, kami berhasrat untuk terus bekerjasama NGO untuk melengkapkan guru dengan kemahiran praktikal dan pengetahuan untuk membantu kanak kanak yang mempunyai autisme dan sebenarnya mengukuhkan kualiti perkhidmatan yang mereka sediakan.

Projek harapan telah bekerjasama dengan Pusat Autisme IDEAS pada 2017, PDK Putrajaya Presint 9 pada 2019 dan mula bekerjasama dengan Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia pada 2021. Kami berharap model itu akan berjaya dan terus dicontohi dalam pusat tidak untung lain di seluruh Malaysia tetapi yang paling penting lebih dalam pusat pendidikan khas kerajaan.

Pada tahun 2018, Projek Harapan juga menyediakan biasiswa kepada Terapi ABA yang dibiayai sepenuhnya selama 1 tahun di EAP kepada seorang kanak kanak lelaki yang bernama Ashton. Sejak akhir 1 tahun, Ashton telah mampu untuk beralih ke sekolah arus perdana.

Kami mengharapkan lebih banyak peluang untuk membantu dalam mengukuhkan perkhidmatan untuk autisme di Malaysia dan berharap dapat bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pada tahun 2016, EAP menyediakan 33 saringan percuma untuk autisme yang melibatkan kanak kanak di Pusat Autisme IDEAS. 2 biasiswa juga telah dianugerahkan kepada Aaryn dan Abrianna untuk mempunyai akses kepada Terapi ABA di EAP.

Usaha sama dengan Pusat Autisme IDEAS bermula pada tahun 2017 dan diselia oleh salah seorang penyelia daripada EAP Malaysia. Usaha sama ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan dan ianya telah memberi kesan kepada lebih 30 orang kanak kanak di pusat itu.

Hasil daripada dana yang dikumpulkan melalui Dance for Hope yang telah dianjurkan oleh salah seorang keluarga di EAP Malaysia pada tahun 2017, 1 biasiswa telah dianugerahkan kepada seorang kanak kanak untuk menghadiri 15 jam seminggu Terapi ABA selama setahun.

Berikutan mesyuarat bersama Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) pada tahun 2018, kami telah mula melatih dan membangunkan guru guru dalam Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di Presint 9 pada 13 Jun 2019. Kami menyelesaikan latihan pada bulan Disember 2019 dan mempunyai 6 bulan yang terindah bekerja dengan guru guru.

Dalam kita memulakan tahun 2020, kami dapat memerhati  dan bekerja dengan 5 orang Pusat PDK termasuk PDK Presint 14, PDK Titiwangsa, PDK Sindrom Down, PDK Permata Hati dan PDK Taman Wahyu. Pada tahun yang sama, kami juga telah Live di Instagram pada pertama kalinya dengan 5 sesi live strategi sekeliling untuk menyokong individu yang mempunyai autisme pada sepanjang bulan April.

Tahun 2021 merupakan tahun lain yang diisikan dengan perkhidmatan bermula dengan pelancaran usaha sama dengan Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia untuk melatih guru guru mereka dan menambah baik kualiti perkhidmatan yang mereka sediakan di pusat mereka. Dengan harapan untuk memberi kesan yang besar, kami telah bermesyuarat dengan timbalan menteri kementerian pelajaran yang membincangkan tentang strategi yang berpotensi yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan pendidikan khas di Malaysia. Menjelang akhir tahun, kami mendapat keistimewaan untuk bekerja dengan doktor dari jabatan kecemasan Hospital Tunku Azizah dalam mewujudkan bilik yang tenang untuk individu berkeperluan khas. Pasukan di THP kemudian menyusun 50 pek mainan untuk kanak-kanak untuk membantu memudahkan peralihan mereka ke wad kecemasan. Akhirnya sebagai tindak balas kepada banjir besar yang melanda Malaysia, kami mengumpulkan satu siri mainan untuk kanak-kanak di pusat pemindahan banjir untuk membawa harapan.

Sambil kami terus berusaha untuk memberi pulangan, kami terus bekerjasama dengan guru NASOM untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan serta membantu kanak-kanak untuk terus maju. Kami juga meneruskan dalam mencipta pek mainan kepada Jabatan Kecemasan Kanak kanak di Hospital Tuanku Azizah untuk membantu memudahkan peralihan kanak kanak ke dalam wad. EAP juga telah memulakan rancangan untuk menyokong keluarga di Penang dan antara langkah pertama ialah dengan mengadakan bengkel latihan! Projek Harapan juga akan menghulurkan sokongan kepada NASOM di Butterworth, Penang. Secara Nasional, kami juga telah mula melakukan langkah kecil ke arah komuniti inklusif dengan mengambil bahagian dalam mesyuarat Rancangan Malaysia yang bertujuan untuk mewujudkan bandar yang lebih inklusif untuk individu autisme.

Dalam meneruskan usaha melalui perkhidmatan kami, kami telah memulakan sesi terapi separa-subsidi untuk setahun bagi seorang kanak-kanak. Sepanjang tahun ini, beliau telah berkembang dengan konsisten dalam kerjasamanya, keupayaan mengharunginya, bahasa dan komunikasi, dan juga kemahiran bermainnya! Anda boleh mengikuti perjalanan Kenzo di Instagram The Hope Project (@eaphopeproject). Kami juga telah berkesempatan untuk melatih guru-guru di NASOM di NASOM Gombak dan NASOM Bandar Puteri bermula pada Ogos 2023! Ianya adalah suatu penghormatan bagi kami untuk dapat bekerja bersama begitu ramai pelajar dan guru-guru dari kedua pusat untuk meluaskan lagi potensi kebolehan anak-anak di NASOM.

Sumber

Salah satu daripada matlamat Pasukan Harapan adalah untuk secara konsisten menghasilkan sumber yang tepat secara klinikal, bermaklumat dan praktikal yang merangkumi bahan bercetak, catatan blog dan video yang boleh diakses oleh semua individu dalam capaian internet. Sumber-sumber ini dihasilkan dengan tujuan untuk melengkapkan ibu bapa, keluarga dan profesional lain dan orang ramai dengan alat yang diperlukan untuk menyokong individu yang mempunyai autisme.

Pada tahun April 2020, kami telah melancarkan sumber platform kami yang pertama iaitu Autisme di Rumah! Platform ini menampilkan satu siri kursus interaktif, dengan video dan sumber yang boleh dicetak. Strategi yang diajar adalah beberapa strategi terbaik yang digunakan oleh pakar Analisis Tingkah Laku Gunaan di seluruh dunia untuk mengajar individu yang mempunyai autisme. Sejak dilancarkan, platform tersebut terus berkembang dalam kandungan serta bilangan tontonan.

Kami juga telah menghasilkan beberapa sumber bercetak berbilang bahasa yang menangani mitos autisme, apa itu autisme, semua tentang ABA dan mencegah kelewatan perkembangan.

Sumber kami mula menghasilkan 4 sumber berbilang bahasa mengenai mitos dan fakta tentang autisme dan apa itu ABA. Terdapat juga sejumlah 52 catatan blog dan 22 sumber video mengenai pelbagai petua dan strategi yang boleh digunakan oleh keluarga untuk menyokong anak mereka yang menghidap autisme.

Pada tahun 2017, kami telah meningkatkan siri sumber cetakan dengan memasukkan sumber tentang apa itu Autisme yang memaparkan 4 halaman tentang apakah itu, punca, diagnosis dan rawatan.

Sumber menghalang kelewatan pembangunan telah diwujudkan pada tahun 2019 dengan harapan untuk memaklumkan orang ramai untuk mengambil langkah-langkah pencegahan kelewatan. Selain itu, kami juga mempunyai peluang untuk mencipta sumber untuk pusat beli-belah intermark tentang cara untuk menyokong individu yang mempunyai autisme di dalam kemudahan tersebut.

Dengan ucapan  terima kasih kepada penderma projek harapan sebelum ini, kami telah melancarkan platform sumber dalam talian autisme di rumah yang memaparkan satu siri kursus interaktif dengan video. video tersebut mengandungi strategi yang digunakan oleh profesional di seluruh dunia. selain itu, blog EAP Malaysia juga mempunyai 16 catatan blog baharu yang diterbitkan mengenai lebih banyak petua untuk keluarga.

Meneruskan platform Autisme di Rumah, 13 siri pembelajaran dengan 69 video Autisme di Rumah telah dilancarkan di platform! Platform yang semakin berkembang itu telah memberi kesan kepada 836 pelanggan dan memperoleh jumlah 175,818 tontonan antarabangsa! Tambahan lagi, kami juga telah menerbitkan 19 catatan blog.

Platform sumber dalam talian Autisme di Rumah terus berkembang dengan 6 lagi siri pembelajaran! Kami juga meraikan pelancaran video ke-100 kami tahun ini dengan jumlah tontonan sebanyak 433,329 pada 10 November 2022 dan 1812 pelanggan di peringkat antarabangsa.

Dengan niat untuk menyokong keluarga dan inidividu-individu lain yang berdedikasi untuk bekerja bersama anak autisme, kami meneruskan untuk menghasilkan lebih banyak sumber video yang memaparkan strategi untuk menyokong perkembangan individu autisme. Sehingga tahun 2023 kami telah mengeluarkan sebanyak 22 siri, 149 video, 343 bahan muat turun Bahasa Inggeris dan 297 Bahasa Melayu! Kami juga mengeluarkan siri berbayar pertama kami pada tahun ini tentang Membina Bahasa. Seterusnya, kami juga mengeluarkan siri Pra-Akademik dan Membina Bahasa Bahagian 2 sebagai siri berbayar juga! Setakat ini, kami telah mempunyai lebih daripada 3,219 pelanggan di serata dunia pada platfom AAH kami!

Dalam Perkongsian dengan

Yayasan Kajian dan Pembangunan Masyarakat (YKPM)

YKPM telah diperbadankan pada 22 Sept 1993 dan mencapai status asas pada tahun 1978. Objektif dan program utamanya sejak ia ditubuhkan tertumpu kepada memperkasa dan bekerjasama bersama masyarakat miskin di luar bandar dan bandar dalam pelbagai program pembangunan sosio-ekonomi, advokasi dasar awam dan pembinaan kapasiti.

Pada masa ini projek utama YKPM sedang bekerjasama dengan masyarakat Jakun- Orang Asli di Pahang untuk melaksanakan projek ekonomi perpaduan seperti ladang organik dan eko-pelancongan di Ulu Gumum, Pekan Pahang. YKPM juga bekerjasama dengan rakan kongsi dalam membangunkan kursus "Diploma dalam Kerja Sosial" di Kolej Methodist. YKPM bekerjasama dengan Projek Harapan dalam bekerja bersama keluarga berpendapatan rendah dan ahli mereka yang mempunyai autisme.

Untuk memberi semua akses kepada perkhidmatan autisme yang bertaraf dunia.

Video Terkini

Mainkan Video
2023 World Autism Awareness Month Campaign Video
Mainkan Video
2023 World Autism Awareness Month Highlights
Mainkan Video
2022 World Autism Awareness Month Campaign Video
Mainkan Video
School Anti-Bullying Campaign 2021| Kindness starts with me!
Mainkan Video
Hang Out at Dome Cafe with Her World - The Evolution of Autism Awareness in Malaysia
Mainkan Video
The Hope Project by Early Autism Project Malaysia