Pengasas
Dr Glen Sallows
Pengasas Wisconsin Early Autism Project &
Early Autism Project Malaysia
Dr Glen Sallows
Pengasas EAP Malaysia & Wisconsin Early Autism Project
Dr Glen Sallows merupakan pengasas EAP Malaysia dan syarikat utama kami, Wisconsin Early Autism Project. Beliau telah mendalami penumpuaan terhadap autisme selama lebih dari 25 tahun dan telah menyelia lebih dari 1000 kanak-kanak di Wisconsin. Beliau menerima Ijazah Kedoktoran dalam Psikologi Klinikal dari University of Oregon dan dilatih oleh Dr. Ivar Lovaas di UCLA sebelum menubuhkan WEAP pada tahun 1993 bersama Tamlynn D. Graupner, MS. Dr. Sallows dan Dr. Graupner meneruskan kajian dalam keberkesanan terapi ABA dan telah mengenalkan rawatan ini kepada kanak-kanak di Amerika Syarikat, Great Britain, Kanada, Amerika Tengah, Australia dan Malaysia.
Dr. Sallows juga berkhidmat sebagai Pengarah Program Kaunseling Belia di Pusat Psikiatri Kanak-kanak di Pusat Kesihatan Mental Komuniti di Freehold, New Jersey. Beliau juga pernah mengajar di Universiti Wisconsin dan dalam pelbagai forum lain. Beliau telah menerbitkan dan membentangkan pada peringkat nasional dan antarabangsa dalam bidang rawatan kanak-kanak dan rawatan Gangguan Spektrum Autisme (ASD).
Dr. Sallows adalah ahli Persatuan Psikologi Amerika, Persatuan Psikologi Wisconsin, Pegawai Perkhidmatan Kesihatan Psikologi, dan Persatuan Autisme Amerika.
Dr Tamlynn Graupner
Pengasas Wisconsin Early Autism Project &
Early Autism Project Malaysia
Dr Tamlynn Graupner
Pengasas Wisconsin Early Autism Project & Early Autism Project Malaysia
Dr Graupner adalah Pengasas EAP Malaysia dan syarikat induk kami, Wisconsin Early Autism Project (WEAP). Dr. Graupner telah menyelia pentadbiran program terapi untuk lebih seribu kanak-kanak. Dr Graupner memiliki Ph.D. dalam Pediatrik Neuropsikologi pada tahun 2013, mengkaji perbezaan otak pada kanak-kanak dengan autisme. Selepas itu, Dr Graupner mengikuti terapi ABA secara intensif. Dr Graupner juga memegang B.S. dalam Psikologi dan Sains Tingkahlaku dari University of South Florida, dan M.S. dalam Pembangunan Awal Kanak-kanak - Pengurusan Awal Kanak-kanak dari University of Nebraska.
EAP Executive Team
Jochebed Isaacs
Pengarah EAP Malaysia
Dr. Jochebed Isaacs
Pengarah EAP Malaysia
Dr. Jochebed Isaacs berkhidmat sebagai Pengarah di EAP Malaysia. Beliau telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang (honoris causa) oleh University of Nottingham sebagai pengiktirafan terhadap hampir dua dekad usaha kami di EAP dan menerusi pertubuhan bukan untung kami, The Hope Project. Beliau juga merupakan Ahli Psikologi Klinikal dan Penyelia Kanan di EAP Malaysia. Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana dalam Psikologi Klinikal di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Psikologi dari HELP University and Curtin University of Technology.
Dr. Jochebed telah dilatih sebagai penyelia di Wisconsin Early Austism Project (WEAP), Amerika Syarikat di bawah bimbingan Dr Glen Sallows, Cik Tamylnn Graupner, dan Cik Michelle Sherman. Dr. Jochebed telah membantu ratusan kanak-kanak yang didiagnosis dengan Gangguan Spektrum Autisme (ASD) di Malaysia, Wisconsin (Amerika Syarikat), Perth (Australia) dan Singapura.
Pada bulan Oktober 2016, Dr. Jochebed Isaacs melancarkan Projek Harapan, inisiatif bukan keuntungan dari EAP Malaysia, sempena meraikan ulang tahun ke-10 sejak penubuhan. Dr. Jochebed juga telah melatih ibu bapa, ahli terapi dan golongan profesional dalam berbagai topik termasuk Mendiagnosis Autisme, Pengenalan Autisme, Analisis Perilaku Terapan (ABA), Latihan Percubaan Diskret, Kemahiran Bermain dan Sosial, Komunikasi & Bahasa, membangunkan rancangan sokongan tingkah laku positif dan lain-lain. Beliau juga telah dijemput untuk menjadi jurucakap dalam pelbagai tetapan di serata Malaysia dan di Kemboja & Brunei.
Dr. Jochebed juga menjalankan penilaian diagnostik dan penilaian perkembangan, termasuk IQ, tingkah laku adaptif dan ujian bahasa. Dr. Jochebed pernah muncul di Show Breakfast & the Bella Show di NTV7, Bernama TV, stesen radio seperti BFM, AFO, Capital FM dan Lite FM serta dipaparkan di akhbar nasional Malaysia termasuk Star, New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro, China Press, Sin Chew Jit Poh dan majalah lain serta akhbar dalam talian.
Rachel Gomez
Ketua, BCBA di EAP Malaysia
Rachel Gomez
Ketua, BCBA di EAP Malaysia
Rachel Gomez adalah Ketua di EAP Malaysia. Beliau juga adalah Pemegang Sijil BCBA (Board Certified Behavior Analyst). Beliau memegang Ijazah Sarjana dalam Psikologi Klinikal dari Universiti HELP dan juga Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian) juga dari Universiti HELP.
Sebagai Ketua, Rachel memantau perkembangan setiap program Aplikasi Analisis Tingkahlaku secara individu bagi kanak-kanak di bawah pengawasannya dan juga menyelia latihan klinikal bagi pasukan kami.
Rachel juga mengetuai Bahagian Kemasukan dan beliau menjalankan Penilaian Diagnostik dan Saringan Awal.
Chau Yu Chen
Ketua Pasukan dan Operasi (QBA - 2025) di EAP Malaysia
Chau Yu Chen
Ketua Pasukan dan Operasi (QBA - 2025) di EAP Malaysia
Yu Chen adalah Ketua Pasukan dan Operasi di EAP Malaysia. Beliau memegang ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian) dari Univerisiti HELP, Malaysia. Pada 2022, Yu Chen juga telah menamatkan pengajian dalam Sarjana Pendidikan Khas dan Inklusif dari Universiti Nottingham (UK).
Yu Chen telah terlibat dalam pelbagai kempen kesedaran autisme yang dianjurkan oleh EAP Malaysia di sekolah-sekolah, universiti dan organisasi sempena Bulan Kesedaran Autisme Sedunia. Sebagai Penyelia Kanan, Yu Chen memantau perkembangan program individu Aplikasi Analisis Tingkahlaku bagi setiap kanak-kanak di bawah penyeliaan penyelia yang di bawah naungannya. Beliau juga memantau latihan klinikal pasukan kami.
Yu Chen merupakan perintis program Sekolah EAP pada 2018 dan kini, Yu Chen mengetuai bahagian yang memantau prestasi dan perkembangan pasukan dan juga bahagian penjadualan.
Pasukan Klinikal
Pasukan Klinikal kami adalah individu yang bersemangat yang terlatih dan berpengalaman dalam membawa standard terbaik rawatan tingkah laku intensif kepada individu yang mempunyai autisme. Kami mempunyai gabungan 137 tahun pengalaman. Ahli pasukan kami juga sedang dalam proses menerima pensijilan QBA dan QASP-S kami.
Evie Tan
Penyelia Kanan dan Penyelaras Media & Marketing di EAP Malaysia
Evie Tan
Penyelia Kanan dan Penyelaras Media & Marketing di EAP Malaysia
Evie ialah seorang Senior Clinical Supervisor dan mengetuai bahagian Media dan Marketing di Early Autism Project (EAP) Malaysia. Sebagai seorang Akauntan Bertauliah (Chartered Certified Accountant), beliau memilih untuk mengejar minat untuk bekerja dengan kanak-kanak autisme dan menyokong keluarga mereka.
Sepanjang kerjayanya, Evie telah memperoleh pengalaman luas dalam bekerja dengan kanak-kanak dalam spektrum autisme. Beliau telah mengendalikan Social Skillls Group Class di EAP Malaysia dan turut menjalankan kelas tersebut sebagai aktiviti kokurikulum di sebuah sekolah antarabangsa. Beliau juga terlibat dalam melatih ahli terapi baharu. Dalam peranan beliau sekarang, Evie menyelia program Applied Behaviour Analysis (ABA) yang diindividualkan untuk kanak-kanak di bawah jagaan beliau serta bagi para penyelia yang berada di bawah bimbingannya.
Selain tanggungjawab klinikalnya, Evie juga terlibat dalam perancangan dan penganjuran acara-acara EAP. Sebagai sebahagian daripada pasukan Media dan Marketing, beliau turut menyelia penghasilan video Autism At Home, sebuah platform sumber online yang direka untuk menyediakan keluarga yang mempunyai anak autisme dengan tip dan strategi ringkas bagi mengajar dan menyokong anak mereka di rumah.
Jean Lim
Penyelia Kanan di EAP Malaysia
Jean Lim
Penyelia Kanan di EAP Malaysia
Jean merupakan Penyelia Senior di EAP Malaysia. Beliau memegang ijazah Sarjana Psikologi Kanak-kanak dari Universiti UCSI, Malaysia.
Sebagai Penyelia Senior EAP, Jean memantau perkembangan program individu khas Aplikasi Analisis Tingkahlaku untuk kanak-kanak di bawah pengawasannya serta bagi para penyelia yang berada di bawah bimbingannya. Jean juga berpengalaman bekerja dengan kanak-kanak di spektrum autisme yang berbeza dan juga terlibat dalam menjalankan penilaian perkembangan bagi kanak-kanak di EAP. Beliau juga menjalankan Penilaian Diagnostik dan Saringan Awal.
Jean juga melatih dan memantau perkembangan ahli pasukannya.
Tiffany Loh
Penyelia Kanan dan penyelaras THP di EAP Malaysia
Tiffany Loh
Penyelia Kanan dan penyelaras THP di EAP Malaysia
Tiffany ialah Senior Supervisor di EAP Malaysia serta Penyelaras The Hope Project. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Psikologi daripada Southern New Hampshire University, Amerika Syarikat.
Dalam peranannya sebagai Senior Supervisor, Tiffany bertanggungjawab menyelia program Applied Behavior Analysis (ABA) yang diindividualisasikan bagi kanak-kanak di bawah seliaannya, melaksanakan latihan untuk ibu bapa, serta mengetuai Program Dewasa Muda di EAP Malaysia. Sebagai Penyelaras The Hope Project, beliau menguruskan pelbagai inisiatif bukan keuntungan termasuk kempen kesedaran, khususnya semasa Bulan Kesedaran Autisme Sedunia, serta perkhidmatan seperti pemantauan klinikal kanak-kanak dan sokongan bersubsidi kepada pusat bukan keuntungan. Beliau turut menyelia pembangunan sumber seperti Autism At Home, serta mengetuai pengurusan kerjasama strategik di EAP dan THP. Tiffany juga terlibat dalam pasukan yang mengurus dan menganjurkan acara di EAP Malaysia.
Tiffany terlibat dalam pembangunan kurikulum serta pelaksanaan program perintis EAP School, dan turut menjalankan Saringan Awal. Beliau merupakan Jurulatih Bertauliah HRDF sejak Mac 2025.
Darshinaa Velavan
Penyelia Berpengalaman di EAP Malaysia
Darshinaa Velavan
Penyelia Berpengalaman di EAP Malaysia
Darshinaa Velavan ialah Penyelia Berpengalaman di Early Autism Project Malaysia. Beliau lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Psikologi & Komunikasi dari Program Ijazah Amerika Universiti Upper Iowa.
Sebagai Penyelia Berpengalaman, Darshinaa menyelia program ABA individu untuk kanak-kanak atas beban kesnya, menjalankan latihan ibu bapa dan juga memastikan kualiti pembangunan dan latihan ahli terapi dalam pasukannya. Darshinaa pada masa lalu juga telah mengetuai Kumpulan Kemahiran Hidup dan memudahkan permainan rakan sebaya bertema dan kem musim panas.
Darshinaa juga menyelia Jabatan Acara EAP sejak 2021 dan telah menganjurkan acara seperti acara dalaman WAAM, hari keluarga, lawatan kakitangan, lawatan lapangan, makan malam tahunan, CPD dan perayaan di pusat tersebut. Darshinaa juga menyelia Aktiviti Ekstra Kurikulum (ECA) di pusat-pusat untuk Music Mondays, Wild/Water Wednesdays dan Fun Fridays!
Sabine Fernandez
Penyelia Berpengalaman di EAP Malaysia
Sabine Fernandez
Penyelia Berpengalaman di EAP Malaysia
Sabine merupakan penyelia berpengalaman di Early Autism Project Malaysia. Beliau adalah graduan ijazah Sarjana Muda Psikologi Perniagaan dari Universiti HELP, Malaysia.
Sebagai penyelia perpengalaman, Sabine memantau perkembangan program individu khas Aplikasi Analisis Tingkahlaku untuk kanak-kanak di bawah pengawasannya. Sabine mempunyai pengalaman bekerja bersama kanak-kanak dalam spektrum autisme yang berbeza sebagai ahli terapi dan juga telah terlibat dalam acara bersama orang awam yang dianjurkan ketika Bulan Kesedaran Autisme Sedunia. Beliau kini menyelia Program Sekolah EAP.
Neeshallini Kaleappan
Penyelia Berpengalaman EAP Penang di EAP Malaysia
Neeshallini Kaleappan
Penyelia Berpengalaman EAP Penang di EAP Malaysia
Neeshallini Kaleappan memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Kognitif daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Ijazah Sarjana dalam Neurosains Kognitif daripada Universiti Sains Malaysia (USM).
Sebagai Penyelia di EAP Penang, Neesha mengawasi program Analisis Tingkah Laku Gunaan (ABA) yang diindividualisasikan bagi kanak-kanak di bawah tanggungjawab beliau. Neesha juga memimpin Latihan Ibu Bapa dan perkhidmatan Model Bengkel untuk klien EAP dari negeri lain di Malaysia serta antarabangsa.
Dengan pengalaman luas bekerja dengan kanak-kanak berautisme, Neesha telah menjalankan pelbagai sesi terapi 1:1, mengendalikan Kelas Kemahiran Sosial Berkumpulan, dan menyokong program sekolah EAP.
Alia Atiqa Nasution
Penyelia Berpengalaman di EAP Malaysia
Alia Atiqa Nasution
Penyelia Berpengalaman di EAP Malaysia
Atiqa merupakan seorang penyelia berpengalaman di EAP Malaysia. Beliau memegang ijazah Sarjana Muda dalam Komunikasi Massa (Kepujian) dalam Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi Mara.
Sebagai Penyelia, Atiqa memantau program individu khas Aplikasi Analisis Tingkahlaku bagi kanak-kanak di bawah pengawasannya. Atiqa mempunyai pengalaman berkerja dengan kanak-kanak dalam spektrum autisme yang berbeza. Beliau juga menjalankan latihan untuk ahli terapi kemasukan baharu.
Atiqa berpengalaman dalam memberi perkhidmatan latihan bagi pusat terapi tanpa keuntungan tentang pengurusan bilik darjah.
Lee Yeeng
Penyelia Berpengalaman di EAP Malaysia
Lee Yeeng
Penyelia Berpengalaman di EAP Malaysia
Yeeng merupakan seorang Penyelia di EAP Malaysia. Beliau memegang ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian) dalam Psikologi dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) serta ijazah Sarjana dalam Psikologi Pendidikan dari Universiti Malaya (UM). Kini, beliau sedang mendapatkan persijilan sebagai Ahli Analisis Tingkahlaku Berkelayakan (QBA).
Yeeng berpengalam bekerja dengan kanak-kanak dalam spektrum autisme yang berbeza melalui sesi terapi 1:1. Yeeng kini memantau program individu khas Aplikasi Analisis Tingkahlaku untuk kanak-kanak di bawah pengawasannya. Beliau juga menjalankan ujian penilaian perkembangan untuk kanak-kanak di EAP.
Ili Irdina Ruslan
Penyelia Berpengalaman THP di EAP Malaysia
Ili Irdina Ruslan
THP Experienced Supervisor at EAP Malaysia
Ili is an Experienced Supervisor at EAP Malaysia. She graduated with a Bachelor of Science (Hons) in Psychology from University of Nottingham Malaysia.
Ili has worked with a wide range of children on the spectrum by conducting 1:1 therapy sessions. Ili currently oversees individualised Applied Behavioural Analysis (ABA) programmes for the children under our subsidized program.
Ili is experienced in leading group classes for pre-teen boys and training teachers at other centers under The Hope Project initiative. She is also currently our New Therapist Trainer and is involved in schedule arrangement for the EAP team.
Atika Roslan
Penyelia berpengalaman di EAP Malaysia
Atika Roslan
Experienced Supervisor at EAP Malaysia
Atika is a Experienced Supervisor at EAP Malaysia. She graduated with a Bachelor of Psychology (Hons) from Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tg Malim, Perak.
She has worked with a wide range of children on the spectrum by conducting 1:1 therapy sessions. Atika currently oversees individualised Applied Behavioural Analysis (ABA) programmes for the children on her caseload. She is also involved in parent trainings and school shadow aide.
Lee Jia Yun
Penyelia Berpengalaman di EAP Malaysia
Lee Jia Yun
Penyelia Berpengalaman di EAP Malaysia
Jia Yun merupakan penyelia berpengalaman di EAP Malaysia. Beliau merupakan graduan kelas pertama kepujian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial, Psikologi dari Universiti Kolej Tunku Abdul Rahman, dan beliau memegang ijazah Sarjana dalam Psikologi Kanak-kanak dari Universiti UCSI Malaysia. Kini, beliau sedang mendapatkan persijilan sebagai Ahli Analisis Tingkahlaku Berkelayakan (QBA).
Jia Yun mempunyai pengalaman bekerja bersama kanak-kanak dalam spektrum autisme yang berbeza sebagai ahli terapi dengan menjalankan sesi terapi 1:1 sepanjang bekerja di EAP. Beliau kini memantau perkembangan program individu khas Aplikasi Analisis Tingkahlaku untuk kanak-kanak di bawah pengawasannya. Beliau juga telah terlibat dalam penilaian perkembangan bagi kanak-kanak di EAP, dan penghasilan koreografi tarian pada Hari Keluarga EAP.
Ng Shir Ley
Penyelia Berpengalaman di EAP Malaysia
Ng Shir Ley
Penyelia Berpengalaman di EAP Malaysia
Shir Ley merupakan penyelia berpengalaman di EAP Malaysia. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujiaan) dari Universiti Monash, Malaysia dan juga telah mendapat Diploma Lanjut dalam Pendidikan Khas dari College of Allied Educator, Singapura.
Shir Ley sedang mengejar minatnya untuk bekerja bersama anak autisme dan keluarga mereka. Beliau telah bekerja dengan pelbagai kanak-kanak dan remaja di spektrum autisme dengan menjalankan sesi terapi 1:1. Shir Ley juga berpengalaman dalam bekerja dengan kanak-kanak bekerperluan tinggi, mengetuai kelas berkumpulan bagi anak pra-remaja dan menjalankan latihan untuk ibubapa.
Shir Ley kini kini memantau program individu Aplikasi Analisis Tingkahlaku yang dikhaskan secara individu bagi kanak-kanak yang di bawah penyeliaannya. Beliau juga telah terlibat dalam beberapa acara yang dijalankan di bawah The Hope Project, inisiatif tanpa keuntungan EAP Malaysia.
Ann Wong
Penyelia dan Pakar Media di EAP Malaysia
Ann Wong
Penyelia dan Pakar Media di EAP Malaysia
Ann merupakan penyelia dan pakar media di EAP Malaysia. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran dan Pengurusan dari Universiti Melbourne, Australia. Beliau juga telah mendapatkan Diploma dalam Pengurusan Pemasalahan Pembelajaran dan Psikologi Kanak-kanak dari College of Allied Educators, Singapore.
Ann berlatar belakang Pemasaran Jenama dan telah bekerja di beberapa jenama global sebelum menyertai EAP untuk mengejar minatnya dalam bekerja bersama anak bekeperluan khas.
Di EAP, Ann kini kini memantau program individu Aplikasi Analisis Tingkahlaku yang dikhaskan secara individu bagi kanak-kanak yang di bawah penyeliaannya. Ann telah bekerja bersama pelbagai anak autisme dengan menjalankan sesi terapi 1:1 dan berpengalaman dalam mengendali kelas berkumpulan Life Skills. Selain sesi terapi, Ann juga terlibat dengan mendalam dalam jabatan media . Beliau menghasilkan perisian dan mengendali akaun media sosial EAP, mereka bentuk sepanduk dan thumbnail bagi AAH dan memantau penyelenggaraan laman web EAP.
Benika Lee
Penyelia di EAP Malaysia
Benika Lee
Penyelia di EAP Malaysia
Benika merupakan penyelia di EAP Malaysia. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian) dari Universiti of Cyberjaya. Perjalanannya dalam bidang terapi autisme didorong oleh keinginan yang kuat untuk membantu kanak-kanak dengan autisme menjalani kehidupan yang bermakna. Semangat ini untuk memberikan impak positif membuatnya terus bermotivasi dalam bidang yang mencabar namun memberikan kepuasan.
Benika telah bekerja dengan pelbagai kanak-kanak di spektrum autisme sepanjang tahun-tahunnya berkhidmat di EAP. Dalam kedudukan semasanya, beliau mengawasi program Analisis Tingkah Laku Terapan (ABA) yang disesuaikan untuk kanak-kanak di bawah jagaannya.
Benika percaya bahawa setiap kanak-kanak adalah unik dan berhak mendapat peluang untuk menjalani kehidupan yang bermakna. Beliau komited sepenuhnya untuk meningkatkan kualiti hidup sebanyak mungkin kanak-kanak autisme melalui ABA.
Ginny
Penyelia di EAP Malaysia
Ginny Loo
Penyelia di EAP Malaysia
Ginny merupakan penyelia di EAP Malaysia. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian) dari Universiti HELP dan Ijazah Sarjana dalam Psikologi Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia. Kesungguhan beliau untuk bekerja dengan kanak-kanak telah mencetuskan perjalanan beliau dalam bidang pendidikan khas. Terapi ABA khususnya, telah meningkatkan kefahaman beliau untuk menyokong individu daripada masyarakat terpinggir dengan lebih baik dan memberi inspirasi kepada beliau untuk meningkatkan kesedaran dalam masyarakat tentang keperluan mereka.
Ginny telah memperolehi pengalaman yag luas dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bekerja dengan pelajar merangkumi pelbagai spektrum autisme dan pengalaman dalam mengetuai kurikulum EAP School di EAP. Beliau juga mengendalikan penilaian bagi kanak-kanak kami dia EAP.
Ginny mengimpikan untuk membina sebuah persekitan pendidikan inklusif bagi semua kanak-kanak dan memupuk masyarakat yang lebih cakna, menyokong, dan mempunyai belas kasihan terhadap indidvidu dengan keperluan khas.
Vanessa James
Penyelia di EAP Malaysia
Vanessa James
Penyelia di EAP Malaysia
Vanessa merupakan penyelia di EAP Malaysia. Beliau merupakan graduan Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Kolej SEGi.
Vanessa mempunyai 8 tahun pengalaman bekerja dengan kanak-kanak dalam spektrum autisme dan sedang memantau program individu Aplikasi Analisis Tingkahlaku (ABA) yang dikhaskan secara individu bagi kanak-kanak yang di bawah penyeliaannya. Beliau telah bekerja dengan pelbagai kanak-kanak dalam spektrum sepanjang beliau bekerja di EAP termasuk bukan lisan dan remaja lelaki dalam Kumpulan Kemahiran Hidup (LSG). Vanessa juga terlibat dalam bahagian acara di mana beliau mengetuai aktiviti kokurikulm di EAP.
Vanessa percaya setiap kanak-kanak berhak mendapat sistem sokongan kuat yang menyokong hak dan keperluan mereka, dengan meningkatkan kecaknaan kepada komuniti di sekeliling mereka.
Bahagian Pentadbiran
Pasukan Terapi kami terdiri daripada individu muda dan bertenaga yang komited terhadap kanak-kanak dalam jagaan mereka. Disebabkan oleh sifat pekerjaan, pasukan terapi kami terutamanya terdiri daripada kakitangan muda dan pemegang ijazah dalam bidang Psikologi, Pendidikan Awal Kanak-kanak atau bidang kesihatan mental lain yang berkaitan dari universiti tempatan atau luar negara. Semua ahli terapi kami menerima latihan awal intensif dalaman EAP dan penyeliaan berterusan untuk menggunakan pendekatan Applied Behavioral Analysis (ABA) untuk menyampaikan rawatan kepada individu yang mempunyai autisme.
Alice Ang
Pengurus di EAP Malaysia
Alice Ang
Pengurus di EAP Malaysia
Alice adalah Pengurus di EAP Malaysia. Alice sedang dalam usaha mendapatkan kelayakan Akauntan Berpiagam (Chartered Certified Accountant) dengan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan juga mempunyai beberapa tahun pengalaman kerja dalam bidang perakaunan sebelum menyertai EAP.
Alice mengawasi proses pentadbiran luar negara EAP, iaitu termasuk pengurusan pelanggan dan pengambilan, kewangan, serta sumber manusia.
Chia Jing Vern
Pelatih Pasukan and Operasi Eksekutif di EAP Malaysia
Chia Jing Vern
Pelatih Pasukan and Operasi Eksekutif di EAP Malaysia
Jing Vern ialah jurulatih pasukan dan Eksekutif HR di EAP Malaysia. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sains Psikologi dari Monash University Malaysia.
Sebagai jurulatih pasukan, dia menjalankan latihan ahli terapi baharu dan menyokong ahli terapi baharu dalam peralihan keseluruhan mereka ke EAP. Jing Vern berpengalaman dalam bekerja dengan pelbagai jenis kanak-kanak dalam spektrum. Dia telah bekerja dengan kanak-kanak yang bukan lisan, menjadi pembantu bayangan di sekolah dan juga bekerja dengan kanak-kanak lelaki pra-remaja dalam Kumpulan Kemahiran Hidup.
Jing Vern pada masa ini menyelia pengambilan dan pengambilan ahli terapi baharu juga, memastikan calon yang tepat diambil untuk mengekalkan kecemerlangan dalam kualiti perkhidmatan dalam EAP.
Intan Nur Athirah
Eksekutif Operasi di EAP Malaysia
Intan Nur Athirah
Eksekutif Operasi di EAP Malaysia
Intan merupakan Eksekutif Operasi di EAP Malaysia. Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan dalam bidang Psikologi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan pengalaman bekerja dengan kanak-kanak autisme sebelum menyertai EAP.
Di EAP, Intan bertanggungjawab menyokong pengurusan proses pentadbiran, kemasukan klien, serta keseluruhan operasi pusat bagi memastikan kelangsungan harian yang efisien.
Intan komited dalam memastikan EAP beroperasi dengan lancar agar setiap keluarga menerima perkhidmatan pada standard tertinggi. Beliau berusaha untuk mewujudkan persekitaran di mana kanak-kanak autisme dan keluarga mereka berasa disokong, dihargai, dan diperkasa sepanjang langkah perjalanan mereka.
Pasukan Terapi
Pasukan Terapi kami terdiri dari golongan belia yang bersemangat. Mereka adalah individu yang komited dalam penjagaan kanak-kanak. Pasukan terapi kami terdiri dari staf yang muda dan memiliki ijazah dalam bidang Psikologi, Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau mana-mana bidang kesihatan mental yang berkenaan.Kesemua ahli terapi kami telah dilatih dalam latihan intensif EAP dan penyeliaan berterusan serta 3 peringkat Sijil Latihan untuk menggunakan pendekatan Analisis Perilaku Terapan (ABA) bagi memberi rawatan kepada individu autisme.
Kerjaya di EAP Malaysia
Adakah anda sukakan kanak-kanak dan ingin membantu mengubah kehidupan kanak-kanak? Kami sedang mencari individu yang bersemangat dan mempunyai sikap terpuji untuk sertai pasukan kami!