Menerima Tidak

Menerima Tidak

Ia adalah satu perkara untuk memberitahu anak bahawa ada perubahan, kerana ada kemungkinan mereka masih boleh mendapatkan sesuatu yang lain yang mereka suka. Contohnya, biskut habis tetapi masih boleh dapat gula-gula. Namun, ia adalah pekara lain untuk memberitahu anak “Tidak”.

Faedah Menerima "Tidak"

Bagi mana-mana ibubapa, terdapat faedah yang jelas apabila anak dapat menerima perkataan “Tidak”:

  • “Meltdown” dan tingkah laku yang dapat dielakkan
  • Meningkatkan fleksibiliti dan mengajar anak bahawa mereka tidak akan sentiasa dapat apa yang mereka mahukan dalam hidup
  • Mengatasi kekecewaan dan boleh menerima apabila rakan mengatakan ‘Tidak’ kepada mereka dalam situasi sosial.

Pra-Syarat

Sebelum mengajar kanak-kanak autisme untuk menerima ‘Tidak’, ia adalah penting untuk memastikan mereka boleh toleransi dengan perubahan pada setiap masa termasuk perubahan yang susah. Pastikan anda menyelesaikan Program Toleransi kepada Perubahan sebelum memulakan program Menerima Tidak!

Apa Yang Anda Perlukan:

Pembahagian Skil Menerima Tidak:

Mulakan dengan membuat senarai ‘Tidak’ yang mungkin anak anda akan hadapi dalam kehidupan seharian. Seterusnya, bahagikan mengikut kategori:

  • Mudah: Katakan ‘Tidak’ pada sesuatu yang anak anda tidak sukai.
  • Sederhana: Katakan ‘Tidak’ pada sesuatu yang anak anda mungkin suka tetapi tidak begitu memberikan motivasi
  • Susah: Katakan ‘Tidak’ kepada item atau aktiviti yang paling disukai

Berikut adalah Senarai Item Semasa Menerima ‘Tidak’ daripada mudah hingga ke susah:

Biasanya, jika seorang kanak-kanak boleh bertoleransi apabila diberitahu ‘Tidak’ kepada dua ke tiga item secara berturut-turut, seseorang boleh merasa yakin bahawa mereka boleh menjadi lebih fleksibal di dalam hal ini.

 

Walau bagaimanpun, ia adalah penting untuk tidak mengharapkan kesempurnaan daripada anak sepanjang masa! Malah kanak-kanak biasa akan merasa susah untuk menerima perkataan ‘Tidak’ – jadi mengapa harapkan tahap yang lebih tinggi untuk fleksibiliti daripada kanak-kanak autisme?

 

Apabila mereka masih boleh bertoleransi kepada ‘Tidak’ sepanjang masa, ia boleh diteruskan ke langkah seterusnya.

Strategi Mengajar

  1. Membaca buku sosial mengenai Menerima ‘Tidak’.
  2. Tetapkan keadaan dalam kehidupan seharian yang membolehkan anda berkata ‘Tidak’. Semakin sengaja anda lakukan, semakin banyak latihan yang dapat dilakukan oleh anak anda.
  3. Apabila situasi terjadi, katakan sesuatu seperti “Maaf, tiada masa bemain hari ini” atau “Tak ada biskut”.
  4. Sekiranya anak anda boleh bertoleransi dengan situasi ini, pastikan anda memuji mereka!

Perlukah Menerima 'Tidak' diberikan ganjaran?

Menerima ‘Tidak’ adalah berbeza dengan Toleransi kepada Perubahan, prosedur pengajaran Menerima ‘Tidak’ tidak termasuk dalam memberi ganjaran kepada anak serta merta dengan item atau aktiviti untuk menerima ‘Tidak’.

 

Oleh kerana sifat kemahiran seperti menerima ‘Tidak’, penting untuk anak mengatasi perasaan tidak selesa apabila tidak mendapat apa yang mereka mahukan, bukannya mengalihkan kepada sesuatu yang lain yang disukai.

 

Itu tidak bermaksud tidak ada ganjaran – ganjaran itu adalah berbeza dan bersifat semula jadi. Puji anak anda untuk fleksibiliti dan kepatuhan anak, atau cadangkan alternatif yang mempunyai motivasi secara semula jadi untuk menolong mereka mengatasi perasaan kecewa mereka. Contohnya, jika mereka tidak boleh keluar pada hari itu, mungkin mereka boleh ‘melepaskan fikiran’ dengan membaca buku cerita atau bermain di dalam.

Mengurus Tingkah Laku Mencabar

Mampu menerima ‘Tidak’ adalah kemahiran yang sukar untuk dipelajari, dan harus dijangkakan akan ada bahagian yang menyebabkan kemarahan dan ‘meltdown’ sebagai tindak balas, terutamanya jika kanak-kanak telah terbiasa mendapat apa yang mereka mahukan setelah melakukan tingkah laku mencabar.

  • Pastikan langkah-langkah Menerima ‘Tidak’ telah dipecahkan secara berperingkat supaya anak dapat berlatih menerima ‘Tidak’ yang mudah terlebih dahulu.

Bersedia untuk tidak memberi perhatian kepada tingkah laku, ubah arah perhatian mereka dan meneruskan walaupun terdapat tingkah laku. Ia adalah normal bagi seorang anak untuk merasa kecewa atau marah apabila diberitahu ‘Tidak’ dan penting sebagai ibubapa untuk membimbing mereka untuk mengalihkan atau melepaskan emosi mereka dengan cara yang selamat dan sihat seperti mendengar muzik atau membaca buku yang disukai. Ini adalah cara untuk tidak memberi perhatian kepada tingkah laku tetapi bukan mengabaikan anak.

Giliran Anda

  1. Senaraikan semua ‘Tidak’ yang anak anda mungkin akan hadapi dalam kehidupan seharian mereka dan susunkan secara berperingkat dari mudah ke sederhana ke susah.
  2. Cuba memperkenalkan situasi ‘Tidak’ secara sengaja pada waktu yang bersesuaian.

 

Kata Kunci adalah ‘munasabah’! Lihatlah bahawa kehidupan di rumah bukanlah kesudahan siri ‘Tidak’ juga.

 

Sama juga seperti Toleransi kepada Perubahan, Menerima Tidak adalah kemahiran sepanjang hayat dan harus terus dipraktis di rumah, yang ada di senarai ataupun tidak.

Rumusan untuk Membina Fleksibiliti

Penting untuk ingat bahawa kemahiran yang melibatkan fleksibiliti tidak boleh berkembang semalaman, bahkan selepas beberapa minggu atau bulan.

 

Kuncinya adalah kesabaran, harapan dan ketekunan!

 

Ambil selangkah demi selangkah setiap hari dan sentiasa fokus pada apa yang anda boleh lakukan seterusnya untuk membantu anak anda belajar.